💐12

119K 5.5K 180
                                    

Raisya keluar dari bilik mandi lengkap berpakaian. Dia hanya memakai baju t-shirt putih dan berkain batik. Rambutnya yang basah disikat rapi.

Danny pula ada diluar balkoni sedang berbual dengam telefon. Danny dan telefon tak boleh dipisahkan. Malam itu mereka menginap di hotel itu.

Mata Raisya tertacap ke arah laci yang terbuka sedikit. Raisya membuka laci itu. Hampir saja dia nak menjerit melihat pisau dan pistol jenis Baretta 92 di dalam laci itu.

"Ehem!"

Deheman itu membuatkan Raisya terus berpaling ke belakang. Danny berdiri di belakang dengan hanya memakai bathrobe. Raisya terus menunduk ke bawah.

"Kau buat apa?"

Soal Danny. Pelik melihat Raisya berdiri di meja solek. Haruman dari badan Raisya membuatkan nafsu Danny naik. Tetapi dia tahan.

"Tak buat apa-apa"

Jawab Raisya pantas. Danny semakin pelik. Dia menghampiri Raisya. Tubuh dia dan Raisya bersentuhan. Mata dia tertacap ke arah laci yang terbuka. Dia mengukir senyuman senget.

"Jadi kau dah nampak lah"

Perlahan saja nada Danny. Betul-betul di telinga Raisya. Wajah Raisya terus berubah pucat. Danny mengambil pisau serta pistol lalu diletakkan ke atas meja solek.

"Awak buat apa dengan benda ni?"

Soal Raisya. Baru saja tangan dia nak menyentuh pistol milik Danny tangan dia sudah digenggam erat oleh Danny. Mata mereka bertentangan.

"Kau sentuh aku takut benda tu meletup je nanti"

Kata-kata Danny membuatkan Raisya segera menjarakkan dirinya. Danny menyimpan senyum melihat tingkah Raisya itu.

"Kau dah mandi?"

Soal Danny. Raisya hanya angguk saja. Mata Danny melihat cara pemakaian Raisya. Baguslah tak terlalu menggoda dia.

"Aku nak mandi kejap. Kita solat isyak sama-sama"

Raisya hanya angguk. Sudahlah wuduk dia terbatal kerana bersentuhan dengan Danny tadi. Terpaksa dia menunggu Danny habis mandi.

Raisya melipat telekung dia lalu disangkut ke tempat penyangkut. Sejadah dilipat elok dan disusun bersebelahan dengan tuala.

Raisya naik ke atas katil lalu berbaring. Hari ini sangat memenatkan. Dia melihat Danny yang menghampiri meja solek. Lelaki itu sedang memegang pistol.

"Awak buat apa tu?"

"Kau jangan tahu"

Raisya hanya diam saja. Dia memerhati saja tindak tanduk Danny. Bagi dia lelaki itu penuh dengan misteri. Dia bukan saja businessman berjaya. Tetapi ada lagi sisi dia yang lain.

Danny menghampiri Raisya. Dia membuang peluru dari pistolnya. Bimbang Raisya terpegang dan tertarik picu mahu kecoh satu hotel ini dengam bunyi tembakan.

Danny berbaring di sebelah Raisya dan terus memejam matanya. Raisya pula hanya menjeling sekilas suaminya. Dia masih lagi segar. Tangan dia lincah berbalas chat dengan rakan-rakannya.

"Kau tak nak tidur lagi ke?"

Tegur Danny. Lena dia sedikit terganggu dengan gelak ketawa halus Raisya.

"Kejap lagi"

Kata Raisya. Danny hanya mendengus saja. Dia kembali memejam matanya. Raisya meletakkan telefonnya di meja tepi katil. Dia tidur mengiring menghadap Danny. Lelaki itu sudah terlelap.

"Awalnya dia tidur. Mungkin penat kot"

Gumam Raisya sendiri. Dia terus memejam mata dan tidur. Danny membuka matanya perlahan-lahan. Raisya disebelah dipadang. Dia mengukir senyuman manis dan dia kembali lena. Hanya dia saja tahu maksud senyuman itu.

YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1•Where stories live. Discover now