36 - Pembubaran Rahsia

Start from the beginning
                                    

Ketinggian dia ada la berubah sikit. Dua kali ganda lagi tinggi daripada dulu. Dan semestinya lebih tinggi daripada aku yang tak tinggi-tinggi ni, huhuh. Memang tak salah lagi dia ada penyakit terlebih kalsium. Suara dia pun makin garau dan lagi tenggelam daripada dulu. Lebih dalam daripada kedalaman Laut Atlantik.

"Eh, apa aku merepek ni?" bebel Hanna.

Ditepuk-tepuk pipinya sendiri. Kemudian, Hanna menggeleng-gelengkan kepalanya. Konon boleh sedarkan diri daripada terus hanyut dalam dunia kemerepekan.

"Hai. Tak sejuk ke duduk kat luar malam-malam macam ni?" tegur satu suara.

Terkejut punya pasal, tak semena Hanna bingkas bangun dari duduk. Mujur tak terbalik meja dibuatnya. Dengan kepala yang tertunduk, Hanna jeling sedikit gerangan yang menegurnya itu. Apabila si dia sudah melabuhkan punggung di kerusi yang bertentangan dengan Hanna, barulah nampak wajah si dia dengan jelas.

Shareez Haikal.

Dah agak dah. Apa dia buat apa kat sini? Tahulah dia majikan, suka hati dialah nak lepak kat mana pun tapi bukan ke dia ada tetamu penting yang dia kena layan?

"Kenapa senyap je? Kau tak jawab lagi soalan aku." Shareez menyandarkan diri lalu berpeluk tubuh.

Soalan? Dia ada tanya apa-apa ke tadi? Alamak! Apasal aku tak perasan? Apa soalan dia tadi, eh? Aduh, matilanak! Apa nak goreng ni? Hanna mula rasa resah, tak ubah macam cacing kepanasan. Mati kutu weh tak tahu nak jawab apa. Soalan pun aku tak tahu, apa nak goreng?

"Kau tak sejuk ke duduk kat luar malam-malam macam ni?" soal Shareez sekali lagi. Seolah mengerti apa yang bermain di fikiran Hanna, Shareez ulang semula soalannya.

Melihatkan riak wajah Hanna yang gelisah, Shareez cuba sedaya upaya tahan gelak. Itulah, banyak berangan lagi! Ini baru aku tanya sikit, dah menggelabah tak tentu pasal. Shareez geleng kepala.

"Sejuk. Sebab tu la saya nak pergi masuk dalam. Err... Saya masuk dulu, Tuan Muda."

Sepantas mungkin Hanna mempamitkan diri. Kelam-kabut langkah diatur beredar dari situ. Tak selesa berdua-duaan dengan Shareez. Nanti apa pula kata orang kalau ada yang nampak. Tak ke cari nahas namanya tu.

Dan juga entah kenapa Hanna dapat rasakan suasana antara mereka terasa janggal sangat-sangat. Mungkin sebab dah lama tak jumpa. Atau mungkin sebab status Shareez sebagai Tuan Muda, majikannya. Entahlah. Banyak sangat kemungkinan.

Tapi apa yang pasti, aku kena jauhkan diri daripada dia.

"Tunggu. Aku nak cakap sesuatu dengan kau. Aku tak minta banyak mana pun. Tolong dengar sampai habis. Please," pinta Shareez lembut.

Hatinya bagai direntap. Itulah yang Hanna alami sekarang ini. Serta-merta langkahnya terhenti.

"Cakaplah apa yang Tuan nak cakap tu. Saya dengar," jawab Hanna tanpa banyak soal.

Kaku. Hanna hanya mampu kaku berdiri tanpa menoleh ke belakang. Sebolehnya dia tak mahu bersemuka dengan Shareez, entah kenapa. Tangan digenggam kuat. Berdebarlah pula tiba-tiba. Apahal la encik jantung suka sangat buat senaman pada masa yang salah? Haih.

Rilekslah, Hanna! Dia bukannya nak buat apa-apa pun. Dia cuma nak bercakap dengan kau je la. Rileks! Jangan mengada nak panik tak tentu pasal, boleh tak? Hanna cuba menenangkan diri, berharap dapat kurangkan debaran yang menggila di dada.

Shareez hela nafas panjang, mengambil masa untuk mengatur bicara.

"Aku nak minta maaf. Sebab aku menghilangkan diri macam tu je tanpa pengetahuan kau. Lagi satu, aku nak minta maaf sebab dulu aku dingin dengan kau beberapa hari sebelum aku pergi. Aku terpaksa. I had no choice."

Hipotesis CintaWhere stories live. Discover now