Bab 14💐

7.2K 266 14
                                    

Pakaian sudah siap dikemaskan,tinggal nak masukkan dalam bonet kereta sahaja.Auni memandang kearah baju kurung moden yang disangkut itu.Baju itu akan disarungkan untuk ke majlis perkahwinan Iryan.

"Ya Allah kuatkah aku untuk hadapi semua ni nanti"Air mata Auni mula berlinangan,bahagia yang diimpikan selama ini hanya sebuah angan-angan saja.

"Ya Aku kena kuat,Aku kena mulakan hidup baru macam Iryan dan Meera.Mungkin kali ni kau gagal dalam percintaan tapi Insyaallah mungkin Allah akan berikan yang lebih baik dari Iryan.Please Auni jodoh itu rahsia Allah,kalau kau ada jodoh Insyaallah suatu hari nanti kau akan bahagia dengan jodoh kau!!"Auni mengesat airmatanya sambil memberi kata-kata semangat kepada dirinya sendiri.

Auni mengambil baju kurung moden tersebut dan terus menukarkan pakaiannya.

                          ××××××

"Auni dah siap?"soal Mak Cik Aliya.

"Dah Ummi"balas Auni.

"Dah jomlah gerak,kita nak kena pergi kenduri kahwin kat rumah Iryan tu dulu,lepas tu barulah kita pergi airport.!"

"Baik Ummi..jap Auni nak masukkan dulu beg ni.!"

"Ha ye la..Ni Ummi nak pergi dapur dulu..Auni tolong hidupkan enjin kereta dulu boleh tak? "

"Okey.. Mana kunci? "

"Ni kuncinya.. Ummi pergi dulu..!"Mak Cik menghulurkan kunci kearah Auni.

Auni menyambut kunci kereta tersebut dan terus mengangkat beg bagasinya yang begitu.

                          ××××××

Suasana dikenduri tersebut amat riuh rendah dengan suara kanak-kanak yang kelihatan amat gembira.Jauh disudut hati Auni mula timbul rasa bahagia setelah melihat Iryan mendirikan rumah tangga dengan insan yang dia cintai.

Dengan hati yang berat Auni melangkah kaki perlahan-lahan.Semakin hampir dengan khemah itu semakin hancur berkecai hatinya.Pelamin yang cukup cantik bertemakan garden wedding.Semua itu cukup menyakitkan.

"Ya Allah.. Kau kuatkanlah hatiku ini Ya Allah.!"Auni berdoa banyak-banyak.

"Auni..nak tau tak nanti pengantin dah nak sampai..Jangan lupa pergi jumpa tau!"pesan Mak Cik Aliya.

"Baik.. Ummi! "

15 minit berlalu...

Pengantin tiba diiringi dengan paluan kompang yang sungguh kuat.Baju pasangan pengantin tersebut memang cantik manakala pengantinnya pula sama cantik dan sama padan.

Auni cuba mengukirkan senyuman pada pasangan pengantin tersebut namun hampa senyuman yang manis dibalas dengan jelingan tajam.tanda seperti benci dengan kehadiran Auni dimajlis tersebut.

"Apa salah aku sampaikan kena macam ni!!"bisik hati Auni.Hatinya menjadi sakit kerana diperlakukan begitu.

"Padan muka,biar dia rasa sakitnya bila lelaki idaman dia bersanding dengan perempuan lain."bisik hati Zameera.

"Ummi boleh tak kita cepat sikit!"desak Auni.

"La kenapa ni? Cepat sangat.. "

"Auni ada hal la Ummi,jadi Auni kena cepat! "

"Okeylah.. Sayang.. "Mak Cik Aliya hanya menurut kehendak anaknya.

Mak Cik Aliya mendekati Mak Cik Sarimah iaitu Emak kepada Iryan."Mah aku kena pergi dulu,Anak aku sorang ni hah dah nak terbang pi Langkawi sana! "

"Buat apa pi Langkawi tu?"soal Mak cik Sarimah.

"Ada urusan kerja Mak Cik!"balas Auni.

"Ouh.. Jaga diri tu baik-baik tau Auni, Auni tu kan perempuan..!"nasihat Mak Cik Sarimah.

"Insyaallah Mak Cik.."Auni menyalam tangan Mak Cik Sarimah.

"Mah,Aku pergi dulu tau! Tahniah! Dah dapat menantu kau,lepas ni dapat cucu pulak!"Ujar Mak Cik Aliya.

"Aminnn.. "Balas Mak Cik Sarimah.

                          ××××××

    Kereta milik Auni mula bergerak perlahan meninggalkan Kampung tersebut.Rasa tenang sedikit hati Auni setelah pergi situ.

Auni menyandarkan kepalanya pada cermin kereta tersebut.Kemudian dia membuka telefonnya,mencari gambar dia bersama Iryan.Gambar yang kini tinggal sejuta kenangan buat Auni.Auni cuba memadam gambar-gambar tersebut.Tiba-tiba matanya terpana pada satu gambar yang cukup buat rasa Auni untuk menitiskan air mata.Dengan serta merta dia menutup telefonnya.

Aku kena terima Takdir Ilahi,Iryan bukan milik kau Auni,Dia cuma anggap kau tak ubah seperti tempat persinggahan.Bila dia dah jumpa cinta sejati dia,Dia akan tinggalkan kau sendirian..

Iryan hanya satu je aku minta tolonglah sedar bahawa siapa diri Zameera dimata kau,Dia tak layak untuk kau!Namun sebab cinta,kau tolak tepi segalanya kau butakan mata kau untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk..Aku tak kata yang diri aku ni baik tapi aku lebih kenal mana baik dan buruk berbanding Zameera.Tak apalah.. Yang berlalu biarkan berlalu Iryan dah bahagia..Aku akan jadikan Iryan sebagai kenangan masa silam aku.Ya Allah kau peliharalah rumah tangga mereka supaya kekal hingga ke Jannah Aminn..

Kereta yang dibawa oleh Mak Cik Aliya laju membelah angin dijalan raya.Perlahan-lahan meninggalkan kampung tersebut.Auni mula tekad untuk mulakan hidup baharunya di sana.

"Andai inilah kesudahannya,ku harus tabah dan terima jua,Cinta ku doakan agar kau bahagia disana,jika suatu masa kau perlukan diriku ingatlah cinta ku takkan jauh....."


𝙏𝙖𝙠𝙙𝙞𝙧 𝘿𝙞𝙖Where stories live. Discover now