TNC-6

11 2 0
                                    


Nadiem duduk di kerusi roda ditemani oleh Ziyad dan Airyn di taman.Selepas pembedahan,kondisi Nadiem bertambah teruk tetapi dia meminta untuk berehat di rumah kerana dia tidak betah berlamaan di hospital.Dia ingin meluangkan masa bersama keluarga dan juga sahabat barunya."Jika keadaanku tidak begini,pasti kita sudah bergembira melepak dan meluangkan masa bertiga.Maafkan aku kerna banyak menyusahkan kalian.Aku tidak tahu bagaimana harus aku membalas budi kalian."ucap Nadiem membuatkan Ziyad dan Airyn berpandangan."Tidak ada apa yang menyusahkan jika kita bergelar sahabat.Bukankah tugas sahabat itu adalah untuk menolong sahabatnya yang dalam kesusahan.Jadi apa yang  perlu kau mintak maaf.Itulah fungsi sahabat."jawab Ziyad sebelum memeluk bahu Nadiem.Airyn hanya mampu tersenyum dan mengangguk mendengar jawapan Ziyad.

"Aku rindu Eirfan,jika dia masih ada pasti dia akan datang bersama kameranya.Aku masih simpan gambar-gambar yang diambilnya.Dia sungguh berseni.Arghh maaf kerna mengungkit hal ini.Maafkan aku Nadiem.Tidak bermaksud begitu."kata Airyn bertukar lirih kerana melihat wajah mendung Nadiem."Tidak mengapa.Aku juga teringatkan dia.Gambar bersamanya ada setiap hari aku tatap.Ya rindu sekali melihat wajah gembiranya.Andai aku tidak bisa bertahan lama,aku juga akan bertemu dengannya kelak."sambung Nadiem.Mukanya kelihatan pucat tapi dia menyembunyikan kesakitan itu.Dia mahu menghabiskan sisa hidupnya bersama rakannya.

Ziyad hanya bertindak mendiamkan diri.Dia tidak tahu mahu berkata apa.Dia kasihan melihat kondisi Nadiem yang semakin teruk.Barangkali sedang menahan sakit.Dapat dilihat dari raut wajahnya yang pucat."Mari kita pulang,kau harus berehat kerana kondisi kau yang tidak stabil ini.Mari aku hantar."pelawanya.Airyn membuntuti langkah mereka.

Pada malamnya kondisi Nadiem semakin teruk.Nafasnya tidak begitu teratur.Airyn serta Ziyad duduk didalam biliknya untuk menenangkannya."Kau harus kuat.Aku ada disisi kau.Kau janji padaku yang kau akan cuba membahagiakan Airyn.Tunaikan janjimu Nadiem.Tunaikan permintaan terakhir Eirfan.Kau harus kuat."Ziyad memberikan kata-kata semangat kepada Nadiem.Terlihat senyuman kecil terukir dibibir pucat Nadiem."Kahwin dengan Airyn,bahagiakan dia.Kebahagian dia,kebahagian aku dan Eirfan.Aku amanahkan dia kepada kau.Aku tidak pasti jika aku boleh bertahan lama lagi.Kalau kau sayang aku dan Eirfan,tolong."kata Nadiem dalam nafas yang tersekat.Permintaan yang susah untuk dilaksanakan.Ziyad terpaksa."Airyn,aku minta maaf sebab membuat kau jatuh hati pada aku.Aku tak tahu yang kau akan suka aku,tapi aku buat ini sekadar gurauan sahaja.No hard feeling.Im so sorry.Aku nak kau lupakan aku.Aku sayang kau macam adik aku walaupon aku takde adik.Please enjoy your life like tomorrow never comes."kata Nadiem senafas.Walaupun berat hati ingin berkata namun terpaksa digagahi.Airyn kelihatan terkejut tapi dia menahan riak wajahnya.Dia tahu itu satu gurauan.

"You should enjoy your life like tomorrow never comes Nadiem.Not me.Aku akan bahagia jika bersama kau.Bagaimana harus aku teruskan hidup ku jika kau tiada bersamaku kelak.Adakah kau juga akan tinggalkan aku seperti Eirfan.Please be strong Nadiem.I need you for the rest of my life.Please,im begging you."rayu Airyn dengan linangan air mata mengalir dan diseka oleh Nadiem."Aku tidak kuat melihat kau menangis.Hati aku tidak tenang,janji padaku yang kau tidak akan menangisi atau meratapi kepergianku nanti.Ingat aku dalam doa kau jika aku tiada suatu hari nanti."ucap Nadiem.Airyn hanya mengalirkan air mata.Dia tidak betah melihat Nadiem.

"Aku sudah panggil doktor untuk merawat kau.Jangan risau sebentar lagi dia akan datang.Kau kuat ya?"kata Ziyad cuba untuk menenangkan Nadiem.Nafasnya sudah tidak berapa teratur tapi senyuman masih tidak lekang dibibir pucatnya itu."Izinkan aku berehat sebentar.Jika doktor sudah tiba,kejutkan ya.Aku terasa penat sungguh."luah Nadiem.Mereka hanya mengangguk dan membiarkan Nadiem berehat.Puan Nadra dan Airyn keluar dari bilik tersebut sementara Ziyad menemaninya didalam bilik itu.Sewaktu Nadiem sudah terlelap,Ziyad merenung wajah adik kepada sahabatnya itu."Wajah kau hampir mirip Eirfan,tapi mengapa aku tidak perasan semua itu.Mata yang redup serta senyuman yang akan membuat sesiapa sahaja senang apabila melihatnya.Juga tidak dapat dilupakan.Arghh aku tak mampu untuk terus kuat jika kau juga pergi.Cukuplah Eirfan sahaja yang meninggalkan aku,tolonglah.Tapi jika sudah tertulis takdir kau bersama Eirfan,aku reda Nadiem.Kau pergilah dengan tenang.Aku tahu kau sudah banyak menderita.Aku sayang kau dan Eirfan dunia akhirat.Aku reda kau pergi."sebaik sahaja kata itu dilafazkan oleh mulut Ziyad,dada Nadiem berombak kencang.Terjerit Ziyad memanggil Puan Nadra dan Airyn.

Akhirnya Nadiem menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Puan Nadra.Kelihatan wajahnya tenang sekali.Puan Nadra tidak dapat menyembunyikan kesedihannya kerana Nadiem sudah pergi mengikut jejak langkah suami dan anak sulungnya.Ziyad tidak mampu menangis kerana terlalu terkejut berbeza dengan Airyn yang sudah teresak di dinding luar bilik Nadiem.

Tomorrow Never ComesWhere stories live. Discover now