Power Of Elements (Part 1)

Start from the beginning
                                    

Halilintar terpelanting kebelakang tetapi dapat berdiri semula menggunakan pedangnya.

-"Tak guna kau!"-Jerit Boboiboy

-"Aku nak kau tengok kehebatan kuasa aku sebelum aku hapuskan kau"- Kata Kai sambil berjalan ke arah Boboiboy

Semasa Kai berjalan menuju ke arah Boboiboy, batu-batu dan tanah terapung ke udara dan kemudian bergabung ke badan Kai dan membentuk satu baju perisai yang kuat.

Boboiboy terkejut yang Kai membuat baju perisainya sendiri.

-"Kau ingat baju perisai kau tu dapat lindungi kau?!"-

"HALILINTAR SLASH" Halilintar mencincang Kai menggunakan Pedangnya berulang-ulang kali

Serangan itu tersangat pantas dan hebat. Tetapi tiada kesan sedikit pun pada Kai

-"Usaha yang sia-sia"- Kata Kai

"PUSARAN KILAT" Kai mematahkan serangan Halilintar

Halilintar terkena serangan Kai itu dan terpelanting ke belakang. Pada masa yang sama Logo Petir pada Jam Kuasa Halilintar bertukar kepada Logo Angin

"BOBOIBOY BLAZE" Halilintar bertukar menjadi Blaze

-"Jagalah kau!"-Jerit Blaze

"TEMBAKAN METEOR" Meteor jatuh ke arah Kai dengan bertubi-tubi

Serangan itu tepat ke Kai dengan bertubi-tubi sehingga Kai terpelanting ke belakang...tetapi baju perisainya tidak retak sedikit pun

-"Seranglah lagi...Tunjukkan kehebatan kuasa Elemen kau tu"-Kata Kai

-"Kau ingat aku takut?"-Balas Blaze

"CAKERA API" Blaze mengeluarkan Cakeranya

Kemudian Blaze berlari ke arah Kai dan menyerangnya dengan pantas. Mereka berdua berbalas-balas serangan sehingga banyak kerosakan terjadi.

Kembali ke Yaya...dia membawa Lisa dan Fang ke tempat Gopal dan Ying yang berada tidak jauh daripada Boboiboy dan Kai bertarung.

Kelihatan Ying telah dibaringkan di atas tanah sambil dijaga oleh Gopal

-"Gopal...Ying ok ke?"-Tanya Fang dengan perasaan risau

-"Kita kena bawak dia ke hospital segera...dia cedera teruk ni!"-Balas Gopal dengan cemas melihat Ying cedera teruk.

Yaya hanya mampu menangis melihat kawan baiknya yang cedera.

Lisa juga kelihatan sedih melihat mereka berempat.

-"Aku boleh tolong"-Kata Lisa sambil berjalan ke arah Ying

Lisa menghasilkan satu Bebola Air yang kecil, dan bebola air itu secara tiba-tiba bercahaya berwarna biru dengan terang dan kemudian menyapu luka-luka Ying menggunakan bebola air tersebut.

Tidak lama kemudian Ying tersedar dari pengasan tetapi masih lagi lemah

Mereka bertiga berasa sangat terkejut kebolehan Lisa

-"Kau pun ada kuasa macam Boboiboy?"-Tanya Gopal

-"Kebanyakannya sama tapi...kuasa dia lebih hebat daripada aku"-Balas Lisa merendahkan dirinya

-"Siapa nama kau?"-Tanya Yaya

-"Nur Alicia...panggil sahaja Lisa"-Balas Lisa sambil tersenym manis

Tidak lama kemudian kedengaran letupan besar yang berlaku di tempat Boboiboy dan Kai bertarung. Lisa berasa risau dengan keadaan Boboiboy dan kemudian berjalan berpatah balik ke tempat itu...tetapi dihalang oleh Yaya

-"Lisa...Jangan pergi"-Kata Yaya

-"Aku nak tolong Boboiboy...dia boleh terbunuh di sana"-Kata Lisa dengan perasaan risau

Yaya tetap tidak benarkan Lisa pergi

-"Tolonglah...korang tak kenal siapa lelaki tu...aku rasa korang dah tahu kuasa dia"-Kata Lisa

Yaya tunduk kebawah kerana risau dengan keadaan Boboiboy sekarang, kalau boleh dia akan pergi bersama Lisa untuk bantu Boboiboy...tetapi Boboiboy menyuruh dia untuk menjaga Ying dan yang lain-lain.

