Part 5

605 93 3
                                    

Sinaran bulan purnama masuk menyinari balkoni bilik yang sebelum ini dihuni oleh Raja Wyndollyne telah diubahsuai mengikut citarasa Putera Drian. Angin malam yang menyapa membuatkan langsir beralun lembut tetapi berhenti serta-merta apabila muncul satu bayang-bayang hitam di sebalik langsir itu. Figura itu melangkah masuk ke dalam kamar itu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Kakinya melangkah menuju ke arah Putera Drian yang sedang nyenyak tidur di atas tilam yang lembut dan berselimutkan kain sutera. Saat dia tidur bertemankan air mata dan mimpi ngeri, lelaki jahanam ini tidur dengan tenang setelah meragut nyawa keluarganya. Darah yang tumpah di istana ini akan dibalas dengan darah si pengkhianat ini.

"Akan aku bunuh kau dengan tanganku sendiri."

Senjata dikeluarkan daripada sisi pinggangnya. Hulu pisau belati digenggam dengan kejam bersama dendam yang bergulung di dalam jiwa. Mata pisau bersinar saat terkena sinaran bulan purnama. Belum sempat mata pisau terbenam ke dalam dada, badannya terpelanting menghempas dinding. Dia mengerekot kesakitan.

"Setelah sekian lama aku mencari kau, akhirnya kau muncul jua menyerah diri untuk dibunuh oleh aku."

Putera Drian bangun daripada pembaringan. Dia tersenyum sinis melihat si puteri bongsu yang kelihatan lemah itu. Sudah lama dia mencari satu-satu ancaman kepada takhta yang dirampasnya. Dia tidak akan membiarkan takhta berdarah itu kembali kepada pewaris asal. Penanggal Maut masuk ke dalam bilik itu apabila menerima isyarat daripada putera itu. Mereka sudah bersedia untuk menghapuskan kewujudan puteri itu.

"Kau bersubahat dengan pemuja syaitan yang membawa raksasa ke dunia ini untuk menumpaskan Wyndollyne. Kau pengecut!"

"Manusia sangat lemah, tuan puteri. Tanpa kuasa, manusia hanyalah sampah di mata makhluk yang berkuasa di dunia ini. Manusia perlu memilih pihak yang betul untuk mendapatkan kuasa. Jika tidak, manusia akan ranap seperti Lagenda Castreiland. Musnah dengan satu malam hanya disebabkan Penghuni Hutan Castreiland yang makhluk yang paling berkuasa saat ini."

"Manusia tidak lemah. Yang lemah adalah hatinya yang mudah goyah dengan godaan kejahatan. Kau mungkin daripada bangsa manusia tapi kau adalah manusia yang bertopengkan syaitan! Bersubahat dengan kegelapan yang mahu menghancurkan dunia! Kau sama saja dengan syaitan!"

"Fleurisella! Kau tidak akan faham betapa manisnya kuasa, magik, bahkan sihir sekalipun. Kau takkan dapat merasainya kerana aku akan tamatkan nyawa kau di sini dan saat ini!"

"Aku takkan takut pada kau! Kau fikir kau telah menang? Sebenar kau kalah kerana bergantung pada kejahatan! Kau perlu ingat sesuatu Drian! Dendam aku takkan terlunas selagi kau dan keturunan kau bernyawa di dunia! Akan aku cemari tanah ini dengan darah cucu-cicit kau! Aku sumpah kau! Kau takkan hidup dengan aman walaupun kau takluk satu dunia sekalipun kerana suatu hari nanti akan ada seseorang yang balas dendam untuk aku dan keluarga aku!"

"Bunuh dia!"

Penanggal Maut sudah bersedia mengeluarkan kuasa mereka untuk membunuh puteri itu. Fleurisella menyerah pada takdir yang tertulis pada dirinya. Jika inilah penamat hidupnya, dia terima. Sekurang-kurangnya dia tidak mati saat melarikan diri bagaikan seorang pengecut. Dia cuba membalas kembali apa yang terjadi di dalam hidupnya.

Saat kuasa Penanggal Maut menyerang Fleurisella, satu kabus hitam muncul mengelilingi tubuh gadis itu. Kabus itu berpusar seperti puting beliung sebelum hilang bersama jasad Fleurisella tanpa meninggalkan sebarang bukti.

"Cari betina itu sampai dapat!!!"

Book 3: Lagenda Castreiland: Alive (✓)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora