- 9 -

492 96 9
                                    


" Haeun..Palliwa buka tingkap ni "

Mark mengetuk tingkap Haeun buat beberapa kali. Haeun menyimpan semua perkakas lukisannya ke dalam laci meja lalu bergegas kearah tingkap.

Haeun membuka kunci tingkapnya lalu memberi laluan kepada Mark untuk masuk ke dalam biliknya. " fuh.. Nasib awak buka .. " keluh Mark sambil meletakan tangannya ke lututnya.

Haeun mengerutkan keningnya lalu mengeluh. " awak nak apa Mark? Sanggup awak naik ke tingkap saya semata-mata untuk kita berjumpa? Awak tahu tak rumah saya ni tingkat 6.. Kalau jatuh macam mana? " kata Haeun risau sambil melihat kebawah tingkapnya.

Mark tersenyum. " jadi risau jugalah awak dekat saya? " katanya sambil mendekati Haeun lalu memegang pergelangan tangannya. Haeun mengetap bibirnya lalu menepis kuat tangan Mark dari menyentuh tangannya.

Haeun merengus kecil. " apa awak nak? " soal Haeun. Mark tersenyum lagi. Matanya betul-betul dialihkan kedalam mata Haeun yang masih terketar-ketar melihatnya. " saya cuma nak minta maaf apa yang saya dah buat dekat sekolah tadi.. " kata Mark dengan lembut.

Kepalanya dialihkan pada meja belajar Haeun. " saya tahu awak suka melukis jadi saya hadiahkan alatan melukis tu untuk awak " kata Mark lagi. Haeun terdiam dan hanya melihat gerak geri daripada Mark sahaja.

" maafkan saya Haeun? " Wajah Mark didekatkan pada Haeun lagi sehingga pergerakan Haeun tersekat pada dinding. Haeun memejamkan matanya lalu mengangguk dengan laju membuatkan Mark tersenyum kemenangan. " ikut saya keluar? "

Haeun membuka matanya sebaik sahaja Mark berkata begitu. " pergi mana? "

" pergi mana-mana yang awak suka.. Sebagai tanda minta maaf? "

Haeun menggelengkan kepalanya kerana dia langsung tidak setuju dengan cadangan yang diberi. Mark mendekatkan kembali wajahnya pada Haeun sehingga hidung mereka tersentuh sedikit. " please.. " bisik Mark.

Haeun yang terketar-ketar itu hanya mengangguk setuju lalu menolak dada Mark supaya jauh darinya. Mark tersengih gembira. " awak nak pergi mana Haeun? " soal Mark.

" library.. Library sekolah kita.. Saya ada kerja nak buat dekat sana.. "

" umm.. Ok kajja.. "













___________





Haeun membelek buku di rak-rak perpustakaan tersebut sambil mengerling kearah Mark di meja sana. Dia mengeluh. Kenapa lah dia kena ikut orang yang macam tu? Setiap hari diugut.

Haeun meneruskan pemilihan bukunya di atas rak tersebut.


Haff haff haff..



" bunyi apa tu? " gumam hati Haeun sebaik sahaja dia mendengar buat pelik itu yang tidak jauh darinya. Mata Haeun mula meliar mencari darimana datangnya bunyi itu.

Tiba-tiba mata Haeun tercacap pada seseorang melalui celah-celah rak buku di rak itu. Haeun terus memerhatikan perbuatan lelaki itu dengan teliti.

Taeyong memejamkan matanya untuk menahan rasa sakit di dada. Kedua belahnya diangkat lalu dilihat. Dia merengus kasar apa bila tangannya yang pucat mula menjadi putih.

Dan disebabkan itu jugalah nafasnya menjadi kuat dan membuatkannya marah. Dia menyelak jaketnya lalu mengambil sesuatu yang berbentuk pek kecil yang berwarna merah.

Pek itu terus diarahkan pada mulutnya lalu diisap sehingga habis. " ughhh.. Aku perlukan banyak lagi. " kata Taeyong lalu merenyukan pek itu lalu buangkannya ke atas lantai.

Matanya melihat ke kiri dan ke kanan sebelum dia berlari keluar daripada perpustakaan itu. Haeun menekup mulutnya. Perlahan-lahan langkahnya diaturkan ke tempat dimana Taeyong berada tadi.

Dia mula duduk bercangkung untuk mengambil pek yang dibuang Taeyong tadi lalu dihidu. " egh.. Darah? " desis hatinya lalu mencampakan kembali pek itu ke lantai.

Tiba-tiba Haeun ternampak sehelai bulu berwarna putih di celah rak buku tersebut. Tangannya cuba dicapai untuk mengambilnya.

Haeun melihat bulu putih itu dengan teliti. Dan tiba-tiba dia ternampak ada sekeping objek yang terselit pada bulu putih itu. Haeun membuka mulutnya kerana terkejut. Objek itu bewarna hitam sepenuhnya dan juga berkilau.

" puzzle? "











To be continue.



PuzzleWhere stories live. Discover now