24 - Ppopgi

2.5K 204 19
                                    

"Oh, sotong kau masak tomyam!"

Hanna mengurut dadanya selepas menerima kejutan yang tidak disangka-sangka. Nasib baik dia melatah, keluar perkataan yang elok. Hampir sahaja fail di tangan mahu melayang kepada gerangan yang mengejutkannya itu. Kepala didongakkan sedikit ke atas memandang gerangan tersebut.

Shareez Haikal. Kacak dan bergaya. Tapi tanpa senyuman.

"Ya Allah, awak rupanya! Terkejut saya, tahu tak?!" Naik turun nafas Hanna. Fuh, kus semangat.

"Tak dengar ke aku panggil kau?"

Tegak bulu roma Hanna sembilan puluh darjah sejurus suara keras itu menyapa telinganya. Muka Shareez juga seperti marah dengannya. Hanna cuma mampu telan liur. Takutlah pula melihat wajah tegang Shareez.

"Sorry, awak. Saya tak dengar. Sa... saya... saya tengah fikir benda lain tadi. Maaf," ucap Hanna. Kepala ditundukkan. Dia mula bermain-main dengan jarinya.

"Macam ni kau layan tuan kau? Tak sahut apa-apapun bila aku panggil kau tadi. Kau ada masalah pendengaran ke macam mana?" soalnya, tak puas hati. Shareez berpeluk tubuh sambil mata tajam memandang tepat mata Hanna.

Tak mahu mengalah, Hanna juga menajamkan matanya ke mata Shareez. Tiba-tiba, rasa geram pula dengan kata-kata Shareez itu. Suka suki je kata kita ada masalah pendengaran, huh.

Sentap sampai alveolus, tahu?

"Kan saya dah cakap saya tengah fikir benda lain tadi so saya tak dengar awak panggil nama saya. Sorry, okay?" jelas Hanna. Suaranya agak meninggi tanda geram dengan lelaki itu.

Serius dia rasa lelaki itu menjengkelkan pula. Ah, kenapa dia rasa nak baling kasut sekarang ni? Dan, kenapa dia rasa nak tarik-tarik rambut Shareez? Ah, stress.

"Apa benda je dalam fikiran kau tu selain aku?" Shareez bercekak pinggang.

Menjuling mata Hanna tanda menyampah. "Selain awak? Tolonglah. Jangan nak perasan sangat, boleh tak? Bila masa saya fikir pasal awak? Buat apa saya fikir pasal awak? Buang masa je. Saya ada banyak lagi benda penting nak fikir, okay."

Hanna membelakangi Shareez lalu menyilangkan tangannya. Kaki berjalan meninggalkan lelaki itu.

Tanpa berlengah lagi, Shareez turut ikut sama Hanna dari belakang. Senyuman mekar terukir. Hati Shareez bagai dicuit rasa lucu. Suka dia mendengar bebelan Hanna sebentar tadi.

Kenapalah kau comel sangat?

"Yelah, aku gurau je. Rilekslah. So, apa je benda yang kau fikir tadi? Penting sangat ke?" Kini, Shareez berjalan seiringan dengan Hanna. Sama rentak. Sama laju.

Terhenti langkah Hanna. Begitu juga Shareez. Hanna pandang Shareez. Baru sahaja Hanna hendak mengeluarkan suaranya, dia teringat sesuatu.

Sebentar tadi, dia memikirkan tentang Shareez. Kata-kata Zarif tentang Shareez. Dan, bayangan Shareez. Takkanlah aku nak bagitahu pasal itu? Kantoilah weh. Malulah weh.

"Aaa... tak penting pun benda tu. Awak tak perlu tahu. Ya, tak perlu tahu. Err-okay-eh-- dahlah. Saya ada hal yang lagi penting ni. Okay, saya pergi dulu. Bye." Hanna cuba mengelat.

Niat utama Hanna tika ini ialah dia ingin mencari Fir. Mana pergi budak tu? Menghilang aje. Aish. Takkanlah nak biar Zarif tolong jagakan gerai lama-lama? Rasa bersalah mula mengigit tangkai hatinya. Takut menyusahkan lelaki itu pula.

"Hal apa yang lagi penting daripada aku?" tembak Shareez.

Bertaut kening Hanna tanda tidak faham dengan kata-kata lelaki itu.

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now