seventeen

4.6K 732 380
                                    

sudah selama tiga hari aku tidak hadir ke sekolah. kalau hari ini juga aku masih tidak mahu ke sekolah, bermakna sudah empat hari aku langsung tidak menjejakkan kaki ke sekolah. aku tak pasti sama ada aku patut ke sekolah ataupun tidak. chanyeol asyik kulikan aku sejak 3 hari lepas heh.

bukan aku tak nak ... cuma aku tak sedia.

aku duduk di birai katil, peristiwa 3 hari lepas mula berlayar di minda aku.

" Jungkook confess dekat aehyun tadi "

serta-merta, susu kotak coklat terlepas daripada tangan aku dan dush, terjatuh pecah ke atas tanah. aku tak kisah dah susu tersebut mengalir dekat kaki aku ataupun tidak, apa yg aku kisahkan hanyalah hati aku sekarang ini.

jungkook toleh ke arah aku.

aku ingatkan dia akan datang menghampiri aku dan berkelakuan seperti selalu.

aku ingatkan dia akan datang dan beritahu aku bahawa apa yg aku dengar sebentar tadi adalah salah sama sekali.

tetapi tidak.

dia langsung tidak datang ke arah aku.

memang dia menoleh ke sini. dia nampak aku dan memandang aku sebentar.

tapi ...

dia pusing semula ke arah aehyun lalu membawa aehyun berjalan di sekitar taman tersebut. aehyun langsung tidak mengetahui akan kehadiran aku disini.

anak mata aku tidak dapat berhenti dari memandang mereka berdua. mesra, sangat mesra. malah lebih mesra daripada aku dan jungkook dulu.

aku tak menangis. aku tak rasa pun ingin menangis dan air mata aku tidak mahu turun.

tapi hati aku remuk. seakan-akan ditumbuk berkali-kali.

aku tak tahu apa hendak dilakukan sekarang ini.

patutkah aku menegur jungkook? oh tidak, sudah pasti tidak.

akan menjadi kekok jika aku menegurnya sekarang ini dalam keadaan sebegini walaupun dahulu ... kami sangat rapat.

mengapa kau berbuat sedemikian terhadap aku, jeon jungkook?

aku memejam mata aku rapat, aku menggeleng kepala aku ke kiri kana. aku tak mahu mengingati perkara yg menyakitkan hati aku itu.

/knocknock

aku tersedar.

" siapa? "

" hwiyoung "

dengan langkah yg malas, aku berjalan ke pintu bilik. tombol dipulas, lalu terpancar lah wajah seorang lelaki yg tidak kurang kacaknya itu di hadapan aku.

" kenapa datang sini? tak pergi sekolah ke? " aku menyoal dia

" aku tengah tunggu kau la. kita pergi sekolah sama-sama, jom? "

oh, dia tengah mengajak aku untuk hadir ke sekolah ke? maaf, hati aku masih tak bersedia.

" aku tak nak pergi hari ini "

" kenapa? sebab dia lagi ke? "

untuk pengetahuan kau, hwiyoung tahu tentang ini. dia lah orang pertana yg aku luahkan segalanya tentang apa yg ternampak tempoh hari. aku memandangnya lalu kepala diangguk.

hwiyoung menolak pintu bilik aku supaya terbuka dengan lebih luas, kemudian dia menarik tangan aku supaya masuk ke dalam bilik aku.

dia menolak bahu aku kebawah supaya aku duduk di atas katil. aku ingatkan dia nak duduk tepi aku, tapi tak. dia tak duduk pun malah dia berdiri sambil tangannya masih di bahu aku. dia menunduk sedikit supaya dapat melihat wajah aku.

100kisses • jeon jungkook [completed]Where stories live. Discover now