Bab 2

688 19 7
                                    

     Loceng waktu rehat telah berbunyi . Maisarah dan Sarah berjalan beriringan ke kantin . Sarah ialah sahabat baik Maisarah sejak darjah 1 . Nama pon sama .
    
     " wei , sape budak baru yang masuk kelas kau tu ? Hensem dia boleh tahan . Hot dia hari ni . " tanya sarah sambil menyuap mi goreng ke mulut.

     " Yusuf . Tapi susahlah nak bergaul dengan dia . Dia ni alim . Jalan pun pandang bawah je tiap masa . " jawab Mai sambil menyuapkan suapan laksanya yang terakhir .

     " erm , tapi not bad la dia tu . Eh mai , tengok tu . " Sarah menunjukkan ke arah Hani yang sedang bermain dengan tudungnya yang singkat takat atas dada.

     " pahal si Hani tu ? Kenapa dia kejar Yusuf ? " Maisarah terlopong apabila melihat Hani berkali-kali cuba menarik lengan baju sekolah Yusuf yang jenis berlengan panjang dan dilipat lengannya sehingga siku .

     Maisarah bangkit dari kerusi lalu menuju ke arah Yusuf . Mungkin mamat ni memerlukan bantuan aku .

     "Yof ? Kau okay ? Kenapa ni ? " tanya Maisarah prihatin . Nampak sangat si Yof ni serabut dengan si Hani gedik ni .

     "Awak, tolong saya . Dari tadi dia tarik baju saya sebab nak nombor telefon saya . Bantu saya wak . Saya serabut la dengan dia ini . " balas Yusuf sungguh-sungguh . Suaranya diperlahankan supaya tidak didengari Hani . Walau apa pun , hati kaum hawa harus dijaga walau apa pon yang mereka lakukan .

     "You, you nak pergi mana tu ? I nak no fon you la . I cuma nak rapatkan silatulrahim antara kita . Salah ke ? " jawab Hani gedik .

     "Saudari , ada banyak lagi cara untuk merapatkan silatulrahim . Bukan sahaja dengan mendapatkan no telefon saya . Saya tak pakai fon . Maaf saudari , jika mahu merapatkan silatulrahim , rapatkan lah dengan semua warga sekolah . Mengapa dengan saya sahaja ? Juga dengan semua jenis agama . Janganlah memilih rupa sangat yea . " balas Yusuf . Berdesing telinga Hani mendengarnya .

    "Ouh ,dengan minah litup ni boleh pula you bertegur ? Kenapa dengan i tak boleh ? Sama aje , i pon perempuan yang ada perasaan . Malah i rasa dia ni tak kisah pun kalau you tak layan dia . Dia kan macam jantan . Kenapa you memilih sangat untuk berkawan ? I cuma mahukan lebih didikan daripada you . Dia ni dah memang terang-terang hebat ilmu agama . I jahil you . I need you . " balas Hani sambil menitiskan air mata kepalsuan . Yusuf mula gelabah .

    "Maaf saudari , saya bukannya suami saudari . Memang saya boleh menegur salah saudari tapi jikalau mendidik , itu tugas ayah saudari . Tapi saya boleh ajarkan ilmu agama kepada saudari . Maaf, saya pun tidaklah baik mana tapi saya akan tolong juga jika saudari memerlukan . " balas Yusuf cuba menenangkan hati Hani . Ini kali pertama dia membuat seorang wanita menangis kerana sikapnya . Wanita pertama yang pernah menangis kerana dirinya hanyalah bondanya sahaja . Itupun kerana dia mendapat straight A dalam UPSR dan PMRnya .

     "Thanks Suf , i hargai " Hani cuba mendekati Yusuf . Maisarah seperti tahu apa yang Hani ingin cuba lakukan . Maisarah berlari ke arah Yusuf dan berada di hadapan Yusuf . Chupp . Bibir mungkil Hani melekat di pipi Maisarah . Maisarah terlopong . Semua yang berada di kantin juga terkejut kerana kelakuan Hani itu .

     "A..aaa pa yang kau buat ni Hani ? " Maisarah menahan amarah . Jarinya digempal menjadi penumbuk . Bila-bila masa sahaja dia akan melepaskan tumbukan ke arah Hani .

     "What are you doing shit ? Kenapa kau halang Yusuf ? " Hani berang . Dasar perempuan gila . Kalau bukan kerana Maisarah yang halang tadi , pasti Yusuf sudah dicium perempuan tidak siuman itu .

     "Kau gila ke nak cium lelaki yang bukan suami kau ? Kau baru 17 tahun la Hani . Buat la perangai budak sekolah jangan nak buat perangai perempuan jalang pula kat sini . " Maisarah melepaskan marahnya . Mulutnya sudah tidak dapat menapis kata-kata kesat lagi . Semuanya dihamburkan .

