Kisah Silam Sara

2.8K 133 0
                                    

"Awak...malam ni..awak balik awal ke?" Puan Maimon menelefon suaminya sambil tersenyum manis..bahagia rasanya dapat ber'gayut' bersama suami tercinta..kedengaran gelakan kecil dari sebelah sana. Si ibu sudahpun ikut ketawa.

"Balik sayang..adakah sebab untuk abang stay lagi kat pejabat ni..??"si suami menjawab penuh mesra..

"Ouh..yeke?kalau macam tu..sayang nak masak something special untuk abang ye..?" Puan Maimon terus tersenyum girang taktala terdengar suara persetujuan yang ceria dari suaminya itu,Encik Khabir.

*****

"Hishh..abang ni kenapa susah sangat nak angkat koll..selama ni,kalau aku koll dia angkat dengan pantas tapi sejak dua menjak ni..haih.."Puan Maimon sudah membebel. Dia mencapai bekal makanan yang dibungkusnya khas untuk suaminya lalu memasuki perut kereta myvi kuningnya dan memecut laju ke Sekolah Menengah tempat Encik Khabir mengajar..atau lebih tepat pengetua..

Sesampainya di perkarangan sekolah tersebut,Puan Maimon lantas memarkir keretanya dan mencari langkah untuk pergi ke pejabat suaminya itu..dahulu memang selalu jugaklah dia menghantarkn makanan yang dimasaknya dari rumah..jadi,rasanya tiada masalah untuk dia lakukan lagi..seperti pada mula-mula kahwin dulu.

Puan Maimon terus sahaja melangkah kearah tangga yang berada di hujung sebelah kiri bangunan pertama sekolah itu. Dia menuju ke ruangan pengetua,yakni ruangan suaminya, Encik Khabir.
Dia membuka tombol pintu bilik itu tapi entah kenapa hatinya seperti tidak tenteram. Dia cuba untuk menolak perasaannya sejauh yang boleh..tombol pintu digerakkan dan pintu pun dikuak..

Puan Maimon tersentak. Bekal makanan yang tidak lekang dari tangannya,terjatuh di atas lantai. Lauk di dalamnya juga terburai. Puan Maimon masih tidak bergerak. Dua bentuk tubuh dihadapannya dia pandang dengan pandangan yang tidak berkelip. Kedua-dua manusia itu,masih tidak sedar akan kehadiran Puan Maimon sehinggalah bekal makanan tadi terjatuh.
Sang lelaki melihat ke arah Puan Maimon lalu matanya terbuka luas. Dia menolak sang wanita yang dipeluknya tadi lalu mendekati Puan Maimon yang sudahpun mengalir airmatanya. Matanya masih tidak berkelip.

"Sayang...abang..tak.."

"Abang..sayang bawakan bekal makanan untuk Abang hari ni..kejap eh.." Puan Maimon melihat ke arah makanan yang dimasaknya bersusah payah berterabur di atas lantai. Dia cuba mengambil sisa makanan tersebut tapi tangannya ditahan oleh Encik Khabir.

"Jangan!Jangan sentuh saya!.." Puan Maimon menjerit. Si wanita tadi terkejut dengan jeritan tersebut. Serta merta wajahnya berubah pucat..tangannya menggeletar..dia mulai takut..

Puan Maimon mengalihkan pandangannya ke arah wanita yang tadi dipeluk oleh suami tercintanya..Dia memandang penuh benci..
Airmatanya semakin laju mengalir tapi ekspresi wajahnya masih kelihatan marah..terserlah satu kebencian dari riak wajahnya. Wanita itu tersentak. Dia ingin berlalu pergi namun badannya ditahan oleh Puan Maimon. Puan Maimon membawa badan wanita ke dinding dan menghentaknya kuat. Wanita tadi sudah mulai menggeletar..

"Siapa kau?siapa kau hah!siapa kau nak sentuh suami aku...." Puan Maimon menjerit. Dia menghentak berkali-kali badan wanita itu di dinding.
Encik Khabir yang memerhatikan kejadian itu segera menghalang Puan Maimon.

"Sayang...Kila tak salah..sayang...abang yang salah.." Encik Khabir menolak Puan Maimon. Puan Maimon terjatuh lalu kepalanya terhantuk di bucu meja pasu di dalam bilik itu..Kila memeluk Encik Khabir pantas..

