B A N G U N dan masih S A K I T

39 4 0
                                    

Aku baru pulang
Dari mimpi dan ulek lena

Aku baru pulang
Dari pejam yang menghentikan
Seketika darah kotor dari
Luka luka ini

Dan terus jiwaku
Kelaparan, haus.

Dengan air liur basi
Berjalan aku ke singki
Menghadap cermin gergasi

Terus tangan meragut
Menggenggam sebiji epal
Papan potong dan pisau tajam

Lalu aku kupas, aku hiris
Dan sakitnya menyalur ke hati
Buat aku jadi sendu
Sendu yang teramat

Lalu aku tatap wajahku ketika itu
Di cermin gergasi
Refleksi yang memilukan

Mata merah dan berair
Aku kesat perlahan lahan
Kerana Air mata kali ini
Arusnya terlalu deras

Tanganku genggam kuat
Mencari kekuatan

Lalu aku terus menghiris, memotong
Dan kulitnya aku buang
Seperti aku cuba membuang
Sedih yang ini

Potongan epal hijau masam
Dicampak dalam mangkuk biru
Sedia untuk dihidang
Ditelan dan diratah

Dah habis
Lenyap saja
Dihadam

Ini puisi merepek
Yang sakitnya
Cuma aku yang rasa




Koyak & JahitWhere stories live. Discover now