Bab 4

9.7K 318 0
                                    


Pagi itu di meja makan Qaisara mengediakan nasi goreng sebagai sarapan. Selesai menuang air dalam cawan suaminya, dia duduk di kerusi sebelah suaminya.

"Irfan mana?" soal Alif kemudian menyuap sesudu nasi goring. Sedap!

"Tidurlah. Kan masih awal." Jawab Qaisara.

"Bang, kan dah 5 bulan abang tak ada PA. tak susah ke?" soal Qaisara.

"Of courselah susah. Banyak kerja..."

"Itulah. Sara nak jadi PA abang tak bagi." Kata Qaisara.

"Nope. You can't. Nanti siapa nak jaga Irfan? Plus, I don't want any other man see you." Kata Alif sambil mencubit pipi Qaisara. Dia senyum.

"Hmm yelah. Tapi rasanya better abang cari seseorang. Sara tak sukalah tengok abang susah-susah ni. tapi cari PA yang dah kahwin tau!" dalam diam Sara memberi amaran. Alif ketawa.

"Yelah Qaisara ku sayang."

***

Alif masuk ke pejabatnya pagi itu dan segera menekan butang intercom sebaik dia teringatkan pesan isterinya tadi pagi.

Seorang wanita dari human resources masuk.

"Ya boss. Ada apa?" soal wanita itu sebaik mengambil tempat duduk di kerusi yang disediakan.

"Awak tolong upkan iklan untuk mencari PA. Syarat utama mestilah...."

"sudah berkahwin." Wanita itu memotong. Kemudian Alif ketawa.

"Yes that's it."

"Sayang betul kan cik puan kat bos." Wanita itu tersnyum.

"Eh mestilah. Lagipun saya malaslah nak buka ruang. Better elak dari merawat kan?" kata Alif. Wanita itu mengangguk.

"Betul tu bos. Betul. Jadi bila nak adakan temuduga ni?"

"Erm dalam masa dua hari dari sekarang." Kata Alif. Wanita itu mengangguk kemudian berjalan pergi.

 ***

Dua hari kemudian

"Bos ini calon yang terakhir." Kata wanita itu. Alif mengangguk. Dia mengeluh. Dalam ramai-ramai yang datang interview semuanya tak ada yang layak. Dia memicit dahinya. Bunyi pintu ditutup menandakan calon itu sudah masuk. Dia berpusing.

"Alif." Wanita itu memanggil. Wajah Alif bertukar riak. Dia terkejut. Sungguh dunia ini kecil.

"Laili. Duduklah. Duduk." Alif mempelawa Laili duduk. Laili yang nampak anggun berbaju kurung corak inggeris itu mengambil tempat di kerusi yang sudah disediakan. Kemudian dia menyerahkan resumenya kepada Alif. Alif mengambilnya.

"It's such a small world huh? We met again, Laili." Kata Alif sambil matanya masih di resume Lalili.

"Iya." Laili berkata sambil menyelitkan rambutnya di telinga. Dia menyimpul senyum.

"Okay, saya akan interview Puan Laili sekarang ya." Kata Alif. Kemudian Laili ketawa.

Masih ayu seperti dulu. Desis Alif.

"Alif, kenapa formal sangat ni? kita bukannya tak pernal kenal sebelum ni." kata Laili dengan senyuman manisnya.

"Yeah but we are in office hour now. Plus I'm married." Kata Alif. Entah kenapa dia rasa dia ingin tekankan bahawa dia sudah berkahwin kepada Laili sedangkan antara dia dan Laili adalah sejarah. Pelik kan?

"Saya tahu yang awak sudah berkahwin. Tahniah. Saya tumpang gembira. Untung dia dapat awak." Kata Laili. Alif mengangguk. Rasanya lebih kepada dia yang beruntung kerana dipertemukan dengan wanita sehebat Qaisara.

"Anyway, kita teruskan dengan interview okay." Kata Alif.

Suri Hati Encik Boss (√)Where stories live. Discover now