Syikin ke Ana?

3K 166 0
                                    

"Ana...!!" Sara melihat kearah belakang taktala mendengar satu jeritan dari arah belakang mereka..
Haikal. Sara menggelengkan kepalanya pantas..
Haikal berlari kearah mereka berdua.

"Hai Ana..hai Sara,selamat pagi korang..."sudah!Haikal sudah tersenyum kambing..Sara memandangnya pelik. Ana pula hanya memberikan  pandangan biasa.

"Hey!apasal awak selalu panggil kakak saya Ana?nama dia Syikinlah.." Sara sedikit marah. Yalah,pandai-pandai sahaja Haikal mengubah nama Syikin ke Ana..

"Eh,taklah..nama dia Analah..Nurul Farhana Athira bt Ahmad Darman. Kan?.."Ana menyiku lengan Haikal. Haikal sedikit terkejut tapi selepas itu wajahnya kelihatan bahagia.

"Kenapa ni?"tanya Sara pelik. Ana membuat muka selambah lalu dia menyuruh Sara masuk dahulu ke kelas mereka..
Sara menurut tanpa banyak soal..
Dia pun masuk ke dalam kelas.

"Haikal saya ada benda nak cakap kat awak..mari sini kejap.."Ana menarik lengan Haikal yang berlapik baju sukan kasar..dia membawa Haikal kearah padang dan menceritakan semuanya kepada Haikal..

*******

"Hish awak ni Ana!tak baiklah awak buat macam tu!..memang betul niat awak tu,nak tolong Sara tapi cara awak tu salah!kalau awak nak tolong Sara,awak kena sedarkan dia tentang keadaan yang sebenarnya..biar dia faham,kalau macam ni..awak bukannya dapat tolong malah lagi membantunya untuk tak sembuh langsung...awak tahu tak..perbuatan awak akan merumitkan lagi keadaan kesihatan Sara..?"panjang lebar Haikal memberi pendapatnya. Tetapi jika difikirkan kembali,apa yang Haikal katakan tu ada betulnya..bukankah lagi teruk jika Ana mengaku sebagai kakak Sara sebab keadaan sepastinya tidak akan berubah kan?..
Ana memandang kearah Haikal tajam.

"Haikal!kau takde kat tempat aku kau tahu?kalau kau kat tempat aku,mesti kau pun akan lakukan benda yang sama.."Ana terdiam seketika.
"Ini je yang mampu aku buat!ini je yang mampu aku buat sebagai sahabat Sara.."suara Ana semakin sebak. Dia tahu,apa yang dia lakukan itu salah!tapi,dia juga tersempit. Tersempit dengan realiti yang sebenarnya.

"Tapi Ana,macam mana kau nak cover lepas ni?takkan selama-lamanya kau nak cover macam ni..nanti kalau ada orang terlepas cakap macam aku lagi..takkan kau nak bawa dia berbincang macam ni..kau tak penatkah?" Haikal melihat kearah Ana yang sememangnya tengah serabut tika itu..Ana mengalihkan pandangannya ke hadapan,selepas tunduk tadi.

"Haih,sebab tu aku dah plan nak pindah sekolah.." Ana mengeluh berat. Yalah,Ana pernah berimpian untuk ial
sentiasa bersama dengan Sara di sekolah menengah nanti..tapi apabila mereka berdua baru sahaja nak masuk tingkatan 1,sudah berlaku perkara tak diduga seperti ini. Sememangnya tepat kata-kata yang kita hanya mampu merancang dan  tuhan yang menentukan..

Haikal terkejut. Masa seolah-olah berhenti dan angin yang tadi tidaklah sekuat mana,kini semakin kuat meniup ke arah mereka.

"Ana.."nama itu akhirnya keluar dari mulut Haikal. Dia tidak mahu!Dia tidak mahu semua ini...Ana merupakan pembakar semangatnya untuk terus berada di dalam sekolah ini tapi jika Ana mahu pindah..apakah agaknya kesudahannya?

Ana memandang kearah Haikal sambil tersenyum hambar. Matanya juga berkaca. Entahlah,walaupun baru 3 bulan berada di sekolah itu..Ana sudah mulai rapat dengan pelajar sekolah itu,apalagi Haikal.Dia tunduk lalu airmatanya jatuh pelahan tapi tiada suara esakan yang kedengaran tapi apa yang dia keluarkan ialah,gelakan kecil yang sememangnya dapat mencuit hati kecil Haikal.

"Sebab tu aku panggil kau kat sini.. Haikal demi kebaikan Sara,kau kena tolong aku..boleh tak?" Ana berkata sebak lalu menghapus airmatanya.
Haikal memandang Ana penuh simpati. Dia sayangkan Ana,jadi demi dia!dia akan tolong Ana..

"Tolong apa...?"Haikal berkata senada. Ana melihat kearahnya lalu memberikan senyuman yang mampu menghentikan jantung Haikal dari berdegup kencang. Rasanya Haikal mula mengalami satu langkah dewasa yang dipanggil cinta. Dia ikut tersenyum bersama Ana.

"Tolong jagakan Sara untuk aku..kau kena janji akan penuhi semua keinginannya..boleh tak?" Ana berkata biasa lalu dia memberikan sesuatu kepada Haikal. Sekeping kertas..

"Ini senarai kegemaran,dan perkara yang Sara bencikan..jadi,aku harap kau dapat jaga dia dengan baik. Okey?please.." pujuk Ana lalu dia tertawa dengan gelagatnya itu sendiri.

"Tapi...kenapa aku..??"

"Sebab..kau berbeza dari yang lain,walaupun aku tak tahu apa yang membezakan kau dengan mereka tapi aku yakin ada sesuatu pada kau yang membuatkan aku percayakan kau sangat..okeylah..aku nak masuk kelas.. aku harap kau..dapat jagakan Sara.." Ana berlalu dari situ pantas sambil melambai tangannya kearah Haikal..

"Perbezaan aku dengan mereka,aku amat cintakan kau,Ana.." Haikal berkata sendirian lalu dia tersenyum sendiri..

"Ouh..jadi sebab itu kau tolong Sara jatuhkan pelajar yang pandai tu?sebab nak jaga hati Ana?sebab nak tunjukkan kat Ana yang kau boleh jadi yang terbaik untuk dia??.." Akmal ketawa. Ouh,sebab cinta rupanya..betul tu!kerana cinta,ramai orang yang akan buta..buta sehingga tak dapat lihat mana yang betul dan mana yang salah..

Haikal tersenyum.

"Abang,kalau inilah yang dinamakan bodoh!Haikal rela jadi bodoh untuk selamanya..." Haikal tunduk lalu tersenyum malu..
Akmal hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat telatah adik sepupunya itu.

*******

"Sara...kau kenapa ni..??" Ana mulai bimbang..apa tidaknya,Sara seperti seseorang yang mulai hilang nafasnya tapi tidak lama selepas itu dia menangis dan menjerit..

"Ayah!jangan bunuh kakak jangan!!!!" Sara menjerit kuat. Ana buntuh,dia segera mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang.
Haikal,Ana menelefon Haikal..

GARA-GARA SEORANG PENGAWASWhere stories live. Discover now