"Abang...Kila takut.." Kila menangis dalam pelukan Encik Khabir..Encik Khabir membalas pelukan Kila lalu meleraikannya kerana tidak mendengar apa-apa dari arah...isterinya..
Dia menoleh. Kelihatan Puan Maimon sudahpun berlumuran darah kerana belakang kepalanya terhantuk kuat dan mengeluarkan darah yang banyak.. Encik Khabir dan Kila terkejut.

*******

"Kak.." Sara memanggil kakaknya yang dari tadi sibuk dengan telefon di tangannya. Syikin sedikit geram. Dia merasakan seperti Sara merupakan pengacau dalam proses percintaannya. Syikin yang dari tadi sibuk membalas sms dari kekasih hatinya,pantas memandang Sara.

"Apa dia?.." Syikin bertanya kasar.

"Kak..macam mana nak selesaikan masalah matematik ni.." Sara segera membawa bukunya dan pergi ke arah kakaknya dengan muka yang ceria.
Syikin mengeluh kecil sebelum menolak kepala adeknya berkali-kali..dan menyebut ayat "Mind your own business" beberapa kali.
Sara mengeluh. Dia menjelirkan lidahnya ke arah Syikin lalu Syikin menunjukkan penumbuknya.

'Ting..tong...'loceng berbunyi tidak lama selepas itu.

"Mai..pegi buka pintu..cepatlah..terhegeh-hegeh.." Syikin menendang buntut adeknya yang sedang cuba untuk berdiri membuka pintu rumah itu.
Sara memberi satu pandangan maut lalu memukul peha Syikin. Syikin tersentak.

Sara berlari ke arah pintu segera...dan membukanya..taktala pintu dikuak,Sara melihat Encik Khabir sudahpun berdiri teguh sambil badannya dilumuri darah.
Sara terjerit kecil.

"Ayah..kenapa ayah banyak darah..ayah okey tak." Sara bertanya takut-takut. Syikin yang mendengar ayat Sara itu segera bangun untuk melihat keadaan ayah mereka. Seperti Sara, Syikin juga terjerit kecil ..

"Mai,kakak..cepat bersiap." Encik Khabir memberi arahan. Syikin dan Sara masih terkebil-kebil kerana kedua-dua masih rungsing akan keadaan yang sebenarnya.

"Bersiap pegi mana ayah?."Sara bertanya laju. Tapi kakinya laju melangkah ke tingkat atas,iaitu ke arah biliknya.. Encik Khabir tidak menjawab sebaliknya dia duduk di atas sofa di ruang tamu rumah itu. Syikin pula sudah naik ke atas untuk bersiap.

*******

"Kenapa dengan ibu ayah..?" Sara bertanya sambil menagis. Dia melihat sekujur tubuh Puan Maimon di atas katil hospital. Tubuh itu kelihatan sayu..Sara masih menangis,dia memeluk ayahnya..
Encik Khabir yang tidak tahu apa yang perlu dikatakan lantas tunduk dan airmatanya terjatuh.

"Ibu koma ke ayah.." Syikin pula yang bertanya. Airmatanya juga masih keluar laju. Doktor yang berada di sebelah Syikin memegang bahu Syikin lembut.

"Ibu Syikin..koma..tapi masih belum dapat diketahui bila dia akan sedar.."Doktor yang bernama Ahmad Darman itu memindahkan tangannya ke kepala Syikin.

"Ibu...uncle..tak boleh ke selamatkan ibu.." Syikin menangis. Taktala itu,seseorang menyapu bahu Syikin lembut..

"Syikin,janganlah nangis..abang yakin!daddy pasti dapat sembuhkan aunty Maimon." Jejaka yang memakai jubah doktor itu cuba menenangkan Syikin dia mengerling ke arah Doktor Ahmad Darman disebelahnya taktala perkataan Daddy disebutnya...

"Abang Ikram yakin ke ibu akan sedar." Sara bertanya sambil menangis..Doktor Ikram yang tadi menenangkan Syikin kini beralih ke arah Sara..dia menyapu kepala Sara lalu mengangguk. Tanpa disedari airmata Sara mengalir semakin deras,tapi esakannya langsung tidak kedengaran.

"Uwekk.."Syikin membuat lagak seperti ingin muntah. Dia terasa mual. Dia mencari bilik air segera lalu dia mengeluarkan semua isi makanannya. Entah kenapa dia terasa amat mual dengan keadaan di hospital kini..selalunya dia amat suka dengan bau ubat di hospital tapi kali ini dia berasa mual pula..

GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now