Bab1:Dari jauh

18 1 1
                                    

Rifqi menongkat dagu memandang keluar kelas. Matanya tak mampu beralih lagi. Hati sudah berdebar sekencangnya.

"Rif!"panggil Danial yang berada dihadapannya. Namun tak diendahkan kerana yang penting wajah kesayangannya.

"Rif,pandanglah sini! Nak cakap something." Danial memusing paksa kepala Rifqi memandangnya. Rifqi sudah mendengus geram.

"Apa dia?" Dahi dikerutkan. Barang diatas mejanya dikemaskan kerana sebentar lagi cikgu subjek lain akan masuk.

"Nanti budak KESAYANGAN kau masuk pertandingan bola jaring jadi dia tak ada dekat sekolah seminggu. Tapi,kalau nak jumpa juga pukul 2.30 petang baru sampai sekolah." Beritahu Danial sambil ditekankan kesayangan. Danial sudah dilantik Rifqi menjadi penyiasat peribadinya. Rifqi mengeluh kecewa lalu dijuihkan bibir.

"Mana kau tahu?"tanya Rifqi pelik. Danial memanglah budak popular di sekolah disebabkan kepandaiannya bukan kerajinan sukannya.Danial menjongket kening kiri beberapa kali sambil tersenyum bangga.

2 hari lepas....
"Maira!"panggil Danial apabila melihat Maira tergopoh-gapah memeriksa fail ditangannya. Maira lambat-lambat berpaling.

"Apa dia?"tanya Maira sambil kening kiri dijongketkan.

"Kau tengah buat apa?" Tanya Danial sambil terjungkit sedikit memandang ke fail yang dipegang Maira.

"Aku tengah check jadual untuk pertandingan bola jaring nanti. Yang ini senarai nama dia." Maira memberi sehelai kertas yang mempunyai senarai nama ahli pemain bola jaring. Sekejap kenapa nak bagi dia? Maira menarik balik kertas itu.
"Buat apa bagi kau?"

"Alahai bagi jelah!" Danial menarik balik kertas tersebut. Senarai nama ahli pemain bola jaring diteliti.

Nama
1.Humaira Nadirah
2.Atilia Amani
3.Dayana Hasirah
4.Durnalis Damia
5.Damia Izara
6.Tania Izani
7.Shahirah Najwa
8.Safiyah Aiman
9.Tuan Shazisha
10.Nurul Natalia
11.Haz Hus
12.Hazwani

Danial mengerut dahi memandang satu nama yang agak pelik."Siapa Haz Hus?"

"Nama penuh dia Hazlin Hussain.Dia tak bagi letak nama penuh." Terang Maira lalu meletakkan kembali senarai nama tersebut ke dalam fail.

"Maira,kau start pertandingan bila?" Tanya Danial lagi sambil menolak rambutnya kebelakang.

"Oh lupa! Aku seminggu tak ada jadi nanti pm aku kerja sekolah apa ye!"kata Maira sambil mengenyit mata lalu laju berjalan pergi.

Rifqi terangguk-angguk mendengar penjelasan Danial.
Danial baru nak memandang kembali ke depan namun ditahan Rifqi.

"Sejak bila kau rapat dengan Humaira?"Rifqi memandang pelik. Danial hanya tersengih.
_____________

"Alis! Tolong sekejap."pinta Damia yang sedang mengasingkan kertas-kertas periksa antara lelaki dan perempuan. Alis yang sedang termenung tersentak.

"Sekejap!"kata Alis lalu mengemas mejanya kemudian berlari ke meja guru dihadapan.
_____________

Rifqi berhenti dihadapan kelas 5 PA. Dia menjenguk ke dalam kelas jika ada kesayangan di dalamnya.

"Wowo!Ada Rifqilah" datang seorang lelaki atau lebih dikenali Hazuan. Rifqi terus mendengus geram.

"Hero buat apa dekat depan kelas saya ni?"sindir Hazuan dan diikuti gelak rakan-rakannya. "Datang nak minta sedekah ke?" Sambung Hazuan.Rifqi masih mendiamkan diri. Baru sahaja hendak melangkah pergi konconya menghalang laluan Rifqi.

"Aku tak habis dengan kau lagi der."kata Hazuan sambil menolak bahu Rifqi. Rifqi masih senyap. Dia tak mahu kejadian yang sama terjadi.

"Aku tak kan biar kau dapat peluang tu lagi." Kata Hazuan sambil memegang kolar baju Rifqi. Rifqi hanya tersengih.

"Apa yang kau sengihkan?" Hazuan rasa tercabar.

"Hazuan!"panggil seseorang daripada arah belakang. Hazuan terus membawa Rifqi ke rangkulannya.

"Yes,Damia?"mesra Hazuan. Wajh bengisnya kini menjadi wajah yang mengoda.

"Tolong serahkan senarai nama pemain bola sepak pada cikgu Zubir nanti."kata Damia penuh sopan. Rifqi terkesima dengan tingkah Damia dan tiba-tiba matanya bertembung dengan sepasang mata yang berada disebelah Damia.

"Alis,kau masuk acara tak nanti?"tanya Adam kawan Hazuan. Alis yang tadi tekun memandang Rifqi tersentak.

"Aaa...aku tak tahulah!"kata Alis lalu tersengih sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Alis,nanti masuklah! Kau kan pandai bab-bab sukan ni."sambung Kamil rakan Hazuan.

"Kalau aku masuk kau nak sokong ke?" Jeling Alis. Kamil,Adam,Hazuan,Johan dan Areif masing-masing ketawa dengan jelingan Alis.

"Mestilah sokong kau!"kata Damia disebelah lalu merangkul leher Alis. Yang lain hanya ketawa dan menggeleng dengan tingkah Alis dan Damia.

Dia yang Tak DijangkaWhere stories live. Discover now