13 >> Jae+Ren | Stay With Me | <<

Start from the beginning
                                    

Semua pelanggan yang berada di dalam cafe itu tertumpu pada kau dan Jaemin. Lantas kau mengangkat kepala Jaemin lalu meletakkanya di atas riba kau.

Keadaan di dalam cafe mula cemas. Seorang pekerja mula menghubungi hospital.

Kau menatap wajah nya sayu. Dengan perlahan-lahan tangan Jaemin mendarat ke pipi mulus kau, dia mengelus pipi kau lembut dengan senyuman nipis yang terukir di bibir pucat nya.

"mianhae Hyura. Jaemin tak sempat nak b-bersama de-dengan Hyura" kata dia perlahan kerana badannya yang semakin lemah. Suaranya juga terketar-ketar kerana sistem pernafasan nya yang tidak terkawal.

"Jaemin ada sakit apa? Kenapa Jaemin tak pernah bagitahu Hyura?" perasaan sebak mula menyelubungi diri. Air mata kau juga mula bertakung. "Jaemin ta-tak nak tengok Hyura bersedih.se-semua nya dah tt-terlambat, ba-barah hati Jaemin dah sampai ke tahap keempat. Uhukss.. " mata kau terbuntang luas. Bermacam-macam perasaan sedang bercampur-baur.

"kenapa Jaemin tak buat rawatan?! Sekurang-kurangnya Jaemin boleh pulih. Risiko Jae - -"

"sshhh.. tak ada gunanya Hyura. Tak ada gunanya.. " sambung Jaemin lagi.

Air mata kau mula merembes ke pipi. Kau menundukkan wajah memandang lantai, tidak sanggup untuk melihat Jaemin yang berada dalam keadaan terseksa begini.

"uljima.. Jaemin j-janji, Hyura akan dapat pengganti baru se-secepat yang mungkin se-sebab Jaemin ttt-tak nak Hyura se-sedih lagi" Jaemin memegang kedua-dua belah tangan kau, lalu satu kucupan hinggap di tangan kau. kau terkedu..

"shireo! hiks. Shireo! Jaemin yang Hyura kenal ada seorang dalam berjuta orang dalam dunia ni. I just want to be with you" kau sengaja mendaratkan kepala kau di atas dada bidang milik nya. Tersedu sedan kau menahan tangis.

"cry if that could make you feel better, darling" Jaemin mengusap ubun-ubun kau dengan perlahan..

Tiba-tiba sahaja Jaemin mula tercungap-cungap,kau yang bersandar di dada Jaemin juga tersentak dengan tindakan nya. Adakah ini kali terakhir kau akan mendengar suaranya?

"Jaemin! jangan tinggalkan Hyura. Hyura masih sayangkan Jaemin" suara kau bertukar sayu dan air mata kau mula mengalir dengan deras. "semoga Hyu-hyura sentiasa dilindungi dengan pengganti ba-baru. Nado saranghae.. " Jaemin tercungap-cungap menahan nafas sebelum mata nya terpejam dan menghembuskan nafas terakhir.

Kau tersedu-sedu menahan perit dan tangis dengan esakan yang masih kedengan semasa suasana di dalam cafe bertukar sunyi.

"semoga Jaemin berbahagia di sana" kau mengucup pipi pucat milik Jaemin sebelum dia diangkat ke dalam ambulans yang sudah sampai beberapa minit yang lepas.

2 tahun kemudian..

Setelah kau habis pengajian di Universiti,kau mengambil peluang ketika masa terluang dengan nenenangkan fikiran dengan bersantai di pondok yang terletak di tepi pantai.

Kau menatap gambar Jaemin sebelum mengeluh berat untuk menahan sebak yang menghimpit dada. Kau mula membuka langkah meninggalkan pondok itu.

- - -

Setelah sampai di depan pintu rumah,niat kau untuk membuka pintu pagar rumah terhenti setelah melihat kelibat lelaki yang berpakaian t-shirt merah, seluar jean dan juga rambut yang bewarna merah mula menghampiri kau dengan senyuman.

"Park Hyura? " lelaki itu bertanya. kau pula menelan liur.

"ya saya, ada apa? " kau menjawab dengan berani walaupun berasa janggal.

Lelaki itu menghulurkan sepucuk surat kepada kau. Kau pula teragak-agak untuk menyambut surat itu. Selepas kau melihat surat itu ada tertulis nama Na Jaemin. Kau mula menyambut surat itu.

Kau mula membuka surat itu dan membaca nya. Setelah kau habis membaca surat di tangan kau. Kau mula terkedu dan menekup mulut kau dengan tangan kiri.

"that's mean saya lah pengganti baru untuk awak. saya harap awak bo-boleh terima saya sebagai orang baru dalam hidup awak. kalau awak perlukan masa,saya sudi undur diri sekejap" suara ceria lelaki itu berubah sayu kerana terpaksa meninggalkan amanahnya yang telah dia berjanji dengan sahabat karibnya, Jaemin untuk menjaga dan melindungi Park Hyura.

kau memandang lelaki itu dengan perasaan keliru dalam masa yang sama berasa kesian.

"nama awak? "

"nama saya Huang Renjun. Panggil saya Renjun" Renjun tersenyum membuatkan kau terkedu kembali. Kau juga mengukir senyuman.

Renjun menghulurkan sekuntum bunga ros yang bewarna merah jambu yang diletakkan di dalam poket seluarnya.

"saya berjanji untuk menjaga awak demi kawan baik saya. Dan cuba untuk menyayangi awak Hyura" kau tersenyum riang dengan air mata yang mula terkumpul di tubir mata.

"saya terima awak sebagai penghuni hati saya yang baru " Renjun mencapai tangan kau dan mula mengucupnya perlahan.

- The End -

First of all, sorry to all readers sbb dh lama sgt tak upd imagine ni. heh, saya betul-betul minta maaf. korang semua maafkan tak author? "( especially pada readers yang req kat saya. I'm really really sorry gais ❤. Thanks to XuMinghao0711 sbb sudi req kat saya. Hope u like it~see u gais next time oky? selamat menjalani ibadah puasa.

+NCT DREAM IMAGINES | 엔씨티 Dream {CLOSED}Where stories live. Discover now