Mak Cakap: Hijau

102 7 1
                                    

Rambut yang ikal dan kasar kubelek ganas. Sisir dicapai dan rambut dirapi.

Argh! Sangkut pula sikat ni heyai!

Aku duduk termenung dengan sikat yang tersangkut di rambutku sambil memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah yang besar ini. Beberapa minit kemudian, idea datang menerpa. Hmm.. Patut ke aku rebound rambut eh? Ah bolehlah.

Aku berkira-kira untuk menapak ke saloon setelah jam menunjukkan jam 5 petang. Setelah tiba waktu, aku bergerak menuju destinasi.

Pintu salon dibuka. Loceng tersangkut dipintu salon yang diperbuat daripada besi berbunyi. "Hai! Welcome, miss!" Mereka sambut mesra kehadiranku.

Pungpang pungpang, rambutku sudah pun lurus. Guna jari pun boleh! Kemudian, datang bala mulut celupar akak salon nokharom penghasut pembaziran duit tapi takpa, terima kasih, saya setuju.

Tau apa dia hasut? Dia suruh aku warna rambut, sebab ada promosi, 2 warna (any warna), RM200. Selalunya 2 warna RM300 (warna yang vibrant) Jadi, aku suruh dia buat ombre warna coklat dan hijau. Jadilah aku pokok. Pergi kelas, belajar pasal pokok, rambut pun jadi pokok. Brilliant!

.
.
.

Cuti semester tiba. Aku bersiap untuk pulang ke kampung halaman. Rambut dibelek buat kali terakhir dihadapan cermin. Alamak. Rambut hijau!! Mak marah macam mana?! Hatiku mulai runsing. Ah, redha lah!

Sampai sahaja di rumah, jam di dinding terus berdetak ahhh. Hatiku juga semakin berdebar ahhh. Dah pukul 4am! Nasib baik mak dah tidur!

Keesokan harinya, tiba masa untuk bangun dan berhadapan dengan realiti. Aku ke dapur. Kelihatan mak sedang menggoreng cucur bawang. Aku menegur emak dan mencapai tangannya untuk disalam. Teragak agak juga aku mahu tunduk, takut kantoi rambut. Tapi sepandai pandai bimbo baca buku teks, akhirnya tanya sedikit general knowledge, kecundang jua.

Mak cakap; Eh! Ni apa rumput dekat rambut kau ni?
Aku hanya mampu tersengih.
Mak cakap lagi; lain kali janganlah buat warna hijau. Rosak rambut dia letak clorox tu. Buatlah warna yang tak guna bleach. Haiyo, ingatkan pandai.
.
.
.

Adakah ini bermakna aku bimbo??

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 14, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mak Cakap The SeriesWhere stories live. Discover now