37 - Bersama Dia, Dan Bintang

Start from the beginning
                                    

"Cantik. Cantik sangat-sangat," balas Hanna. Mata masih menatap dada langit.

"Kalau awak nak tahu, dari kecil lagi saya suka tengok bintang tau."

Senyuman Hanna melebar. Seronok apabila teringat kembali zaman masa kecilnya.

Shareez menongkat dagu. Bersedia mendengar apa jua yang bakal dikatakan Hanna. Persis dulu dan tak berubah. Salah satu sebab yang menambat hati lelakinya iaitu Hanna yang selesa bercerita dengannya.

"Masa tu, saya fikir yang bintang ni, walaupun saiz dia kecil berbanding bulan tapi peranan dia besar tau. Cahaya bintang yang sikit tu la dah cukup buatkan seseorang tu rasa gembira, tenang dan... dah cukup buatkan langit yang gelap jadi terang waktu malam," cerita Hanna panjang lebar.

Shareez senyum nipis. Tahu. Dia tahu Hanna suka melihat bintang. Mana mungkin dia lupa wajah bahagia Hanna saat melihat bintang bersamanya suatu ketika dulu. Dan sekarang, momen itu seolah bermain semula.

"Tapi kau tahu tak... Bintang-bintang tu sebenarnya planet-planet yang dah mati?" Sengaja Shareez menduga.

Hanna angguk. "Tahu."

"Dan bentuk bintang sebenarnya bukan bentuk bintang yang ada lima hujung tajam macam Patrick Star," sambung Shareez.

"Tahu." Hanna angguk lagi. Mata masih statik pada dada langit.

"Kebenaran memang menyakitkan, kan? Takpe takpe. Aku faham," ujar Shareez berbaur gurauan.

"No, no. That's not the issue. Bagi saya, bila kita betul-betul suka sesuatu atau seseorang, kita takkan tengok kekurangan dia tapi cuma tengok kelebihan dia je. Macam semua bintang ni la. How their presence light up the sky, how they bring happiness to people and so on. Expectation is not the same as reality. Tapi ramai yang akan still in awe bila tengok bintang walaupun dah tahu bintang tu semua cumalah planet yang dah mati," Hanna bagi pendapat berjela-jela. Puas hati meluahkan apa yang ada.

"Interesting. You amazed me in another way," komen Shareez.

Tidak faham dengan kata-kata Shareez, Hanna mengerutkan dahinya.

"Tak faham, takpe. Aku faham. Jadi, kau tak perlu faham. Faham? Okaylah! Giliran aku pula nak bercerita."

Bertambah berselirat wayar otak Hanna dibuatnya. Apa benda lelaki itu melalut? Ah, malaslah dia nak faham. Buang masa. Baik dia masuk dalam, tidur awal dan mimpi indah. Ada pekdah juga.

Namun belum sempat Hanna atur langkah pertama, tangkas Shareez menghalangnya.

"Hanna, nantilah dulu. Kan aku dah cakap sekarang ni giliran aku pula bercerita? Come on. Bagilah aku peluang. I need someone to be my good listener and I know you're the one."

Terasa nak pecah dadanya kerana detakan jantung Hanna yang menggila secara mendadak. Jarak antara dia dan Shareez tika ini sangat dekat sehinggakan dia terbau haruman lelaki yang dipakai oleh Shareez. Wangi dan tiada bau alkohol. Haruman yang tak menyakitkan hidung, malah menenangkan hati.

Sebelum dia hanyut, cepat-cepat Hanna kembali ke dunia realiti.

"O-okay," Hanna akur. Pantas dia melabuhkan punggung semula bagi menjauhkan diri daripada Shareez. Lengan baju sweater diregangkan, menutup pipi yang sudah bertukar merah.

Shareez tersenyum, meraikan kemenangannya. Senang pula pujuk Hanna kali ini. Tak perlulah dia pakai taktik mengugut seperti selalu. Tapi... Macam ada benda tak kena je. Hmm. Apa dia, eh?

Aha! Baru dia perasan sesuatu. Makin melebar senyuman Shareez hingga ke telinga.

"Are you blushing?"

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now