BAB 29 - Melayang Gigi

Start from the beginning
                                    

Sarah Nia tergelak sinis. "Sorry. Lupa pulak. Awakkan budak nerd, poyo, manalah nak tahu perkataan-perkataan baru macam tu. Ye dok?" Pedas sahaja ayat yang keluar dari mulutnya kepada Harris Amsyar.

Harris Amsyar bercekak pinggang. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, Sarah Nia laju sahaja meletakkan jari telunjuknya di bibir mungil kepunyaan suaminya. Harris Amsyar terus terkelu.

"It doesn't matter. But Syar, do you have any friends?"

Harris Amsyar menggeleng perlahan dan kekok. Mana tak kekok kalau jari Sarah Nia masih di bibirnya. Dup-dap dup-dap je hati dia ketika ini.

"No wonderlah" Sarah Nia tersenyum sinis. Lalu jari telunjuknya ditarik semula.

Harris Amsyar menghembus nafas lega. "Kalau saya tak ada kawan pun, kenapa?"

"Kalau awak ada kawan, awak mesti faham rasa memerlukan tu macam mana. Zike tu dah lama kawan dengan saya. Saya kenal dia dari kecil. Awak mana tahu" muncung Sarah Nia sambil menyilangkan tangannya di paras dada.

"Eh-eh, sejak bila pulak? Saya tak pernah nampak pun dia masa kecil-kecil dulu" Harris Amsyar mengerutkan dahi.

Sarah Nia membuat muka toya. "Excuse me, sir" dia memetik jari di hadapan wajah Harris Amsyar. "Awak fikir awak kenal semua orang dalam hidup saya ke? And awak fikir dulu saya sepanjang masa dengan awak jeke? He was and is the only one best friend that i've ever had. Harap maklum" terang Sarah Nia panjang lebar.

Terangkat kening Harris Amsyar. "I see..." dia memandang ke lantai untuk dua saat. Kemudian memandang ke wajah Sarah Nia semula. "Its okaylah, saya bagi awak keluar dengan Zaki? Zika? Ze..."

   "Zike" Sarah Nia membetulkan nama panggilan Amirul Zikrie yang telah direka merepek-repek oleh suaminya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Zike" Sarah Nia membetulkan nama panggilan Amirul Zikrie yang telah direka merepek-repek oleh suaminya itu.

"Okay, whatever. So, pukul berapa nak jumpa dia?" Soal Harris Amsyar.

Bebola mata Sarah Nia terus bersinar-sinar kegembiraan. "Yey! Awak bagilah ni saya jumpa dengan dia? Awak tak jealous ke saya jumpa berdua je dengan dia?" Sarah Nia tersengih.

"Chop-chop! Siapa cakap awak dengan dia je?"

Sarah Nia kehairanan. "Dah tu, takkanlah..."

Senyuman seram terukir di wajah Harris Amsyar. "Yup! Bijaklah isteri saya ni. Dahlah, jom bersiap. Jangan lupa bagitahu dia ye. Bye, saya nak siap" ujar Harris Amsyar lantas menaiki tangga ke tingkat atas. Reaksi macam tidak sabar-sabar sahaja untuk berjumpa dengan Amirul Zikrie.

Ergh... this guy really drive me crazy! Rungut hatinya.

Tut-tut... Tut-tut... Tut-tut...

"Adu... mak nenek ni tak angkat call pulak. Berangan depan cermin ke apa" keluh Sarah Nia.

Tut-tut... Tut-tut... Tut-t

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Sare. Nak apa ye? Tadi bukan main lagi kau terus letak telefon" Amirul Zikrie sudah mulai membebel.

"Aduhhh... tadi tu kes emergency lah! Sejak bila pulak kuat membebel ni, Zike? Kang aku tumbuk kau, sia-sia je melayang gigi. Sampai tua takde yang nak kat kau. Baru padan muka"

"Aku belajar dengan kau lah. Dah lah, bagitahu cepat kenapa kau call aku ni? Aku tengah masak ni tahu tak" adu Amirul Zikrie.

Sarah Nia tergelak. "Aku nak jumpa kau, tapi Syar tu nak ikut sekali. So kau be prepare lah eh. Jumpa pukul 3 petang dekat IKEA"

"IKEA? Kau dengan Syar nak jumpa aku dekat IKEA buat apa? Kau nak aku tolong pilihkan perabot rumah ke apa? Eh aku tak nak i..."

Tut-tut...

Amirul Zikrie mendengus geram. "Perempuan ni memang tak boleh ada telefon. Kalau tak makin bertambah populasi pesakit darah tinggi dekat Malaysia. Haih..."

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now