Jam di dinding di kerling. Sudah dekat setengah jam aku tunggu di bank namun angka giliran aku tidak dipanggil-panggil lagi. Sekali lagi aku kerling jam di dinding. Entah ke berapa puluh kali aku melihat jarum jam itu pun tak tahu. Terasa lambat benar ia berdetik. Telefon bimbit aku bergetar tanda panggilan masuk. Tengok skrin nama 'Mak' yang muncul. Aku tepuk dahi. Apa lagi orang tua ini mahu. Penatlah nak melayan kerenah dia setiap hari. Nak tak nak butang hijau aku tekan.
"Assalamualaikum Mak Yu. Ada apa telefon saya pagi yang penuh barakah ini?" Lembut ayat aku bercampur sinis.
"Waalaikumussalam. Hang dekat mana la ni?" Nada suara Mak Yu bengang sahaja.
Aku keluar dari bank. Takut suara aku pula yang ternaik oktaf nanti. Maklumlah kalau dengan Mak Yu bukan boleh nak cakap lembut, silap hari bulan kena pijak kepala. Macam selalu.
"Bank Mak Yu. Ramai orang ni."
"Banyaklah hang punya bank. La ni aku nak hang mai datang jemput aku. Berjanggut aku tunggu hang, hang boleh lagi duk senang-lenang dekat bilik aircond na. Aku bengang betui dengan hang ni. Jangan sampai aku halau hang keluaq dari rumah aku. Anak tak kenang budi."
Panjangnya lahai dia punya bebel. Penat aku berdiri dekat sini dia boleh suruh aku jemput dia. Apa anak jantan kesayangan dia yang seorang tu tak boleh nak jemput ke.
"Bukan Budi ke yang sepatutnya jemput Mak Yu. Kenapa saya pula. Awal-awal lagi saya dah cakap saya tak dapat nak jemput Mak Yu harini."
Aku membentak.
"Hang ni kalau aku suruh sikit bukan main liat lagi. Hang tahu apa. Adik hang tu ada kelas harini. Bukan hang tahu. Pasai hang belajar takat SPM patut otak pun lembab serupa lembu. Aku nak hang mai la ni juga. Jangan sampai aku piat telinga hang bagi putuih."
Geramnya aku bila Mak Yu mula melalut. Aku bukan takat SPM lah! Aku ada degree!
Degree!
Huh! Bila lah orang tua tu nak faham yang aku ni lagi pandai dan bijak dan rajin dan baik jika nak dibandingkan dengan anak jantan dia yang SPM pun entah ke mana. Baru merangkak ambil diploma. Itu pun nasib je dapat tu. Nasib orang melayu. Kalau tak tu. Bukan kata universiti, tadika pun tak layak nak masuk. Lepastu ada hati nak meminang anak dara orang. Dasar!
"Semalam baru ja saya tanya Budi. Dia takdak kelaih harini mak. Awat tiba-tiba ja."
Aku membantah. Memang dah terang lagi bersuluh aku suruh Budi ambil Mak Yu hari ini. Depan mata Mak Yu lagi. Apa lagi yang salah.
"Hang ni banyak betui bunyi. Mai jalah jemput aku. Susah ka. Hang ni memanglah. Anak tak berguna. Menyesai aku duk bela hang dari kecil."
Mulalah Mak Yu nak ungkit kisah lama. Sampai aku dah tak mampu nak sakit hati. Penat nak sakit hati dah. Penat nak bertikam lidah sebab akhirnya tentu-tentulah Mak Yu yang jadi hero, jadi ultraman kejadian walaupun aku bukan raksaksa yang jadi lawan dia.
"Yelah Mak Yu. Tunggu dalam lima belas minit saya sampai."
