14 - Celup Kecepelup

2.3K 223 43
                                    

"Lama termenung? Teringatkan boyfriend ke?"

Suara itu serta-merta membunuh lamunan Hanna dengan kejamnya. Pemilik suara garau itu duduk bertentangan dengan Hanna tanpa meminta izin.

"Oh, Andrew... boyfriend? Saya mana ada boyfriend la!" nafi Hanna.

"Really? Tak mungkin beautiful girl like you tak ada boyfriend. Saya tak percayalah," kata Andrew sambil tersenyum mengusik. Perempuan secantik Hanna pasti mempunyai teman lelaki. Kalau tidak, apa gunanya jadi cantik?

Hanna tak membalas apa-apa. Dia cuma senyum. Malas nak bertekak. Memang itulah kenyataannya. Lagi kita nafi, lagilah orang tak percaya. Hakikat sebenar kehidupan manusia sejagat.

"Awak tu, kenapa tak balik lagi?" tanya Hanna. Ubah topik selagi mampu.

"Tak. I have prefect meeting soon so terpaksalah stayback. Awak pun, kenapa tak balik lagi?" Andrew pelik. Setahunya, hari ni cuma ada mesyuarat pengawas sahaja dan gadis itu bukan seorang pengawas memandangkan dia memakai uniform biasa. Semua aktiviti kokurikulum pula dibatalkan hari ini.

"Hujan lebat. That's why saya duduk-duduk kat kantin dulu. Nak tunggu hujan reda."

Dan sekarang hujan tak lebat sangat macam tadi tapi masih belum reda. Kalau balik sekarang, confirm basah lencun lepastu baju lekat-lekat kat badan lepastu nampak aurat. Haa tu yang malas tu. Malas nak tanggung dosa.

"Oh... dapatlah saya sembang-sembang dengan awak." Andrew bersorak dalam hati. Akhirnya dapat juga peluang.

"Saya tak retilah sembang dengan orang," tipunya. Hanna ukir sengih palsu.

Jujur Hanna berasa tidak selesa dengan mata-mata para gadis yang pandang dia macam nak telan. Mana mungkin dia lupa yang Andrew ni budak hotstuff. Matilah dia kena serang berjemaah selepas ini. Huhuh. Dah boleh bayang dah pelbagai saiz dan jenama kasut dibaling beramai-ramai kepada dia. Mati weh. Mati.

"Just ignore them. Anggap saja mereka tak wujud. Saya pun tak faham kenapa mereka suka ikut saya. Am I too handsome?"

Soalan itu benar-benar membuatkan Hanna rasa nak tergelak. Muka seposen Andrew sangat-sangat lucu. Hahah!

"Perasannya awak ni!"

Terangkat kening Andrew. "Maksudnya... Betul la tu! Saya handsome kan? Kan?"

"Hmm... sebenarnya, muka awak ada iras-iras macam artis Korea. Sebab tu kut perempuan-perempuan tu tergila-gilakan awak."

"Artis Korea?"

Hanna angguk. Mengiyakan.

"Awak ni bangsa apa ya? Awak ada mix korean ke?" Perasaan ingin tahu dalam diri Hanna membuak-buak. Muka kacak maut macam Andrew ini mesti ada darah campuran. Confirm!

 Confirm!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now