eighteen

4.8K 743 582
                                    

Hwiyoung's

" berhenti menangis chae. dah berapa lama kau berkurung dalam tandas ni? "

berulang kali aku mengetuk pintu tandas biliknya tetapi masih tidak dibuka. niat aku datang kesini adalah untuk mengajaknya keluar memandangkan kebelakangan ini mood dia tidaklah begitu stabil.

tetapi apabila aku tiba di rumahnya, abangnya si chanyeol memberitahu aku bahawa sejak dari pulang sekolah tadi, dia langsung tidak turun. itu yg merisaukan mereka sekeluarga.

" chae? kau baik baik sahaja kan dalam tu? " aku tidak pernah berhenti menyoalnya kerana aku turut risau terhadapnya.

ini semua salah jungkook

lelaki tak guna itu patut diajar. sudahlah dia memberi chaehyun harapan palsu, malah dia berpura-pura tidak mengenali chaehyun. tidakkah perbuatan dia benar-benar melampaui batas?

sudah berapa kali aku hendak bertemu jungkook lalu menumbuknya di muka sepuas hati aku, tetapi dihalang chaehyun.

dan mengapa chaehyun terlalu baik?

/klek

pintu tandasnya terbuka. terkejut aku dibuatnya apabila terbuka secara tiba-tiba. baru la aku sedar bahawa chaehyun akhirnya sudah keluar daripada bilik kedunya iaitu tandas.

" c-chae, kau menangis lagi ke? " aku segera mendapatkan dia, dia memeluk aku dengan erat.

dia mula menangis lagi. ah, aku cukup tak boleh tengok seorang perempuan menangis. mereka dalam golongan yg lemah, harus dilindungi dan dijaga dengan elok. bukan melayan mereka dengan kejam sepertimana jungkook membuat chaehyun.

" hwiyoung ... " dia memanggil aku dalam tangisannya.

" aku rindu jungkook "

" kenapa dia tak datang cari aku? "

" kenapa ... kenapa dia buat aku macam ni? "

sedikit sebanyak aku berasa marah kerana chaehyun masih fikir tentang jungkook walaupun hati dia sudah hampir mati.

" menangis lah sepuas hati kau sekarang ini tetapi pastikan lain kali kau tidak lagi menangis atas sebab yg sama "

setelah aku bercakap sebegitu, semakin kuat esakan dia. aku dapat merasakan yg baju aku sudah basah di bahagian bahu. tidak apalah, biar dia lepaskan segalanya di bahu aku. aku rela, asalkan dia tidak lagi menangis nanti. aku mengusap bahunya perlahan-lahan.

lama juga dia menangis, sehinggalah dia menjauhkan mukanya daripada terus membenam pada bahu aku.

" ma-maafkan aku sebab dah basahkan baju kau " dia meminta maaf dengan suara yg serak.

demi kau, tidak apalah chaehyun.

" tak apa. sekarang, pergi basuh muka kau dan bersiap cepat "

" kenapa? kita nak pergi mana-mana ke? "

" aku nak bawak kau keluar hari ini "

dia mengukirkan senyuman pendek. lega hati aku apabila dia tergerak hendak tersenyum jua.

" tunggu aku dekat bawah tau " pesan dia lalu menolak aku keluar daripada biliknya. perangai syaitan dia sudah kembali sedikit.

100kisses • jeon jungkook [completed]Where stories live. Discover now