Tiba-tiba Api muncul mengelilingi badan Gempa. Halilintar berasa keliru sebelum dia melihat Logo Tanah pada Jam Kuasa Gempa berubah kepada Logo Api.

-"Kau...kau..."-

Gempa berdiri dan kemudian melompat ke udara.

"BOBOIBOY BLAZE" Gempa bertukar menjadi Blaze.

Blaze jatuh ke tanah semula dalm keadaan bersedia.

-"Kau akan menyesal bermain-main dengan aku"-Kata Blaze dengan yakin

-"Kau ingat kau hebat sangat...Marilah!"- Balas Halilintar

"PEDANG HALILINTAR" Halilintar mengeluarkan pedangnya

"TUSUKKAN PEDANG HALILINTAR"

Halilintar mula menyerang Blaze. Tetapi semasa Pedang Halilintar itu menepati Blaze, Blaze hilang dalam celah-celah api. (Seperti Gerakan Kilat) Dan kemudian muncul di belakang Halilintar.

-"Heh, kau tersasar"-Kata Blaze

"TUMBUKAN TINJU BERAPI" Blaze membalas serangan Halilintar

Serangan itu tepat pada Halilintar, dan kemudian terpelanting ke belakang.

-"Panas"-Kata Halilintar kepada dirinya

Pada masa yang sama, Taufan telah tersedar dari pengsan. Setelah dia sedar yang Halilintar tidak mampu mengalahkan Blaze, dia ingin membantu Halilintar.

-"Halilintar, biar aku tolong kau"- Kata Taufan

Tidak lama selepas itu, badan Taufan bercahaya dan masuk ke dalam badan Halilintar. Kemudian badan Halilintar dikeliingi warna biru dan Logo Petir pada Jam Kuasanya berubah kepada Logo Angin. Setelah masanya telah tiba, Halilintar belari ke arah Blaze

"BOBOIBOY TAUFAN" Halilintar bertukar menjadi Taufan

-"Apakah?!"- Kata Blaze dengan rasa terkejut

"GERUDI TAUFAN" Taufan mula menyerang

Tetapi Blaze hilang sama seperti dia lakukan kepada Halilintar. Dan setelah Taufan memintas dengan laju jauh daripada tempat Blaze hilang...barulah Blaze muncul semula.

-"Fuh, selamat"-Kata Blaze kerana terselamat daripada serangan itu.

Taufan menoleh kebelakang dengan perasaan marah.

-"Kenapa kau pertahankan dia hah?! Sedangkan kita ni sama je"- Kata Taufan

-"Tak...aku tak sama seperti kau"- Kata Blaze dengan serius -"Dan kau bukan Taufan yang aku kenal! Sumpahan itu sudah menguasai badan kau. Dan sebab itu aku serang kau seperti aku tidak kenal kau!

-"Kalau itu keputusan kau...Marilah!"- Jerit Taufan

Taufan menukar Logo Angin pada Jam Kuasanya kepada Logo Air

"BOBOIBOY AIS" Taufan bertukar menjadi Ais

"CAKERA API" Blaze mengeluarkan senjatanya

"TEMBAKAN PEMBEKU" Ais mula menyerang Blaze.

-"Alamak!"- Kata Blaze dengan risau

Blaze mengelak daripada Tembakan Pembeku kerana dia tidak boleh terkena air. Jadi pada tembakan terakhir Ais, Blaze hilang seperti dilakukannya sebelum ini ataupun dikenali sebagai 'Bayangan Api', dan muncul semula di udara.

-" Heh, tak kena...eh?"-Kata Blaze tetapi terkejut yang Ais hilang daripada pandangannya.

-"Ambik ni!"- Kata Ais sebelum menyerang Blaze

"TUMBUKAN BEKU" Air menyerang Blaze dari belakang

Serangan itu sangat kuat sehingga Blaze jatuh ke tanah dengan kuat. Tidak lama selepas itu, Blaze kembali bertukar menjadi Api semula.

Api tidak mampu bangun semula kerana kesakitan.

-"Kau dah kalah"-Kata Ais sebelum berjalan menuju ke arah Lisa -"Sekarang, biar aku habiskan kerja aku"-

Ais bertukar menjadi Halilintar dan mengarahkan Pedangnya ke arah Lisa. Api melihat Pedang Halilintar itu hampir mengena Lisa, dan terus naik marah.

-"Berhenti!"-

"LETUPAN API" Api mengeluarkan letupan ke arah Halilintar untuk menghalangnya

Halilintar terkena letupan itu dan kemudian terpelanting ke hadapan.

-"Biar kita tamatkan semua ni"-Kata Api kepada Halilintar

-"Heh, Marilah!"- Balas Halilintar sambil menyasarkan Pedangnya ke arah Api

"BOBOIBOY BLAZE" Api bertukar menjadi Blaze

"CAKERA API"

Blaze dan Halilintar berlari bertentangan dan menahan larian mereka menggunakan senjata mereka. Perlanggaran itu menyebabkan letupan yang berlaku, dan menghasilkan asap yang tebal.

Halilintar cuba melarikan diri dari asap itu untuk memulihkan pandangannya.

Blaze bertukar menjadi Thorn dan menyerang Halilintar

"AKAR BERDURI" Thorn mengikat Halilintar supaya dia tidak boleh bergerak

-"Apakah?!"-

"BOBOIBOY SOLAR" Thorn bertukar menjadi Solar

"TEMBAKAN SOLAR" Solar menyerang Halilintar

Tembakan itu tepat ke arah Halilintar. Serangan itu menyebabkan Halilintar tertewas dan bertukar kembali menjadi Petir. Solar berjalan ke arah Petir

-"Ak...aku akan balas dendam"- Kata Petir

Mata Merah Sumpahan itu hilang dan Petir masuk kembali ke dalam badan Solar. Kemudian Solar bertukar semula menjadi Boboiboy biasa dan tidak lama selepas itu Boboiboy pengsan...

Boboiboy - Power Of Elements | Book 1 | Revenge Of KaiWhere stories live. Discover now