sixteen

1.6K 243 31
                                    

[ Min Taemi ]

Dah seminggu aku tak jumpa dengan Yoongi mahupun Nayeon. Walaupun Nayeon ada la jugak datang rumah sebab nak jumpa aku tapi aku yang malas nak jumpa dia. Pastu aku rasa sekarang Nayeon dah paham kot sebab tu dia dah tak datang rumah jenguk aku.

Yoongi? Heh, mamat sebal tu langsung tak tunjuk batang hidung dia depan aku. Call pun langsung tak.

Kenapa la aku suka dia?!!!!!! Seksa jiwa raga aku betul ah.

"Taemi!"

Aku terkejut sampai nak tergolek dari kerusi aku. Pantas aku pandang jebon yang terkejutkan aku ni. Cis, Taehyung rupanya.

"Ee, kau ni! Tak boleh ke tegur elok-elok?! Suka sangat terkejutkan aku." Bebel aku sendirian.

"Lima kali."

Dahi aku berkerut.

"Apa?" Soal aku sambil memandang Taehyung yang membuat wajah selamba tersebut.

"Lima kali aku panggil ko elok-elok tapi ko yang tak dengar ada ah! Tu yang aku sergah kau terus!" Semburnya kepada aku.

Aku menggaru kepala aku, "yeke? Umm.. Sorry... Kenapa kau panggil aku?" Soal aku lagi sambil memandang Taehyung.

Taehyung dengan tiba-tiba menggelengkan kepalanya dan membuatkan aku hairan.

"Asal kau geleng kepala?"

Taehyung terus mengemas buku-buku aku lantas disumbat ke dalam beg dengan ganas lepastu dia tarik aku bangun.

"Dah balik la." Ujarnya sambil dia membantu aku menggalas beg sekolah milikku.

"All done. Jom aku teman kau balik." Tambahnya lagi.

Aku taktahu kenapa dengan aku ni, sejak akhir-akhir aku macam..

Lost...

Sumpah aku rasa lost gila...

"Oi, termenung lagi kau ni? Adoyai, cepat la jebon. Dah balik kot."

"Dah balik?" Pantas aku pandang sekeliling aku.

Kosong.

Hanya aku dan Taehyung sahaja yang berada di dalam kelas. Taehyung mengeluh lalu dia menghampiri aku.

"Taemi... Apa kena dengan kau ni? Lately aku peghati kau ni asyik termenung je. Kau kenapa doh?" Soal Taehyung.

Aku mengetap bibir. Hmm, kenapa Tae ni baik sesangat? Mesti korang pelik kan macam mana aku dengan Taehyung boleh jadi rapat kan? Kitorang rapat since pasal dia guna nombor telefon lama aku pastu masa class project. Dia jelah yang caring pasal aku, hari-hari LINE aku tanya ni tanya tu.

And guess what? Satu sekolah ingat dia namjachin aku. Lol. Kalau certain orang takpe tau, ni sampai satu sekolah ni yang buat hakak panas ni. Halamak.

"Tengok tu! Aku tanya kot menyepi ko ni?!"

Aku terus pandang Taehyung lalu aku mencebirkan bibir.

"Kau tanya apa tadi?"

Taehyung buat face palm.

"Aku tanya kau ni kenapa? Ada problem ke? Asal lately kau asyik termenung je?"

"Aku okay je."

Taehyung mengecilkan matanya.

"Yeke kau ni?"

[ ✔ ]  ❝ Annoying Namja ❞ myg.Where stories live. Discover now