- 23 -

394 61 12
                                    

" aku tak nak pergi!!!!!!! "

Suara Taeyong mula bergema di seluruh kawasan itu. Sayap Taeyong ditarik kuat oleh pari-pari kucing itu ke sesuatu tempat. Haeun mengerutkan keningnya. Dia tidak salah dengar bukan?

Itukan suara Taeyong?

Haeun bangun dari baringnya dan sedia untuk menjenguk keluar. " Haeun ! " jerit Myeon. Tangan Haeun digenggam kuat supaya Haeun tidak keluar daripada bunga itu.

" wae? " Haeun menjadi keliru. " mari ikut kami. Kita pergi ke sesuatu tempat. Untuk bersiap bagi majlis malam ni "

" huh? Majlis apa? "

" istimewa untik awak dan Taeyong. "

Dahi Haeun menjadi semakin berkerut. Apa yang dimaksudkan majlis bersama Taeyong itu tadi? " ahh kejap. Apa maksud awak semua ni? Saya tak faham la. Ada majlis apa? "

" Ikut sahaja nanti awak akan tahu "

Tangan Haeun ditarik lalu mereka terbang melalui atas kelopak bunga biru itu tadi.





________

Taeyong yang tadinya menggelupur diminta untuk dilepaskan kini diam membisu. Matanya malas bergerak sekeliling melihat semua pari-pari yang mengangkat dirinya itu. Mana nak dibawa pun tak tahu.

" dah sampai "

Kata ketua pari-pari kucing itu. Taeyong ditempatkan diatas rumput dan kemudiannya rumput itu menjadi sebuah kerusi yang selesa untuk di duduk.

" Sedia? "

Taeyong merengus kasar dan tidak menjawab sebarang kata-kata. Mukanya ketat dan dingin. Jari ketua pari-pari kucing itu ditepuk dua kali dan semua cahaya di situ hilang. Hanya mata biru Taeyong sahaja yang bercahaya.

" apa kau nak buat ni ? "

Suara garau Taeyong menerpa kesunyian itu. Dengan satu petikan jari cahaya terang benderang mula menyuluh tepat pada wajah Taeyong.

Mata Taeyong dikecilkan agar matanya tidak silau dengan pancaran cahaya dihadapannya. Tiba-tiba Taeyong ternampak satu bayangan kucing terbang di hadapannya.

" meow! Makeover Flower ~ "

" nak jadi seperti siapa? "

" Jeon Jungkook? "

" Kim Taehyung ? "

" Lee Taeyong? "

" semua saya boleh makeupkan! Meow ! "

Taeyong mengeluh pendek sebagai tanda tidak setuju. " jadi diri sendiri " jawab Taeyong dengan nada yang dingin. " Meow! Tentulah boleh! " Satu semburan berkilat disemburkan pada Taeyong sehingga kabur penglihatannya.

" Uhuk! Uhuk! "

" hmm tak sesuai meow! "

POOF!

" HACHUMM "


Pari kucing itu menggelengkan kepalanya. Habis bunga-bunga yang berada di dalam pasu diatas meja itu terbakar akibat percikan api yang keluar daripada bersin Taeyong. " moew. Tak sesuai " kerusi Taeyong itu dipusingkan dengan laju.

POOF!

" tak habis lagi ke? " soal Taeyong yang sudah bengang dengan perbuatan pari-pari itu kepada dirinya. " jjang! Yang ni sesuai " kerusi Taeyong dipusingkan semula kearah cermin besar. Taeyong mengangkat wajahnya untuk melihat dirinya di refleksi cermin.

Anak matanya sikit membesar. Bajunya ditukar menjadi tuxedo putih yang terdedah sedikit pada bahagian dadanya. Rambutnya digayakan dengan rapi serta berwarna putih. Matanya bersinar dengan warna biru hitam.

" suka meow? "

Taeyong tersenyum sinis. " kalau macam tu bye bye! Selamat pergi ke kelas seterusnya ! "

" kelas seterusnya? " kening Taeyong berkerut. " meow meow. Kelas untuk belajar kawal 'perasaan' " tiba-tiba kerusi Taeyong berubah bentuk menjadi seperti rumput semula. Suasana di sekeliling itu menjadi gelap gelita dan senyap serta merta.

" yah! " jerit Taeyong.

TAP TAP TAP


Tanah itu bergegar dengan hentakan kuat kasut seseorang. Hentakan tapak kaki berhenti betul-betul dihadapan Taeyong. Nafas makhluk itu semakin terasa di wajah Taeyong. Seperti ada gergasi di hadapannya.

" Hell "

Kening Taeyong semakin berkerut apabila suara garau itu kedengaran ditelingannya. " siapa kau? "

" HAHAHAHHA "

" GURAU JE "

" HELLOOO "

" PARTY PEOPLE!! "












To be continue..

PuzzleWhere stories live. Discover now