-"Baiklah"-Kata Yaya

Lisa gembira dengan keputusan Yaya dan kemudian berlari kembali ke tempat Kai dan Boboiboy bertarung.

Kembali ke tempat pertarungan antara Boboiboy dan Kai...Kelihatan Boboiboy telah bertukar menjadi Solar dan telah mengeluarkan Pedang Solarnya...tetapi kelihatan Solar sudah hilang tenaganya dan telah dibelasah oleh Kai dengan teruk sekali. Kepala Solar berdarah kerana terkena batu besar, dan dia tidak mampu untuk bertarung lagi.

Kai dengan pantas mencekik Boboiboy dan kemudian menghempasnya ke tanah dengan kuat. Solar telah cedera teruk dan tidak mampu untuk berlawan lagi dan tidak mampu berdiri semula kerana cedera yang sangat teruk dan tidak lama selepas itu dia bertukar semula menjadi Boboiboy biasa.

-"Kau memang lemah! Kau tak setanding dengan aku...aku pun tak tahu kenapa Sifu Ryan harapkan kau untuk kalahkan aku"- Kata Kai dengan meninggikan dirinya -"Dan sekarang...aku akan tunjukkan kuasa Elemen sebenar yang aku telah ambil dari Sifu kau tu...sebelum kau mati"-

Kai mengumpulkan kekuatannya seperti yang dilakukan oleh Sifu Ryan sebelum ini dan bersedia untuk menembak ke arah Boboiboy, dan kemudian melepaskan ke Boboiboy...

Boboiboy mengalihkan pandangannya sambil menutup mata seperti dia tidak akan selamat dari serangan terakhir Kai itu...Tetapi setelah Boboiboy membuka matanya... tidak apa-apa yang berlaku kepadanya.

Kai berasa terkejut yang kuasa itu tidak keluar dan membunuh Boboioboy

-"Apa...apa yang berlaku ni?! Apasal kuasa ni tak keluar"-Jerit Kai kerana kuasa elemen itu tidak keluar

-"Heh, kau nak guna Kuasa Elemen Sifu Ryan kan...sebenarnya kuasa itu tidak ada pada dia"-Kata Boboiboy

Dengan perasaan tersangat marah...dia mahu menumbuk muka Boboiboy dengan kuat, tetapi sebelum dia mahu menyerang Boboiboy, satu panahan kilat yang kuat terkena Kai dan kemudian terpelanting kebelakang. Rupa-rupanya Lisa yang menyerang Kai dari jauh.

Kemudian Lisa berlari ke arah Boboiboy.

-"Boboiboy kau ok ke?"-Tanya Lisa

-"Apa kau buat kat sini...ia terlalu bahaya"-Kata Boboiboy

-"Dan tengok kau mati?!...Tak, aku tak akan benarkan itu terjadi"-Kata Lisa

Kai bangun semula dan kemudian tersenyum kejam kearah Lisa

-"Wah...rupa-rupanya seorang Puteri datang nak selamatkan Puteranya"-

-"Aku akan habiskan kau Kai!"-Jerit Lisa dan bersedia untuk berlawan

-"Kau ingat aku takut?...Marilah!"-

"TALI KILAT" Lisa mengeluarkan tali yang menghasilkan elektrik untuk menyerang Kai

Boboiboy - Power Of Elements | Book 1 | Revenge Of KaiWhere stories live. Discover now