Dari Mata

1.3K 33 1
                                    

----✨----

Sebulan telah berlalu selepas kejadian mata bertentang mata tu berlaku dan perasaan aku masih tak hilang. Sebulan tu aku jarang nampak dia. Kalau nampak pun setakat dari jauh je.

Aku rasa aku dah macam budak sekolah rendah yang pertama kali ada crush. Sanggup guna jalan jauh untuk lalu depan kelas dia semata-mata nak tengok muka dia. Tapi semua perasaan aku sorokkan daripada kawan-kawan aku. Yelah, mana tahu diorang tak terima kalau aku cerita perasaan ni masih ada.

     "Lalu tangga ni jom, dekat sikit."

     "Kelas kita kan dekat hujung."

     "Exercise Ana, exercise sikit pun tak nak ke?" Aku tolak badan classmate ku dengan mengada-ngada.

     "Saje je la kau ni."

     "Alah bukan selalu kita lalu sini kan." Ana hanya mengiakan aku yang dah tersenyum-senyum.

     "Leceh la kau ni suka macam ni tau."

Aku melayan saja bebelan Ana sementara mata aku melirik ke balik tingkap kelas si dia.

Lama tercari-cari rupanya dia takde dalam kelas. Hampa. Penat je aku pusing tapi nak buat macam mana, dah takde rezeki.

----

     "Korang kenal Nadin tak?" Aku memulakan pertanyaan dengan niat untuk mengorek rahsia.

     "Nadin mana? Yang duduk asrama tu ke?"

     "Aah yang tu."

     "Kenapa dengan dia?"

     "Takde apa-apa, saje je tanya. Dia okay ke ha? Aku macam banyak dengar dia tak syok sikit orangnya."

     "Dia okay tu memang la okay cuma perangai dia yang buat orang nyampah kot."

Aku membuat mimik muka keliru, sengaja tidak mahu tunjuk yang aku nak tahu lebih tentang dia.

     "Perangai apakah?"

     "Dia tu kalau mintak makanan orang makan tak ingat dunia."

Sesungguhnya aku hanya mampu tergelak. Alahai comelnya.

     "Ada Feni pernah cerita Nadin mintak maggi dia pastu tiba-tiba magginya hilang separuh. Kau rasa?"

     "Aku tak tau la dia yang makan ke saka dia yang ngap semua. Tapi lepastu dia bagi maggi baru lah."

     "Hahaha lapar sangat ke," sambil membalas aku terlihat Nadin yang tengah berbual dengan rakannya di kantin yang dah lengang.

Sedang aku memerhatikan dia dari jauh sambil mengiyakan bebelan Ana, tiba-tiba Nadin angkat kepala memandang ke arah aku.

Dup Dup Dup

Dengan pantas aku mengalihkan pandangan dan berpura-pura ketawa dengan Ana yang dah mula pandang aku dengan pelik.

Ish dia ni, ketawa je la sama.

Bila aku lirikkan anak mata kembali ke Nadin aku mengeluh lega bila dia dah tak pandang ke arah aku lagi.

Ya Allah Farah, kenapa kau rasa macam ni?

Dari Mata (COMPLETED)Where stories live. Discover now