Bab6-orang ke hantu?

8 0 0
                                    

Alis hanya memandang dari jauh sahaja keadaan Rifqi. Sekarang dia perlu nekad untuk membuang perasaan itu. Cukuplah perasaan itu mekar dihatinya dan tak perlu tumbuh menjalar ke tubuhnya. Alis tersenyum kecil apabila Damia
melambai padanya tapi mati senyuman itu apabila Rifqi tersenyum memandangnya. Alis pantas mengalihkan pandangan.

"Alis,betul ke kau tak nak join kita orang besok?"tanya Tania yang sedang berdiri dihadapannya. Alis hanya tersenyum kecil dan mengganguk. "Tapi kenapa?"

"Aku malaslah kalau ada budak kelas lain." Alis menyembunyikan perasaan sebenar. Tania pantas menarik kerusi berhadapan Alis lalu duduk.

"Since when? Kau bukan rapat dengan Ri-"

"Jangan sebut nama dia! Aku tak nak dengar nama dia."potong Alis lalu bangun dan beredar daripada situ. Tania mengerut dahi pelik lalu berjalan ke arah Damia setelah Alis beredar.

"Apahal dengan Alis? Asal dia jerit macam tu?"tanya Damia untuk kepastian. Tania mengangkat bahu tanda tidak tahu. Rifqi tiba-tiba meminta diri untuk beredar.

*****
Alis duduk di tangga hujung bangunan. Perasaan yang sangat benci untuk dirasai. Nasib baik cikgu tak datang. Alis mengeluh perlahan.

"Kalaulah aku boleh luahkan semua ni. Tapi,dia tak boleh tahu. Aku...aku benci dia. Aku benci semua ni. "tutur Alis seperti orang meroyan.

"Kau ingat kalau kau lari semua ni akan selesai? Jujur jelah pada dia. Apa yang terjadi sebenarnya. Biar dia tahu siapa yang tolong dia."kata seseorang yang berada di tingkat bawah. Alis terkejut mendengar suara itu dan berniat untuk melihat ke bawah.

"Lebih baik kau jangan pandang bawah."Alis terkejut bila mendengar arahan itu. Alis kembali duduk. "Baiklah,aku nak pergi dulu. Kalau nk luahkan perasaan lagi. Datang sini pada masa yang sama,hari yang sama dan aku ada letak nombor telefon dekat tempat aku sekarang. Boleh mesej aku. Baiklah,bye Assalamualaikum!"

Alis dah laju turun ke tangga bawah tetapi manusia itu dah tak ada. Alis terfikir 'manusia ke hantu?'. Nombor telefon yang dikatakan tadi tertera di atas tangga. Alis pantas menghafal dan tersenyum kecil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 26, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia yang Tak DijangkaWhere stories live. Discover now