Dia Ayah Aku.

7.5K 247 9
                                    

Fetrah memandang rempah yang sedang ditumis di kuali, api yang kuat menyebabkan kesemua bahan masakan itu menggelegak. "Sayang masak apa tu? Sedapnya bau!" Iman masuk ke dapur bersama Izhar yang sedang bermain dengan patung spiderman nya, Fetrah tidak menghiraukan soalan Iman dan terus berkhayal. Wajah Norel dan kata-kata wanita itu masih terngiang-ngiang di telinganya, bagaikan dia telah dijampi dengan ayat tersebut. "Sayang.." meleret suara Iman memanggil Fetrah yang diam membisu, Izhar juga turut memandang ibunya.

"Ma.. ma.." Iman memandang Izhar, terbuntang matanya, dia bagaikan tidak percaya Izhar menyebut 'mama' sebentar tadi. "Sayang! Sayang! Dengar tak? Izhar sebut mama." Iman menggoncang lengan Fetrah, Fetrah tersentak dan terus menoleh. "Abang.. Apa? Apa dia?" Fetrah terkebil-kebil, dia tercengang melihat Iman yang meletakkan Izhar di atas meja dapur. "Sayang, cakap sekali lagi. Mama terkejut sangat sampai tak dengar. Cakap sekali lagi, cakap ma.. ma.." Iman begitu teruja sehingga dia sendiri menyebut mama seperti Izhar sebentar tadi.

Izhar tidak bersuara, dia malah memasukkan jari jemarinya yang kecil itu ke dalam mulut, habis basah jari tersebut dengan air liurnya. "Tak ada pun.. abang ni.." Fetrah membongkok bagaikan orang yang sedang rukuk bagi memastikan ketinggiannya sama dengan Izhar, Iman turut melakukan perkara yang sama. "Betul, Izhar cakap mama tadi. Izhar, sebut lagi sekali. Ma.. ma.." Izhar masih begitu, dia hanya membuat bunyi dengan air liurnya yang mengalir dan tersenyum. "Izhar, kenapa ni? Tadi boleh ja pun."

Perasaan kecewa mula menyelubungi Iman, Izhar bagaikan tidak berpihak kepadanya. "Emm.. mungkin abang salah dengar." Fetrah berdiri tegak semula, "Manada! Betul sayang, abang dengar tadi." Iman menafikan, dia tidak mahu Fetrah menganggapnya berbohong. "Ya lah. Mungkin nanti dia cakap lah tu." Iman mencebik, dia masih merasakan yang Fetrah tidak mempercayainya.

"SAYANG! HANGUS!"

Iman segera menyerahkan Izhar kepada Fetrah, Fetrah berlari keluar dari dapur. Dia memandang Iman yang mengambil alat pemadam api lalu memadam api tersebut. Nafas lega dihembus oleh Iman, dia memandang Fetrah dan Izhar. "Ok, dah selamat!" Iman tersengih, Fetrah masuk semula bersama Izhar. "Ni semua salah abang. Kalau abang tak tipu yang Izhar cakap mama tadi mesti tak hangus kuali tu."

"Eh, sayang! Abang tak tipulah." Iman mengerutkan dahinya, "Habis tu, dia tak cakap pun." Fetrah memandang Izhar yang bersandar pada bahunya. "Tak.. betul sayang. Dia cakap mama tadi." Iman masih mencuba untuk meyakinkan Fetrah, dia rasa kecewa sedikit kerana Fetrah tidak mempercayainya. "Hmm.. apa-apa ja lah. Nah, tolong jaga Izhar, sayang nak masak." Fetrah menyerahkan Izhar kepada Iman, setelah Izhar bertukar tangan, Iman hanya keluar dari dapur dengan perasaan yang sama, kecewa.

Iman duduk di sofa, Izhar pula didudukkan disebelahnya. Iman memandang ke dapur, dia dapat melihat belakang Fetrah dengan jelas. Matanya perlahan-lahan beralih ke arah Izhar, "Kenapa mama tak percaya papa? Izhar ni pun.. kenapa tak cakap mama tu dua kali? Tengok, kesian dekat papa. Mama tuduh papa tipu." Izhar hanya memandang Iman dengan mata bulatnya, budak lelaki itu bagaikan mengerti apa yang dikatakan Iman.

"Tak pa lah, nanti kalau Izhar cakap, cakap depan mama erk. Sayang anak papa!" Iman mengucup pipi Izhar, Izhar tersenyum dan bermain dengan air liurnya kemudian dia memicit-micit kepala patung spidermannya tadi. Iman hanya tersenyum dan mengesat air liur itu, setelah itu dia memandang Fetrah kembali. Dia mula merasakan Fetrah menyembunyikan sesuatu dari dirinya. Jika tidak, tidak mungkin dia akan menuduh Iman sedemikian. Dia selalunya akan mengungkapkan kata-kata yang menyenangkan hatinya, tetapi malam itu tidak.

***

Norel menahan Siska, pembantu rumahnya yang sedang menatang talam berisi semangkuk bubur dan segelas air suam, ubat-ubatan pula disusun rapi bersebelahan gelas tersebut. "Biar saya ja hantar." Katanya lalu mengambil talam itu dari tangan Siska, Siska akur lalu membukakan pintu bilik Dato'Nadrin untuk Norel. Setelah memastikan Norel masuk ke dalam bilik itu, Siska menutup pintu dan berlalu ke dapur. Norel memandang ayahnya yang sedang terlentang di atas katil, tidak bergerak dan tidak bersuara. Penyakit stroke yang menyerang Dato'Nadrin menyebabkan dia menjadi sedemikian.

Isteri IstimewaWhere stories live. Discover now