Spontan Sofya menjulingkan matanya ke atas. Muak dengan taktik mengugut Haris. Tak lut dah pada Sofya. Nak dekat seribu kali ugut orang, tapi takde tindakan apa-apapun. Cakap tak serupa bikin. Nampak sangat Haris sebenarnya pengecut.

"Ingat aku takut dengan ugutan kau tu? Tolong ah weh. Cukup-cukuplah jadi pengecut, Haris. Tak penat ke?" perli Sofya.

"Tak percaya, sudah. Up to you, sayang. Tapi jangan terkejut pulak ada lelaki dengan pisau ketuk pintu bilik kau nanti, Fya."

Sejurus itu, Haris matikan panggilan. Perbualan mereka tamat begitu sahaja.

Sofya mendengus geram. Psiko! Gila! Dasar jantan tak guna! Jangan haraplah aku akan biar kau terlepas. Aku akan pastikan kau meringkuk dalam penjara dan kau akan terima balasan yang setimpalnya, Haris.

Pandangan Sofya jatuh pada pregnancy test di dalam tangannya. Sekali lagi, ditenung lama dengan muka kosongnya. Akan tetapi, fikiran Sofya berkecamuk. Serabut, kusut, semuanya bercampur baur.

Dicampaknya alat itu sekuat hati. Naik turun nafas Sofya, melepaskan kemarahannya. Peduli apa dia kalau natang tu pecah sekalipun. Bukannya dapat ubah bacaan yang dia harapkan. Malah, tak dapat ubah takdir yang dia impikan.

Mengenangkan apa yang Haris telah lakukan padanya, tak semena perasaan marah tadi pudar. Sedih, ya, itulah yang Sofya rasakan sekarang. Dirinya dipermainkan, maruahnya diperkotak-katikkan oleh Haris.

He raped me.

He fucking raped me.

He used me.

He fucking used me.

He fucked up everything.

Your life is such a bullshit, Fya.

Berulang kali ayat-ayat tersebut bergema di dalam kepala Sofya. Tiada kata-kata motivasi. Yang ada, hanyalah negatif. Dia tak mampu berfikir waras ketika ini. Semua beban yang dirasakan bagai menutup segala pintu penyelesaian.
Peristiwa hitam malam itu terlayar di minda Sofya. Satu demi satu. Tanpa tertinggal satu milisaat pun.

Wajah Haris yang bertuhankan nafsu, menghantui Sofya semula. Masih dia ingat lagi dengan jelas.
Tangisan, raungan, jeritannya malam itu, tiada siapa yang dengar. Apatah lagi rayuannya tak diendahkan langsung oleh si penafsu.

Tanpa belas kasihan, tanpa perikemanusiaan, Haris melampiaskan nafsunya pada dia.

Perlukah aku lalui semua ini? Kenapa takdir aku ditentukan sebegini? Apa aku tak berhak untuk bahagia? Sofya mula mempersoalkan tentang hidupnya.

Saat itu, air mata yang ditahan, gugur serta-merta. Setitik menjadi seliter. Mengalir tanpa henti. Menangisi dugaan yang dihadapi.

Andai saja air mata yang keluar mampu mengeluarkan segala masalah yang ditanggung...

🍧🍧🍧

"Pukul berapa dia datang, bang?" soal Hanna. Tangan kiri melekapkan telefon ke telinganya sambil-sambil tangan kanannya membetulkan solekan di muka.

"Dia kata... Dalam 20 minit lagi dia sampai sana," jawab Hairul, di hujung talian.

"Hah?! 20 minit? Cepat gila! Biar betul? Ya Allah... Dahlah Hanna tak pakai tudung lagi, nak pilih kasut lagi-"

Sepantas kilat Hairul memotong kata-kata Hanna.

"Kan abang dah pesan semalam? Hah, itulah! Tak nak dengar. Degil! Eyy, budak ni. Kesian tunang Hanna kena tunggu lama-lama nanti. Dahlah cuaca panas kat luar tu. Cubalah tolong consider sikit, Hanna oii. Perempuan ni, tak sah kalau tak lambat kan?" sindir Hairul.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now