eleven

1.7K 237 49
                                    

[ Min Yoongi ]

"Aku nak balik."

Aku pandang Taemi yang comot dengan air caffè macchiato tersebut. Wajahnya muram. Tiba-tiba aku rasa kesian pulak.

"Betul ni nak balik?" Soalku untuk meminta kepastian.

Taemi pandang aku dan aku terkedu melihat dia kerana dia sedang... Menangis..

"Aku tak kira..! Aku nak balik...." Katanya dengan sendu.

"Taemi.." Aku terus peluk Taemi dengan erat. Ah, lantak la orang nak kata apa.

"Yoongi, aku nak balik...." Katanya lagi di dalam pelukanku.

Aku mengeluh perlahan. "Okay, kita balik..."

-----

Aku mematikan enjin kereta aku sebab kitorang dah sampai depan rumah Taemi.

Aku pandang Taemi yang sedari tadi hanya mendiamkan diri tersebut.

"Tae--"

"Mianhae.."

"Wae..?"

Taemi pandang aku, "sebab aku kita tak jadi tengok movie...."

Aku tersenyum kecil.

"Gwaenchana.. Lagi satu, bukan salah kau tapi salah jebon tu. Ish, aku pelik la cemana do kau boleh sangkut dengan mamat yang takde adab tu? Dah la takde adab pastu selamba dia je malukan kau depan orang ramai. Tak sekarang aku tak puas hati, apa masalah mamat tu sebenarnya? Korang dah takde pape kan? Dia apasal nak kacau hidup kau? Senang cerita, dia tu tak reti hormat orang. Harap muka je handsome tapi aku lagi handsome la pastu adab tak serupa bi--" aku tak sempat habiskan ayat aku sebab Taemi peluk aku dengan erat sambil berkata:

"Gumawo.. Jinjja gumawo, Yoongi oppa."

Aku terkedu.

First time siot dia panggil aku oppa dengan ikhlas. Selalu dia panggil aku oppa tak ikhlas siot. Huhuhu terharu huhuhu

"Eo, cheonma..naeyo.." Balasku.

Taemi akhirnya meleraikan pelukannya lalu dia memandang aku dan dia menghadiahkan aku satu senyuman yang mampu membuatkan lelaki cair habis.

Okay, serius ni aku cair.

Woi, Yoongi! Dia cousin ko lah! Jangan! Jangan!

Aku memejamkan mata aku sebentar lalu aku kembali pandang Taemi yang heran dengan kelakuan aku tersebut.

"Dah. Pergi masuk rumah." Arah aku.

Taemi mencebik, "yelah, nak masuk la ni." Katanya dan ingin keluar daripada kereta.

"Bye, Yoongi!" Tambahnya lagi sambil menghadiahkan aku satu ciuman di pipi.

Aku terus kejang.

"Bahahahahahaha, kau tak pernah kena kiss kat pipi ke do? Adui, lawak la siot reaction kau!" Ujar Taemi sambil ketawa suka.

Aku jeling Taemi dengan tajam.

"Pi berambus la ko!" Halau aku dan membuatkan Taemi mencebirkan bibirnya dengan menyampah lalu dia keluar daripada kereta aku.

"Ceh, taknak kawan dengan kau!" Teriak Taemi kepada aku.

"Tak suruh pun kau kawan dengan aku!" Balas aku lalu aku terus menghidupkan enjin kereta aku dan menekan pedal minyak sambil aku menjelirkan lidah terhadap Taemi yang sudah bengang tersebut.

Kahkahkah. Bila dia buat muka camtu nampak comel pulak haish. Geram aku tengok... Hm..

-----

"Dude, asal kau tenung gambar cousin kau camtu?"

Aku terkejut beruk pastu aku pusing belakang. Rupanya Namjoon.

"Mana ada aku tenung gambar cousin aku la. Kau ni merepek je." Bidasku lalu aku membelek assignment aku yang berada disebelah laptop.

