23

1.4K 46 4
                                    


Perjalanan yang mengambil masa 3 jam dari tempat mummy membuatkan aku mula rasa mengantuk.

'Ngantuknyaa.. kenapalah aku tak ajak Dania je'

.
.
.
.

Aku mengeluarkan kertas kecil yg diisi dengan alamat rumah kampung Fazziq aku keluarkan untuk memastikan ianya betul tidak lah aku akan malu kerana tersalah alamat.

Aku menghela nafas sepanjang yang mungkin, dihembus perlahan. Selalunya perkara sebegini berlaku bila aku rasa gemuruh saja, mungkin aku gemuruh sekarang. Aku sendiri pun tak pasti.

Tak sempat aku mengetuk pintu, pintu sudah dibuka oleh seseorang. Fazziq!

"Ezza?" Katanya terkejut melihatku di hadapannya. Aku hanya menganggukkan kepalaku.

"Masuk" tambahnya lagi perlahan. Iya aku harus akui sedikit kekok aku melihat Fazziq tapi aku sedar, aku dah lukakan hati dia malah meninggikan suaraku.

"Ehh! Kak Ezzalea.. apa khabar?" Jerit kegembiraan seorang gadis bertudung ayu. Riak wajahnya ada lah dalam lingkungan 20-an begitu.

"Khabar baik je" balasku seusai bersalaman dengannya.

"Ini Nisa sepupu saya, panggil dia Nis je" celah Fazziq.
"Haa sembang lah dulu Ziq nak gi tolong pak ngah jap" tambahnya lgi.

"Tak ape kak, nanti Nisa bawak akak jalan satu kampung ni. Barulah akak kenal sikit orang kampung yg tinggal kat sini" kata Nisa panjang lebar.

"Okay.. Ada apa apa yg akak boleh tolong ke?" Tanya aku pada Nisa.

"Hmmmm................ haaa!! Ikut Nis" katanya lalu memegang lenganku. Aku hanya mengikut rentaknya dari belakang.

"Nenek!!!!" Jerit Nisa dari belakang.

"YA ALLAH!! Nisaa! nek ni dah la tua, tidaknya mati di sini pulak nanti!" Marah nenek. Nisa pula sudah mengekek gelaknya. Aku hanya tersenyum melihat gelagat Nisa yg sememangnya Happy-go-lucky tu.

"Heheh.. tak mahu tengok menantu ke nek?" Tanya nisa

"Siapa?" Tanya Nenek pula,, aku dapat lihat nenek sememangnya sibuk.

"Kak Ezzalea lahhh" balas Nisa meleret. Dengan segera nenek menoleh ke belakang.

"Ezzalea!! Sihat ke?" Jerit nenek dengan gembira.

"Alahh nek nampak kan dia kat sini, of course lah dia sihat alahaii nek soalan apae tu nek?" Bebel Nisa, seronak je dia memerli nenek nasib nenek sporting.

"Ehh kamu tu diam lah. Siapa Ezzalea siapa Nisa ni?" Balas nenek lalu menampar lembut lengan Nisa. Nisa hanya tersenyum riang.

"Sihat je.. nenek macam mana sihat?" Tanya aku cuba memberanikan diri.

"Sihat ajee.. Ehh jomlah kita berbual dekat depan" ajak nenek pula. Aku hanya mengiyakan saja. Nisa pula mengambil tempat nenek iaitu memasak.

.
.
.
.
.

"Ezzalea dengan Fazziq macam mana?" Tanya nenek

"Okay je nek" balasku ringkas. Nervous tu macam pernah bunuh orang pulak heihh.

"Ohh baguslah, Ezzalea kalau nenek tanya ni tak terasa kan?"

"Apa nek?" Balasku ingin tahu

"Dalam perut tu dah ada isi ke belum?" Tanya nenek sambil tersenyum kambing.

"Belum nek, rasa lapar jugak lah" balasku sambil mempamerkan muka 10 sen

"Bukan isi yang tuu.. baby" kata nenek lagi. Terbuntang biji mataku apabila nenek berkata sedemikian. Sejujujurnya aku tak ada jawapan dan tak prepare jawapan langsung untuk soalan itu.

"Hah?? Baby nek?" Tanyaku perlahan.

"Iyelah" balas nenek laju.

"Buat masa sekarang belum nek" jawab Fazziq yg tiba tiba sahaja muncul dari belakangku, lalu tenpat kosong disebelahku itu diduduki olehnya.

"Bila lagi Fazziq?" Tanya nenek lagi.

"Eh nenek ni, tuu Irfan dah ada anak" balas Fazziq

"Irfan lain kamu tu lain." Balas nenek lagi.

"Nenek nanti kami berdua usahakan untuk nek dan mummy daddy ok?" Balasnya sambil tersenyum. Aku memandang wajah Fazziq yg penuh dengan keyakinan itu. Lalu dia memandangku. Kening dijongket. Aku hanya biarkan dia begitu.

"Betul ke ni??? Tak sabar pulak. Ok lah nenek gi dapur dulu ye" kami berdua hanya mengangguk sahaja.

"Apa awak cakap niiii?? Are you awake?" Tanya aku selepas saja nenek pergi ke dapur.

"Napa salah ke?" Tanyanya lagi.

"Tak lah.. saya cuma tak suka bagi harapan palsu kat orang itu je" kata aku lagi. Dia hanya memandang wajahku. Makin lama makin dekat. Dekat. Dekat. Dekat.
Senyuman sinis dilemparkan padaku. Lalu dia pergi.

'Eyyyyy Fazziq niii!! Selalu je bagi orang nervous hishh..'













Vote/comment❤️

Hati Si BekuΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα