Prolog

679 31 0
                                    

Nama aku Aliyana Maisarah, aku pelajar tahun terakhir di Sekolah XX. Mengikut nama, aku bukan lah gadis yang sopan santun orang nya. Aku sekadar gadis yang biasa.

Aku lebih kepada jenis yang termenung dari bercakap jadi aku kekurangan kawan. Boleh dikira lagi berapa ramai kawan yang aku rapat.

Aku hanya mempunyai tiga orang kawan yang terima aku seadanya iaitu kembar tidak seiras, Afiera dan Afieqa dan seorang lagi, Marinna. Kawan² aku memanggil aku Mai sementara yang lain memanggil aku Ally.

Karakter aku? Seperti aku terangkan sebelum ini, aku pendiam orang nya. Aku lebih kepada orang yang tidak ambik kesah tentang sekeliling dan ramai yang kata aku ini gangster orang nya. Tapi, aku lebih memahami diri dari mereka, aku tau aku bukan sebegitu. Aku berlagak seperti gangster hanya ingin mempertahan diri sahaja.

Pada awal nya, aku tidak meminati sesiapa dan aku okey dengan perkara tersebut. Tetapi, pada hari tersebut, aku mula sedar yang aku tertarik dengan seorang pelajar lelaki. Nama nya Aiman, percaya atau tidak dia baru berusia 15 tahun. Aku sungguh tidak sangka aku akan suka kepada orang yang lebih muda dari aku. Tapi umur hanya lah nombor kan?

Okey la. Cerita ini sepenuhnya mengenai kehidupan berkawad selama 5 hari . Sepenuhnya mungkin la tipu atau sepenuhnya mungkin benar.

Aku mencerita kan ini bukan ingin menunjukkan aku ada perasaan atau apa tapi aku hanya ingin meluahkan sesuatu yang dipendamkan. Aku tidak dapat luahkan di dunia realiti maka di sini sahaja la yang aku mampu luahkan.

Tertakluk kepada korang ingin terus membaca ataupun tidak. Aku hanya inginkan sampaikan sebuah cerita sahaja.

Crushku JuniorkuWhere stories live. Discover now