"Yeke? Bistu siapa yeoja yang kat dalam laptop kau tu?"

Keningku bertaut menjadi satu. Yeoja? Amende sia dia ni mere.....

Aku terkelu apabila aku pandang skrin laptop aku.

"Hoi, Yoongi! Kau apesal terkejut benor ni?"

Kenapa ada gambar Taemi..?

"Lol, Yoongi.. Kau dah angau ni.."

Pantas aku pandang Namjoon dengan pandangan pelik.

"Angau?"

Kali ni Namjoon pulak kasi aku pandangan pelik.

"Dude, takkan angau pun kau taktahu? Ni jap aku nak tanya, last time kau jumpa cousin kau ni bila?"

Aku cuba mengingati kali terakhir aku dan Taemi jumpa.

"Um, rasanya sabtu lepas..."

"Sabtu lepas? Okay, sekarang hari apa?"

Aku pandang Namjoon dengan pelik.

"Harini hari jumaat..?"

"See! Hampir seminggu kau tak jumpa cousin kau! Ni sah la kau angau, bangang!"

Aku jadi blur, "aku? Angau?"

Namjoon tepuk dahi.

"Kenapa la aku ada kawan sebangang ni?! Kau takpernah angau ke sebelum ni bongok?!"

Aku angguk dengan jujur. Sumpah la dulu dengan Nayeon pun tak pernah la sampai tenung gambar macam nak tembus kot. Ni first time do.

"Ya tohan, sucinya kawan aku ni! Dude, angau ni kan dia macam bila kau dah tangkap cintan dengan seorang awek ni, kau asyik terbayang, termenung pastu makan tak kenyang, mandi tak basah kot."

"Mana kau tahu aku makan tak kenyang, mandi tak basah ni?! Kau stalker aku eh?!"

"Kepala bana kau! Takde masa la aku nak stalker ko!"

Aku menggelengkan kepala aku.

"Asal kau geleng?"

"Aku tak sure.. Tapi aku risau dengan dia.. Hari sabtu ritu kitorang gi mall nakgi tengok wayang pastu terserempak dengan ex bf dia kot.."

"Serius ah!"

"Serius la bengong. Pastu kan ex bf dia tu malukan dia depan orang ramai kot. Tu yang aku makan tak kenyang mandi tak basah sebab pikirkan pasal Taemi je kot!" Kata aku lalu aku pandang skrin laptop aku lagi; melihat wajah Taemi yang tersenyum gembira saat mendapat hadiah hari jadinya yang ke-15 tahun. Aku tersenyum kecil tetapi jauh disudut hati aku.. aku risau.

"Bodoh tak sekolah ah ko."

Aku pandang Namjoon yang duduk di depan aku.

"Pahal ko cakap--"

"Kau suka dia! Kau cintakan Taemi! Jangan jadi bodoh soal hati kau, Yoongi. Otak kau mampu proses kata yang kau dengan dia hanya sepupu tapi hati kau tak mampu nak deny yang kau.. Kau sayangkan dia lebih dari seorang adik sepupu. Jangan tipu diri kau, Yoongi."

Kata-kata Namjoon membuatkan aku tersedar. Bagaikan tersedar dari tidur yang cukup lama. Aku dah cukup sure tentang perasaan aku terhadap Taemi selama ni.

Aku cintakan dia sejak azali lagi.


••

Mianhae guys sebab semalam tak update huhu semalam saya tolong saudara saya carikan dia punya bahan untuk folio seni dia.

So, macam mana chapter kali ni kekekeke

WEH KORANG TAHU TAK MV SPRING DAY BUAT SAYA PENING KOT SAYA TAK PAHAM SANGAT MV DIA PASAL APA PASTU BAJU LONGGOK2 TU NAK BUAT APA DO?! OMG BIGHIT APANI DO?!!!!!

Dokkaebi-

[ ✔ ]  ❝ Annoying Namja ❞ myg.Where stories live. Discover now