Bab 2💐

11K 397 4
                                    

  Auni mengeluh kecewa."kenapa kau Meera,sanggup kau curang dekat belakang Iryan,sedangkan Iryan tu bakal suami kau!"

    "Ya Allah Meera! Apa yang kau dah buat ni?"Suara Auni yang separuh jerit kerana terkejut dengan perubahan Zameera sahabat karibnya sendiri.

"Kau jangan sibuk!! Kau dengan Aku dah tak ada apa-apa langsung hubungan okey.. Jadi aku nak,kau janganlah sibuk pasal hal aku!!"ujar Zameera yang dalam keadaan mabuk.

"Berubahlah Meera! Sampai bila kau nak jadi macam ni,setiap malam Aku nampak kau dalam keadaan mabuk! Kasihan la dekat Mak dengan Ayah kau bila diorang dapat tau perangai kau ni!! "

"Shut!! Kau diam pompuan!! Jangan nak tunjuk bagus sangat boleh tak menyampah aku tengok!!"jerit Zameera.

"Meera..tolonglah berubah! "rayu Auni.

"Hoi!! Blah la aku nak balik!!"Zameera menolak tubuh Auni ke tepi.

Auni hanya memandang Zameera yang melangkah laju namun dalam keadaan mabuk.

    Sekilas perkara itu mula terimbas dalam fikiran Auni."Meera.. Meera.. Bila la kau nak berubah macam dulu balik."bisik Auni sendirian,kereta Auni yang diberhentikan dibahu jalan itu mula bergerak laju membelah angin.

                           ××××××

Auni melabuhkan punggungnya pada katil,kemudian dia mencapai telefonnya dan terus mendail nombor telefon Zameera.

Zameera hanya memandang sekilas kearah telefonnya."apa yang dia ni nak hah? Haish.. Tak faham ke yang aku dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan!! "

"Please angkatlah telefon tu Meera!"Ngomel Auni.

"Hello Auni,Kau nak apa call aku malam buta ni hah? Sengajakan nak ganggu aku?!"

"Assalamualaikum..Meera sorry lah sebab dah ganggu kau malam macam ni! Tapi aku rasa kita ada perkara yang perlu berbincang!"Auni membalas dalam keadaan tenang.

"Kau boleh tak jangan nak tunjuk baik sangat! Menyampah tau tak!!"tengking Zameera.

"Aku cuma nak cakap kat kau,tolonglah berubah Meera aku dah anggap kau macam Adik aku sendiri kot,Kau tau tak sejak Kau kenal dengan lelaki tu! Kau dah pandai pergi clubbing lepastu mabuk! Please la Meera berubah jadi matang.. "

"Jap kau ni siapa? Nak nasihat aku macam-macam! Lagi satu ni hidup aku jadi aku berhak nak tentukan hidup aku so jangan nak sibuk boleh tak!!"Ujar Zameera.

"Meera,kasihan la dekat Iryan dia tu sanggup setia dengan kau tau tak! "

"Weh.. Kau tu dah la perampas!! Kau tau tak yang kau tu sebenarnya perampas!!.. Kau rampas Iryan dari aku lepas tu mulalah nak ceramah dekat aku bla..bla..bla..,Kau ingat aku tak tau yang kau sebenarnya dah lama sukakan Iryan kan!! "

"Tak itu tak betul..aku langsung tak ada perasaan dekat dia!"Auni menafi sekeras-kerasnya.

"Dah la!! Tak payah nak tipu aku, kalau dah perampas tu, memang dasar perampas!!"Marah Zameera dan terus mematikan talian.

"Macam mana dia boleh tau? Aku ada perasaan pada Iryan..?"Auni menghela nafas yang panjang.

                           *********

𝙏𝙖𝙠𝙙𝙞𝙧 𝘿𝙞𝙖Where stories live. Discover now