     "Kurang ajar" Hani meluru ke arah Maisarah . Niatnya hanya satu , ingin dilempang mulut biadap anak ustaz ini .  

     "Pangggg" sekali lagi satu kantin melihat tontonan drama free pagi-pagi begitu . Hani terkebil-kebil . Alamak! . Maisarah sudah menunduk di belakang Yusuf . Yusuf memegang pipinya yang pijar akibat ditampar .

     "You okay ke Yusuf ? Im sorry . I will bring you something to ubat your pipi . " Hani kibut . Dia kekiri dan kekanan kerana terkejut dengan tindakan yang telah dibuatnya . Tak sangka Yusuf datang menyelamatkan Maisarah .

     "Dasar jalang! Kalau tak pandai speaking , tak payah lah gatal mulut tu nak speaking . Kau fikir kau banyak mix macam king coco ? " marah Maisarah semakin membuak-buak . Sarah yang baru sahaja menghabiskan makanannya meluru ke arah Maisarah .

      "Babe? Kenapa ni ? Weyhh , kenapa pipi kau ada kesan lipstick ? Weyhh , kenapa pipi kau merah Yusuf ? Korang kenapa ni ? " tanya Sarah .

     "Hei, kenapa dengan korang ni ? Waktu rehat dah habis , masuk kelas . "Aidil datang untuk menenangkan keadaan . Dia terkejut melihat pipi Yusuf dan Maisarah .

     "Ya Allah, Yusuf . Kenapa dengan pipi kau ni ? Bengkak ni bro . Eh, pipi kau kenapa pula Mai ? Korang okay tak ni ? Meh aku bawak korang pergi bilik kesihatan . " Aidil memapah Yusuf yang nampak agak tidak bermaya . Maisarah dan Sarah hanya ikut dari belakang .

     "And kau , nanti aku akan buat laporan pada Sir Hafizi . Kau akan dikenakan dua kali hukuman kerana apa yang kau lakukan pada Yusuf dan Maisarah . " Arahan tegas dari Aidil membuatkan Hani menelan liur . Sudah dapat dibayangkan mukanya yang garang umpama singa merotan tangannya dengan kuat . Fuhh , scary .

Aidil membaringkan tubuh Yusuf di atas katil bilik kesihatan . Cecair merah di tepi bibir Yusuf dilap dengan jarinya . ' teruknya bibir dia . Apa dah jadi ni ? ' Aidil bermonolog dalam hati . Aidil meluru ke arah Maisarah .

     "Mai, apa dah jadi dekat kau dengan Yusuf sebenarnya ? Apa dah jadi kat bibir dia tu ? Teruk bibir dia berdarah ni . Tu , pipi kau pula kenapa ? Sape pula yang kiss kau guna lipstick ni ? " tanya Aidil prihatin .

Maisarah memandang lelaki berbaju biru di hadapannya . Ni lah mamat yang kena lempang pagi tadi .

     "Kena lempang dengan Hani . " balas Maisarah pendek .

     "Kenapa?" Tanya Aidil

     "Nanti kau suruhlah si Yusuf cerita . Itupun kalau dia nak ceritalah" balas Mai acuh tak acuh . Walau pun sikap Hani agak biadap , aib Hani harus tetap dijaga .

      "Erm, aku nak minta maaf kat kau pasal pagi tadi . Aku tahu ketelanjuran aku bercakap dengan kau pagi tadi . " Aidil berterus terang .

       "Aku pun nak minta maaf sebab lempang kau pagi tadi walaupun memang patut pun kau kena" Maisarah tergelak .

      "Kita kawan ? " tanya Aidil

      "Kita kawan" jawab Maisarah .

Petang itu mereka balik bersama-sama . Mereka berempat jalan kaki ke rumah masing-masing . Selepas menghantar Yusuf ke bilik kesihatan , Hani terus dipanggil ke bilik disiplin . Selepas ditanya apa yang terjadi , Yusuf tidak menceritakan tentang Hani yang cuba untuk menciumnya . Namun Hani tetap dihukum kerana mencederakan Yusuf . Yusuf berjalan di sebelah Maisarah . Aidil pula berjalan sebelah Sarah .

     "Kau okay ? " tanya Maisarah kepara Yusuf . Yusuf hanya tersenyum sambil mengangguk . Selepas tiba di lorong tiga , mereka berpisah dan menuju ke arah rumah masing-masing . Bermulalah persahabatan yang ikhlas antara empat sahabat .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Benci Tapi Sayang Cik Abang Warak Where stories live. Discover now