Terus aku matikan telefon. Sakit hati aku dengan Mak Yu setiap hari aku nak kena padam. Jamme jadi hati aku kalau setiap hari nak simpan caci maki dia. Aku melangkah ke kereta dengan perasaan yang bercampur. Rasa nak je aku melompa-lompat atas jalan tar ni tanda protes. Sakitnya hati. Kalau macam ni bila kerja aku nak settle kalau hari-hari nak settlekan kerja Mak Yu.
Pintu kereta aku buka kasar. Terus lepas saja. Marah punya pasal. Tapi bila telinga aku menangkap bunyi dentuman pada pintu kereta aku rasa nak hentuk kepala dengan stereng kereta sendiri pula. Bertimpa-timpa nasib malang aku hari ini. Punca kutuk mak sendiri ke macam mana.
Mata aku katup sebelah berharap yang kereta di sebelah aku tidak kemik punca kerakusan aku tadi. Terkumat-kamit aku berdoa dan akhirnya kesan kemik jelas kelihatan pada pintu kereta di sebelah kereta aku. Hati aku terus memaksa untuk terus beredar. Bukan pemilik kereta itu tahu pun.
Cepat-cepat pintu aku tutup sebelum akal pula mencelah. Kalau kena dekat diri sendiri macam mana? Kifarah Allah itu kan wujud. Haih!
Susahnya bila terdidik untuk sentiasa bertanggungjawab dan mengalah. Bussiness card aku ambil. Sempat aku aku tuliskan sedikit nota buat pemilik kereta itu.
'Sila lihat pada pintu bahagian penumpang. Kalau perlu ganti rugi (jika perlu / tak mampu sahaja) Just give me a call.'
Aku masukkan kad itu melalui celah-celah tingkap yang sedikit terbuka. Dalam hati aku berdoa agar pemilik kereta itu tidak menelefon. Kereta Audi kot. Semputlah aku macam ni. Selesai kerja, aku memecut laju untuk menjemput Mak Yu dan seperti yang dijangkakan mulut Mak Yu masih becok berkata-kata. Jemput salah tak jemput salah. Lambat salah cepat salah. Senang kata setiap tingkah aku langsung tak betul pada pandangan Mak Yu. Buka pintu sahaja panjang namaku disebut Mak Yu.
"Airis Damia Ahmad" Sengaja Mak Yu menyebut sekali nama bapa aku. Dia tahu aku benci dengan nama itu.
"Hang lambat pasai apa? Hang pi dating ka? Lepaih tu hang bukan main cakap dekat bank. Hang ni dah pandai membohong aku."
Berasap lagi kepala otak aku menahan tuduhan Mak Yu yang bertalu-talu.
"Mak Yu boleh tolong senyap tak. Mak Yu baru balik dari kelas mengaji Mak Yu. Lepastu Mak Yu duk mencela saya itu dan ini. Habis terbang pahala yang Mak Yu kumpul tadi."
"Amboi hang nak jadi tuhan pulak sekarang ni ye. Hang siapa nak aturkan hidup aku. Hang siapa nak tentukan pahala dosa aku. Hang tu nasib ja aku bela. Kalau dak tu silap hari bulan hang duk merempat tepi jalan tahu!"
Terjegil mata Mak Yu memarahi aku. Aku yang melihat pula rasa nak dikorek saja mata bulat Mak Yu yang memerah itu.
Haih...
Berapa lamalah aku nak kena tahan telinga untuk mendengar bebelan dari Mak Yu dan berapa lama pula nak kena tutup mulut untuk tidak melawan. Penat aku nak melupakan segala makian Mak Yu. Sampai makian dengan pujian pun dah tak boleh nak beza.
Letih.
Terima kasih sudi baca. Please support mehh 🤣. Vote and Comment!
091219
YOU ARE READING
Sir Dara
RomanceAiris Damia? Bukan susah untuk buat dia jatuh cinta. Cukup dengan pandangan redup anak mata kelabu itu. Tapi kalau sekadar pandangan untuk apa? Ah! Susah benar nak mengenal cinta. Kata orang lelaki yang baik tak datang selalu. Tapi kalau semua yang...
