💐43

97K 4.1K 114
                                    

"Nah makan"

Raisya hanya memandang saja bungkusan nasi di hadapan dia. Dua hari sudah selera dia mati. Perut dia pula sekejap terasa sakit dan sekejap okay. Raisya hanya duduk bersandar pada dinding.

"Makanlah. Kalau kau tak nak makan pun ingat sikit anak dalam perut kau tu"

Tegur lelaki itu. Dia bersimpati pada Raisya. Sudahlah wanita itu mengandung. Dikurung pula di dalam bilik yang penuh dengan dadah ini.

"Saya tak berselera. Perut saya rasa sakit"

Kata Raisya perlahan. Lelaki itu yang mendengar sudah cuak. Wajah dia sudah cemas.

"Kau biar betul? Kau nak bersalin ke? Kau jangan? Aku tak pandai nak sambut bayi"

Kata lelaki itu dalam nada cemas. Raisya hanya tersenyum kecil. Perutnya diusap perlahan.

"Ermm...awak ada air masak tak?"

"Ada. Kau nak ke?"

Raisya mengangguk. Lelaki itu bangun dan menghampiri mejanya. Kotak yang berisi air mineral di ambil. Dia berjalan arah Raisya.

"Nah"

Raisya tersenyum. Air mineral itu dibuka dan teguk pantas. Lelaki itu hanya memerhati saja. Mujur saja rakan dia yang seorang lagi tertidur. Kalau tak berperanglah mereka. Hanya lelaki itu saja melayan Raisya dengan baik. Seorang lain kasar! Berapa kali dia nak sentuh tubub Raisya tetapi dihalang oleh lelaki di hadapan dia kini.

"Nama awak apa?"

"Naim"

Kata Naim sepatah. Pada pandangan mata Raisya. Naim nampak macam budak sekolah.

"Umur berapa?"

"18"

Betul tekaan dia. Naim masih muda lagi. Entah kenapa remaja itu boleh terlibat dengan geng Joshua.

"Kenapa Naim buat kerja ni? Bukan sepatutnya Naim sambung belajar"

Naim tersenyum sinis. Sambung belajar? Dalam mimpi. Dia masuk ke sini pun sebab dipaksa. Dia tak mahu buat kerja haram semua ini.

"Tak boleh. Naim masuk ke sini pun sebab ayah. Ayah jual Naim pada mereka. Hutang ayah keliling pinggang dan sekarang Naim terpaksa kerja dengan mereka"

Kata Naim perlahan. Raisya bersimpati pada nasib Naim. Kasihan remaj itu. Muda-muda lagi bernasib malang.

"Nama akak apa?"

"Raisya"

Kini panggilan mereka berubah. Raisya mula selesa dengan Naim yang baik dengannya. Tak sekejam Bob orang suruhan kepercayaan Joshua itu.

"Akak saya nak minta maaf kalau selama ni saya sakitkan akak. Saya tak bermaksud nak buat macam tu. Saya cuma jalankan tugas saya"

"Tak apa. Akak faham. Akak dah lama maafkan Naim. Janji dengan akak lepasni Naim sambung belajar?"

"Tak boleh janji. Naim takut nyawa Naim pendek. Mati bila-bila masa saja"

"Jangan cakap macam tu. Akak yakin Naim akan selamat"

Raisya menepuk perlahan tangan Naim. Dia bersimpati pada Naim. Naim pula terharu dengan sikap prihatin Raisya padanya.

"Kita akan selamat ke?"

"Akak yakin. Sekarang ni pasti suami akak tengah cari akak"

Naim mengangguk. Beruntung suami Raisya mendapat wanita sebaik Raisya. Naim juga berasa yang sama. Apabila mereka menyedari Bob terjaga mereka segera menjauhkan diri. Riak wajah Naim terus berubah bengis.

"Lantak kau lah tak nak makan! Yang mampu kau! Bukan aku! Menyusahkan"

Tengking Naim. Raisya menundukan wajahnya. Naim menghampiri Bob.

"Aku dah bagi dia makan"

Ujar Naim dengan suara serius. Bob mengangguk dan tanpa banyak soal keluar dari bilik itu. Raisya menarik nafas lega. Dia mula menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Naim yang melihat dari jauh sudah tersenyum.

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now