Part 1

1K 103 0
                                    

SUARA orang menjerit meminta tolong, menagih simpati dan menangis mengenangkan nasib diri menyapa gegendang telinganya. Jerit-pekik setiap orang di sana bersahut-sahutan tanpa henti sehingga nyawa terpisah dari badan. Hanya satu warna yang mewarnai suasana itu iaitu merah. Bukan itu sahaja, ia dihiasi dengan tubuh badan yang tidak bernyawa dilumuri dengan darah mereka sendiri. Lebih malang lagi tubuh itu tidak lengkap anggota badannya.

Dia tidak sanggup melihat pemandangan yang menyayat hati lalu mengatur langkah ke kawasan istana. Badannya kaku serta-merta apabila melihat keluarganya diseksa dengan teruk dipaksa duduk melutut. Badan keluarganya calar-balar, muka bengkak, kepala berdarah, dan baju yang dipakai berlumuran dengan darah.

Dua orang lelaki berbadan tegap memakai pakaian seperti seorang kesatria melangkah mendekati keluarganya bersama pedang di tangan. Pedang di tangan kesatria itu dihala ke arah leher kedua-dua keluarganya. Mata pedang yang bersinar dipanah cahaya bulan itu menekan leher ahli keluarganya. Darah merah mengalir perlahan dari leher. Dia menyedari yang dua orang kesatria itu mahu membunuh ahli keluarganya. Satu-satunya keluarga yang dia ada. Langkahnya diatur untuk menyelamatkan mereka.

"Ayahanda!!! Kekanda Ferlisa!!!" jeritnya sepenuh hati.

Tiba-tiba kakinya tersadung sesuatu seperti ditarik oleh seseorang. Dia jatuh terjelepok di atas lantai istana yang basah dengan darah. Pergerakannya bagai dikunci dan dipaku pada lantai. Dia tidak dapat menggerakkan badan dan kaki untuk bangun berlari menyelamatkan keluarganya.

Air mata mengalir membasahi pipi apabila bertentang mata dengan ayahanda dan kekanda Ferlisa. Dia hanya mampu melihat mata pedang melibas ke arah leher keluarganya sekali gus mencabut nyawa mereka berdua. Darah merah memancut keluar membasahi lantai. Tubuh keluarganya yang terpisah kepala rebah di atas lantai.

"Ayahanda!!! Kekanda Ferlisa!!!" jeritnya untuk kali terakhir sebelum dia menutup mata.

"Bangun wahai cucuku... Bangun... Jangan biarkan mimpi mengganggu lenamu. Bangun... Jangan dikenang kisah yang lalu," ucap seorang wanita yang layak digelar nenek.

Nenek itu mengambil semangkuk air dari tempayan yang disimpan di dapur. Dia mengambil tumbuhan herba yang dipetik di Hutan Castreiland lalu direndamkan di dalam semangkuk air. Kakinya melangkah ke arah ruang tamu seluas sekangkang kera. Sekujur tubuh milik seorang gadis terbaring tidak sedarkan diri. Dahi gadis itu berpeluh-peluh mungkin kerana mengalami mimpi ngeri.

Nenek tua itu duduk di sebelah gadis itu yang sudah dua minggu dalam jagaannya. Dia menjumpai gadis itu di pinggir Hutan Castreiland dengan keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri. Dengan bantuan pemuda kampung, gadis itu dibawa ke rumahnya untul dirawat kerana tiada siapa mahu membantu gadis malang itu.

Balutan luka pada dada, bahu, lengan dan perut sudah semakin pulih dengan bantuan tumbuhan herba. Sayangnya, luka pada kulit putih mulus bak sajlu akan meninggalkan parut yang jelas. Bukan itu sahaja, luka di pipi kiri melintang pada mata kiri akibat terkena bara api bakal meninggalkan parut yang kekal. Namun, tidak akan mencacatkan rupa paras si gadis.

Sudah sebulan nenek tua itu menjaga gadis itu. Sebulan jugalah gadis itu tidak sedarkan diri sejak dia menemui gadis itu di tepi pinggir hutan Castreiland. Keadaan gadis itu sangat teruk sekali sejak pertama kali dia jumpa. Lukanya sangat parah. Nadinya sudah lemah. Dengan bantuan pengetahuan perubatan yang dia tahu, dia dapat merawat gadis itu.

Wajah gadis itu seperti pernah dilihat sebelum ni...

Air mata gadis itu mengalir dicelah kelopak mata yang lebat hitam. Hati tuanya sayu melihat wajah cengkung yang sedang bertarung dengan maut. Begitu hebat derita yang dialami oleh gadis itu sehingga menitiskan air mata dalam keadaan tidak sedar.

"Bukalah matamu, wahai cucu. Jangan engkau terjerumus dalam mimpi ngeri itu. Jika benar kau terseksa, bangkitlah. Jika kau tewas di tangan si derhaka, bangkitlah. Jika kau lemah angkara si pengkhianat, bangkitlah. Hari ini engkau tersungkur, esok mungkin kau akan gah berdiri."

Air mata yang mengalir diseka. Dia berharap kata-katanya sampai di pendengaran gadis itu. Walaupun sedar bukan sebab dirinya, sedarlah demi orang yang dicintai.

Nenek tua itu bangun mahu memberi ruang gadis itu untuk berehat. Entah berapa lama gadis malang itu mahu bangun daripada mimpinya yang panjang. Mungkin juga ini adalah penamatnya.

Book 3: Lagenda Castreiland: Alive (✓)Where stories live. Discover now