9 - Semanis Kismis

2.5K 293 17
                                    

Tubuh dihempas ke atas sofa. Tangan diletakkan di dahi. Shareez menghembus nafas, berat. Menyesal atas perbuatannya tempoh hari kerana memarahi Hanna.

Sejak kejadian itu, Hanna langsung tak nak bercakap dengan Shareez. Sepatah pun, memang haramlah. Boleh tahan kuat merajuk juga gadis itu. Macam-macam cara Shareez buat untuk mendekati Hanna namun semuanya GAGAL.

GAGAL.

GAGAL.

GAGAL.

DAN, GAGAL.

Setiap kali bertembung di sekolah, Hanna mengelak. Dia berjalan ikut laluan lain. Di kelas, Hanna buat-buat sibuk, berbual itu ini dengan Eira dan macam-macam lagi asalkan tak perlu pusing belakang dan bercakap dengannya.

Setiap kali Shareez memanggil Hanna, gadis itu buat tidak dengar saja. Seolah-olah menganggap dia tidak wujud.

Shareez pejam mata. Teruk sangat ke apa yang aku cakap hari tu? Melampau sangat ke aku?

"Kenapalah kau degil sangat, Hanna? Aku marah sebab aku risau," perlahan suara Shareez meluahkannya.

You watch me bleed until I can't breathe
I'm shaking falling onto my knees
And now that I'm without your kisses
I'll be needing stitches

Shareez pandang skrin iPhone 6s sekilas. Dijawabnya panggilan itu tanpa berfikir panjang.

"Ya, abang iparku, Encik Hairul! Nak apa?" Berubah ceria terus nada suara Shareez.

"Abang ipar? Wah, wah! Apa kata kalau aku bagi kau try rasa tercekik kasut saiz 10? Nak? Kau ni... Suka hati kau je eh? Aku pijak karang," marah Hairul.

Pecah tawa halus Shareez. Aduhai, abang ipar aku sorang ni! Nak bergurau pun tak boleh ke?

"Nak pijak aku? Eh, hello! Siapa yang nak kahwin dengan adik kau tu kalau bukan aku?"

Hairul mengancing gigi. "Amboi amboi! Tak sedar diri punya manusia. SPM pun tak habis lagi. Ceh, ada hati!"

"Memang aku ada hati pun. Aku ada hati kat adik kau sorang tu je! Alaaa... Lepas SPM nanti, aku hantar rombongan meminang eh?" Sengihan Shareez melebar hingga telinga.

"Jangan nak beranganlah eh! Kerja tetap pun tak ada lagi, jangan gatal sangat nak kahwin dengan adik aku. Langkah mayat aku dulu!"

"Eh, jap jap! Bukan ke kalau dah gatal sangat, kena kahwin cepat-cepat? Kan, kan?"

"Itu orang lain. Dengan abang Hairul, kena sembelih ada la. Nak?"
Shareez gelak. Memang dia dengan Hairul selalu bergurau begini. Merapatkan silaturahim haa gitu.

"By the way, ada apa call aku ni?" soal Shareez. Lupa pula nak tanya tujuan Hairul menghubunginya.

"Ni haa... Aku nak jemput kau dinner kat rumah aku malam ni. Aku ada masak sayur tomyam dengan ikan masak asam pedas," beritahu Hairul.

"Weh, favourite aku tu! Kau ni... tahu-tahu je, kan? Nasib baik kau jemput aku. Kalau tak, aku kejar kau dengan parang. Tak tidur lena kaulah malam ni."

Terhambur tawa Hairul.

"Kejarlah. Kejarlah aku dengan parang cintamu. Akanku berlari hingga ke hujung dunia wahai sayangku. Membawa cinta terlarang ini..."

Shareez gelak terbahak-bahak dengan perangai tingtong Hairul. Berpuisi tak tentu pasal, gila ke apa? Hahah. Karang tak pasal-pasal bersyair pula nanti, tak ke naya.

Shareez dan Hairul dah lama berkenalan memandangkan pernah satu sekolah dulu tapi tak rapat sangat. Sejak jadi jiran ni, barulah mereka rapat macam dah lama berkawan.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now