two

2.8K 377 30
                                    

[ Min Taemi pov ]

Macam yang aku jangkakan... Setiap tahun mesti ada family gathering dan aku paling menyampah nak hadap muka mamat kepeng plus keding aka setan putih tu. Lagi menyakitkan jiwa bila terserempak dengan dia pastu dia buat muka taik dia tu. Bahasa sopannya, muka takde perasaan.  Aku rasa nak cekik-cekik je mamat tu! Ergh!

"Ehhhhhh eomma! Hujung minggu ni Taemi tak free la... Ada projek kelas dengan kawan nak kena buat..." Jelasku kepada eomma.

Serius la aku memang ada projek kelas dengan kawan kot masa tu. Mana boleh cancel! Ish! Lagi satu, projek kelas tu penting kot! Cikgu cakap kalau siapa-siapa yang dapat markah lebih 50%, masa ujian nanti dapat markah bonus! Ish, mana boleh lepaskan! Pastu nak-nak lagi, aku jadi partner...

Kim Taehyung...

Haih... Deep voice dia tu...

Aku cair...

"Ala cancel aje lah."

Terus berkecai angan-angan aku naik pelamin dengan Taehyung. Aku memandang eomma aku dengan pandangan tak puas hati.

"Mana boleh cancel la eomma... Projek kelas tu penting sangat-sangat!" Balasku untuk menyakinkan eomma.

"Kamu mintak la nak buat individual... Kan Yoongi ada.. Hah dia boleh tolong Taemi buat projek kelas Taemi... Lagi satu, Yoongi oppa kamu tu pandai tau.. Rugi kalau kamu tak.."

Aku menjulingkan mata ke atas. Haa puji la lagi Yoongi oppa.. er, geli aku nak panggil dia oppa. Meremang bulu roma. Ala setakat tua dua tahun je kot... Perlu ke nak panggi oppa? Taknak aku panggil dia oppa! Tak hingin langsung!

"Hey, Min Taemi! Dengar ke tak apa eomma cakap ni?! Ish, eomma penat-penat membebel dia buat tak dengar pulak!" Sembur eomma ku dan membuatkan aku hanya tersenyum tawar.

"Taemi dengar, eomma.... Ya, ya... Yoongi oppa tu jinjja jjang!" Kataku sambil menekankan perkataan 'jinjja'. Ergh, aku terpuji mamat tu..

"Hah! Kalau macam tu.. Buat ajelah individual project lepasni.. Takyah in group lagi.. Arasseo? Nanti eomma call eomma Yoongi bagitahu pasal ni. Okay?" Cadang eommaku kepada aku.

Shit.

Aku benci life aku.

Kenapa la aku puji mamat tu tadi..?  Patutnya aku kutuk mamat tu tapi sebab depan eomma terpaksa la aku puji huhu.

Aku rasa nak menangis.

Aku rasa nak terjun bangunan.

Aku benci makhluk bernama Min Yoongi!



〰〰〰

Hmm, apa yang membuatkan Taemi benci sangat dengan Yoongi eh?

Kuikuikui

Dokkaebi-

[ ✔ ]  ❝ Annoying Namja ❞ myg.Where stories live. Discover now