eleven

5.1K 714 117
                                    

aku memang nak habiskan fanfic ni cepat cepat ohoho

•••

memang jungkook buat aku rasa bahagia hari ini tapi mood tu tak kekal lama. hati aku mula menjadi tak keruan dan risau apabila aku melihat perubahan hwiyoung.

dia kerap keluar masuk kelas dan menghilangkan diri buat beberapa minit.

" chaehyun "

aku tersedar daripada lamunan, " ah ya jungkook ada apa? "

" kau dengar tak tadi aku cakap apa? "

aku menggeleng dan jungkook melepaskan keluhan.

" aku cakap, esok petang teman aku pergi beli barang "

" ah ya ok "

" ada sesuatu yg mengganggu kau ke? " dia menyoal.

aku tak tahu aku patut cakap atau tidak. kalau hendak cakap, apa yg patut aku beritahu dia? takkan nak cakap yg aku risaukan hwiyoung? nanti apa pula jungkook fikir.

" aku masuk kelas dulu eh jungkook? esok petang jumpa bye " aku cuba lari daripada soalannya dengan mengatakan bahawa aku harus pulang ke kelas dan yeah dia pun percaya.

" oh ok baiklah bye babe " sempat lagi dia memberikan aku flying kiss aw

tetapi, aku rasa sangatlah bersalah kerana menipu dia.

aku bukan nak balik kelas, aku nak jumpa hwiyoung.

dah satu sekolah aku pusing tapi masih tak jumpa dia. aku berjalan ke sebuah pokok besar dan menyandar di dahannya. aku menghela nafas, penat mencari manusia bernama kim hwiyoung itu.

tapi kenapa aku rasa macam ada orang di belakang pokok ini?

aku memusing badan aku dan melihat ke belakang pokok yg aku tengah sandar ini dan ternyata betul firasat aku itu.

ada orang lain yg turut sandar di dahan pokok ini.

" dekat sini rupanya kau " aku bersuara

dia perasan akan suara aku lalu terus memandang aku.

" eoh, chae "

" apa kau buat dekat sini wahai hwiyoung? "

" rehatkan minda aku "

" kau ada masalah ke? " tanya aku. aku memang jenis caring feat kepoh sikit kalau kau nak tahu.

" masalah? takde pun. tapi, aku ada berita gembira "

" yela dah kau keluar masuk kelas je dari tadi. haa, apa berita gembira tu? "

aku mengesot menghampirinya untuk mendengar berita gembiranya. kan aku dah cakap yg aku ni kepoh sangat mengalahkan makcik makcik dekat kawasan perumahan kau tu.

" aku ... "

" kau? "

" dah ada ... "

100kisses • jeon jungkook [completed]Where stories live. Discover now