8. Tiong Mas

1K 30 0
                                    

"Masa hanya tinggal lima minit sahaja lagi"

Bila ketua dewan buat pengumuman tu, aku apa lagi. Kalut la. Lima minit terakhir ni la baru semua idea, semua benda yang aku hafal nak keluar dari kepala otak ni.

Ahh! Tak boleh jadi ni. Aku kena cepat. Aku ikat tali apron. Aku hidupkan api. Aku letak kuali atas dapur. Masukkan sedikit minyak masak. Masukkan bawang kecik dan bawang putih yang aku dah hiris halus tadi. Bila dah naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian, aku masukkan serbuk perasa. Dalam gerak perlahan, serbuk-serbuk tu menghujan ke dalam kuali. Kacau rata. Sedikit kicap, garam dan gula bagi menyedapkan lagi rencah yang ditumis. Kemudian, aku masukkan hirisan ayam dadu. Bila ayam dah masak, barulah masukkan maggi yang dah direbus awal-awal. Goreng dan gaul sehingga mee maggi tu sebati dengan bahan-bahan rencah tadi. Pecahkan telur dan gaul bersama maggi goreng. Goreng, goreng, goreng! Tapi, belum sempat aku nak masukkan sedikit sos cili dan lada kecik nak bagi lebih sedap,

"Masa telah tamat. Sila berhenti menulis. Penyawas peperiksaan akan mula mengutip kertas jawapan anda sekarang."

Ah, sudah! Macam mana ni. Ada dua soalan tak jawab lagi. Nak tak nak, terpaksa lah redho.

Keluar dari dewan, aku terus menapak pergi ke kereta aku yang aku parking dekat tepi perpustakaan secara haram sebab dah lambat ke dewan periksa tadi. Aku jalan laju je menonong ke sana, dengan harapan aku sampai dekat kereta nanti, pak guard tak clamp la tayar aku. Tak ada masa aku nak sedih-sedih mengenangkan paper killer yang aku jawab ala kadar je tadi. Seronok menggoreng ibarat menggoreng sebungkus mee maggi. Orang lain masih lagi berpusu-pusu kat dewan, dah mulakan operasi peluk cium drama air mata dah sebab ini kertas terakhir di semester akhir. Bermakna lepas ni dah tak ada can nak jumpa student satu batch ni.

Ah, lantak la. Aku ada misi berat lepas ni. Aku bukan anak orang senang. Tak ada masa nak goyang kaki.

Aku terus pecut laju balik ke rumah sewa. Sampai dekat rumah, aku punggah semua barang masuk booth kereta. Mana yang penting dan aku sayang je aku bawak masuk. Yang lain, aku wakafkan je dekat budak-budak yang baru nak masuk rumah tu nanti.

"Weh awal giler mu kemah barang? Nok balik doh ke?" Kamal tanya aku bila dia sampai ke rumah.

"Tak balik. Aku pindah rumah. Esok aku dah start kerja" aku jawab soalan Kamal sambil sibuk masukkan barang dalam kereta.

"Kerja? Awal mu dapat kerja. B*** makang sorang. Tok ajok aku pung."

"Ni bukan kerja akaun. Aku buat part time. Sebelum dapat kerja betul mana-mana nanti."

Lepas habis paper terakhir aku Julai 2013 dulu, aku terus pack barang aku pindah ke rumah si kembar Hafiz dan Hazrin yang mana aku lebih senang panggil Apiz dan Alin je. Apiz ni abang kepada Alin. Makcik diorang ada company sendiri, membekalkan wallpaper dan servis pemasangan wallpaper ke rumah-rumah, pejabat, resorts dan chalet.

Bila Alin dan Apiz dapat tahu aku nak kerja lepas habis final paper, diorang ajak aku kerja dekat company makcik dia tu. Tapi, sebagai pemasang wallpaper je la. Kalau ikut offer letter yang aku dapat, nama job tu Wallpaper Decorator.

Memandangkan aku ni kawan diorang, kebanyakkan tugasan kerja yang aku dapat mesti sama-sama dengan Apiz dan Alin jugak. Sebulan pertama, aku follow je la si Alin dan Apiz ni pergi rumah sana rumah sini. Ada kala aku kena pergi sorang. Tapi tak selalu sebab kebanyakkan projek, kena work in team. Terutamanya kalau kena pasang wallpaper dekat chalet dan resorts.

Malas nak cerita panjang walaupun memang dah panjang berjela pun, satu hari kitorang bertiga ditugaskan untuk install wallpaper untuk satu resort ni. Resort ni ada dekat pedalaman satu negeri ni. Lokasi aku terpaksa rahsiakan. Masa mula-mula makcik dia bagi job tu, macam tak percaya juga, kot-kot kena prank ke apa. Ye lah, biasanya customer yang upah kitorang kebanyakkannya sekitar lembah klang ni je. Tapi, kali ni lain macam pulak jauhnya.

KOLEKSI NGERI SI CELUPARWhere stories live. Discover now