Dulu ,
Saya punya satu gitar persis gitar milik Kurt Cobain yang macam dia pakai kat New York waktu dia perform unplugged dulu dulu , Saya beli gitar itu dari kawan saya yang kerja sebagai doktor gitar , dia ambil gitar itu dari tempat kerjanya dan dijual pada saya kerana dia geram bos dia tak bagi gaji berbulan bulan ...
Selepas setahun berkhidmat dengan cemerlang dan amanah , gitar itu mempunyai masalah untuk ditukar tali , maka tergendalah aktiviti bergitar saya ...
Namun atas nasihat seorang lagi kawan , dia berbisik manja yang mana dia juga boleh menjadi tabib gitar dan menyelesaikan masalah saya , lagipun dia tidak mahu sebarang bayaran , lillahitaala katanya , jadi sejuklah hati saya mendengar dan secara automatik terukir sebuah senyuman di wajah , tanpa segan dan silu saya pon memberi gitar itu pada dia...
Namun , setelah hampir 3 tahun , saya masih tidak ketemu gitar itu , saya buntu ...
