#1

71 8 0
                                        

"rya bangun, nanti kamu terlewat ke sekolah" aku membuka mata sedikit lalu memandang wajah Mak Tom merangkap orang gajiku. Hmm kenapalah bukan mama, kenapalah Mak Tom.

Kehidupan aku tidak seperti orang lain. Ya, aku anak orang kaya. Aku dilimpahkan kemewahan yang tak dapat aku ungkapkan. Apa yang aku nak, semua aku akan dapat. Tapi satu je sampai sekarang, aku takdapat. Kasih SAYANG. Cukupla sekali dalam hidup aku.

"Taknak lah Mak Tom, bukannya ada orang kisahkan Rya pun" keluhku seraya menarik selimut tebalku. Haih sejuk ngat ngat aih. Sampai ke tulang sumsum.

"Siapa cakap takde orang kisahkan Rya, bagi tahu Mak Tom.. habis Mak Tom ni?" aku tersenyum nipis mendengar bebelan Mak Tom lantas aku memeluk erat badan Mak Tom dengan mesra.

****

"Pak Mat turunkan Rya kat sini jela eh" aku membeliakkan mataku.

"Tapi Pak Mat, Rya takutlah.. Rya.." Pak Mat terus memotong percakapan ku.

"Rya boleh tanya kat pengawas tu" tunjuk Pak Mat ke arah seorang pengawas bagai galah itu.

Lantas aku berlari masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa hala tuju.

"Hey, kau sedar tak kau dah lewat ke sekolah.. masih nak berlenggang-kangkung lagi?" Kata pengawas tersebut sambil meletakkan tangannya di pagar tersebut. Pikiaq elok kot?

"Err.. tumpang tanya.. pejabat kat mana eh, saya budak baru kat sini" kataku cuba bersopan-santun dengan mamat ini.

"Ohh budak baru, no wonder la tak pernah nampak, pejabat kat sebelah kanan kau tu"

Setelah berterima kasih, aku terus berjalan ke arah yang dituju . Selepas itu, aku diberikan kebenaran ke kelas. Kelas 6
Chempaka? Ehh aku tanya cikgu tu jela.

"Err.. assalamualaikum cikgu.. kelas 6 Chempaka kat mana ya?" Cikgu itu tersenyum manis lalu bersuara. No wonder lah, cikgu cantik macamni mesti ramai fans club. Aku mana la ada orang nak hihuhuh.

"kamu budak baru ye, mari ikut cikgu.. kebetulan cikgu nak ke kelas tu" aku berjalan beriringan hingga sampai ke destinasi.

"Assalamualaikum, murid-murid.. hari ini kamu akan dapat kawan baru.. perkenalkan diri kamu" aduh kena perkenalkan diri jugak ke. Tarik nafas, Rya.. hembuss..

"Hai semua.. nama saya Dharya Ameena.. korang boleh panggil saya Rya, saya berpindah ke sini atas urusan peribadi. Harap kamu semua boleh terima kehadiran saya disini." Kataku berpuas hati. Tapi ada je yang tak puas hati.

"Any question?" Ramai yang mengangkat tangan untuk menanya soalan kepadaku.

"Asal nama kau kampung sangat eh?" Sorakan dari geng perempuan mulai kuat. Aku menunduk. Heyy, mama papa i bagi nama elok elok kau kata kampung?!!!! Mak Tom!!!

"Linda, jaga mulut kamu!" Marah cikgu yang bernama Puan Mardhia. Secantik mukanya. Terus memerah muka Linda and the gengs.

"Kamu boleh duduk tepi Isyraf. Raf boleh tak?"

"Anything for you teacher" gelak tawa mula bergema. Apa yang lawak ni. Whattt. Aku kena duduk dengan pengawas tadi?

"kamu boleh duduk, Rya" aku terus berjalan lalu duduk di sebelah kanan lelaki itu.

"hai" tegur lelaki yang bernama 'Raf' ini.

"HOI" sambungku membuat matanya berubah lalu membulat. Aish cute la. Aku menghadap ke arah papan hitam.

Psstt.

Psst.

Ishhh bising la dia ni. Lantas aku menghadap muka lelaki tersebut.

"Awak nak apa, raf" kataku perlahan. Malas nak bertekak, tak pasal pasal aku dikecam. Budak baru dah tunjuk belang. Geram!

"Tak, pen kau jatuh tu.." Ya Allah.. tu je ke? Punyalah jadi mulut tikus bagai haish.

Aku hanya membuat muka selamba. Pelajaran yang di ajar bagai masuk ke telinga kiri keluar ke telinga kanan. Haih kena cerita kat Abang Im ni. MESTI!

Kelihatan seorang perempuan menarik tanganku ke mejanya. Dia tidak bertudung tetapi tetap menawan.

"Hai nama aku Hanna" aku tersenyum manis. Manis dari gula!

Belum sempat aku berkata-kata, aku terasa tanganku diraih lembut oleh seseorang. Shahrul! Mesti korang tertanya-tanya siapa sharul ni kan? Ha dia ni la sepupu terchentaaa aku.

"Ehh Shah, kau kelas dengan aku ke?" Aku menanya lalu menampar bahunya keras . Sokay gais i dah biasa tampar sepupu i ni.

"Yupp.. ehh nak peluk kau sikit" gurau Shah hendak memeluk aku. Aku terus berjauhan dari Shah. Shah ni bukan boleh Kira. Sawan menjadi-jadi!

"SHAHRUL IMTIYAZ DATO AMINUDIN!!"

Only you! (Slow update) Des histoires addictives. Découvrez maintenant