Mak Cakap: Duit

253 15 2
                                    

"Amie! Jom lunch!" ajak rakan sekelasku.
"Hmm tak apalah. Korang pergilah. Aku tak join kot."
"Lah kenapanya?"
"Dah makan tadi."
"Oh. Okay. Babai!"
Aku melihat rakanku pergi ke kelompok rakan sekelasku yang lain.

Yang sebenarnya, aku belum menjamah hatta sebutir nasi pun hari ini. Tapi duit dah habis. Semalam aku beli tempered glass baru untuk telefon aku RM35. Tak perlu pun sebenarnya. Tapi pantang ada duit dalam tangan. Ada lagi 3 hari menjelang hari Jumaat. Setiap minggu, mak masukkan duit dalam akaun bank aku untuk perbelanjaan seminggu sampailah Jumaat seterusnya. Tapi ni baru hari Selasa, duit dah tinggal RM5. Alamak macam mana ni. Aku beli apa eh hari-hari lepas? Macam mana entah RM100 boleh habis dalam 4 hari. Aku beli makanan je kot yang baki RM65 tu.

Dengan hati yang berat, perut yang kosong, aku berlalu pulang ke rumah sewa. Pedal kickstart motor capuk di tendang beberapa kali. Taknak hidup pula dia. Janganlah macam ni. Ramai abang kacak ni dekat parking motor. Aku baru nak tunjuk cool sikit perempuan start motor guna kickstart sekali tendang je. Spoil lah motor ni. Aku tendang lagi. Kali ini dengan Bismillah. TENDANG! Enjin menderum. Hah tadi tendang dengan setan, padan lah.

Sebelum mengerakkan motor, sudah menjadi tabiat nak check minyak motor. Kalini tak terkecuali. Tapi... Tapi... Tapi... TAPI METER MINYAK TAK BERGERAK! ARGH! Lupa tukar bateri motor yang dah kong sebab dah lama tak guna motor. Sepanjang tiga minggu lepas aku guna kereta je. Duit lagi. Haih. Hatiku bertambah berat tapi aku gagahkan juga diri untuk pulang.

Punat nombor di paparan mendail aku tekan. Call mak lah. Nak cuba minta duit awal sikit.

Panggilan di angkat, mak terus cakap;
"Mak nak solat ni nanti mak call balik."
Panggilan putus. Peh peh terhina rasa kena putuskan panggilan as soon as kau call tak sempat cakap apa ni.

10 minit kemudian, nada dering Gangnam Riche alunan LeeSsang berlagu. Terpapar di skrin '👸🏻 Hjh Rasidah'. Aku menjawab tanpa lengah.

"Mak tengah buat apa?" soalku.
Mak jawab; "Eleh cakaplah kau nak duit. Beralas-alas pulak."
"Mana ada." jawabku perlahan.

Sedikit kesal timbul sebab aku memang call mak selalu kalau nak minta duit je. Dah takkan aku nak call mak tiba-tiba tanya mak buat apa mak makan apa rindu mak bagai semua tu? Aku tak rapat dengan mak ayah macam budak lain rapat. Dekat rumah pun jarang borak.

"Habistu nak apa telefon mak?"
"Mak, boleh tak kalau nak minta tolong masukkan duit minggu ni awal sikit? Dah tak ada duit lah mak." jujurku.
"Hah kan mak dah cakap nak duit."
Aku senyap.
"Hah ye lah nanti mak masukkan RM100."
"Thank you mak."
"Hm. Assalamualaikum. "
"Waalaikumussalam."

*2 minggu kenudian*

Ah I'm ruined. Duit dah habis bayar untuk print out and bind notes. Duit tinggal RM5 untuk lagi dua hari.
Nama Hjh Rasidah dibelek di recent calls.

"Hello, mak."
"Hah, nak duit lagi? Mak baru masukkan RM100 hari Jumaat.": mak cakap.
Aku senyap.
"Haih. Nantilah malam kang mak masukkan duit."
Panggilan diputuskan.

*3 minggu kemudian*

Rasa nak masak sendiri lah. Nak masak gulai, sambal, sup. Tapi bahan-bahan tak ada lah pulak. Kena beli. Tapi duit belanja tinggal RM30. Ada lagi 4 hari sebelum Jumaat ni.

*call mak*

"Hello, mak."
"Duit lah tu, tak ada benda lain ni." mak cakap.
"Takdalahhh nak beli barang dapur ni haa. Boleh tak?"
"Nanti petang sikit mak masukkan. Mak dekat Seremban ni tengah keluar."
"Okay. Thank you mak."
Mak letak.

*sebulan kemudian*

Bulan ni, aku happy sikit. Nak tau kenapa? Adalah. Aku terus call mak.
Macam biasa,
mak cakap;
"Apadia? Nak duit?"
Aku jawab;
"Taklah. PTPTN baru masuk ni. Mak nak duit?"
Mak diam. Aku sudah berkira-kira untuk bagi mak RM1,200.
Tidak lama kemudian, mak cakap:
"Nak! Mana?" suara mak riang.
"Okay, nanti kakteh masukkan seribu du..."
Mak potong cakap aku;
"Mak taknak banyak pun. Ganti balik duit mak bulan ni dengan bulan lepas kau guna, RM1,500 je. "
Aku pun jawab;
(Kau nak aku taip macam mana hanat untuk kau faham macam mana muka aku lepas mak cakap.)

Mak Cakap The SeriesHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin