Kereta Vios berhenti di hadapan perkarangan Villa Tan Sri Afendy. Dia keluar dari kereta sambil memegang telefon bimbitnya.Nombor telefon Imran didail. Tiada jawapan. Aisyah menekan loceng berulang kali. Tiada respon.
Kemudian pintu pagar rumah terbuka, kereta Audi merah masuk ke dalam perkarangan rumah. Imran keluar dari kereta, tapi dia tidak berseorangan. Pintu penumpang terbuka, seorang wanita keluar dari kereta berpakaian dress dan berkasut tumit tinggi.
"Imran! Apa ni semua!?" soal Aisyah.
"Kita putus tak faham ke apa yang aku mesej kau? Sekarang tolong pergi berambus. Aku nak kau keluar dari sini! ."
"Imran..... kenapa awak buat saya macam ni ??" ujar Aisyah yang sudah mula menangis teresak.
"Ahhhhhhh pergi berambus. Bibik suruh perempuan ni keluar. Saya taknak tengok dia ni lagi." ujar Imran sambil menolak Aisyah jatuh ke lantai kerana cuba mendekatinya.
"Habis tu macam mana dengan perkahwinan kita?" soal Aisyah yang cuba untuk berdiri dengan bantuan bibik.
"Perkahwinan kita? Kau ni buat buat tak faham ke memang tak faham? Kau hanya permainan aku dengan kawan kawan aku je. Kau ingat aku nak kan kau? Perempuan macam kau? Hey ini Imran la anak Tan Sri Afendy. Aku akan kahwin dengan Elly tak lama lagi bukan perempuan murahan macam kau".
Imran memegang bahu Elly yang berada di sebelahnya. Elly memberi senyuman sinis kepada Aisyah.Aisyah mendekati Imran. "Pang" satu tamparan hinggap di pipi Imran. Imran berdiri kaku kerana terkejut dengan tindakan Aisyah termasuk Elly.
"Aku benci kau." Aisyah mengambil telefonnya yang sudah retak akibat yang berada di lantai akibat ditolak Imran dan berlari meninggalkan Villa Tan Sri Afendy.
-------
Pergi ke kedai dengan Nani
Nak beli skru paku dan juga bolt
Kalau korang rasa best cerita ni
Jangan lah lupa ya vote :)
YOU ARE READING
AISYAH
RomanceAisyah gadis bertudung yang menjadi ramai perhatian oleh para lelaki. Ramai lelaki cuba try tackel dia tapi semua kena rejected. Satu hari Saiful kawan baik Imran cabar Imran untuk tackel Aisyah. Imran jadi rebutan para wanita sebab dia ala ala hero...
