Mak Cakap: Kau Gemuk

457 26 2
                                    

Aku membelek muffin top sambil berdiri di hadapan cermin capuk yang digantung di dinding. Brief dicapai dan disarung menutupi muffin top. Barulah tak kantoi lemak menggeleber. Inilah caraku untuk mengaburi mata semua orang yang memandangku terutamanya dari pengemis pengemis jalanan yang kelaparan. Aku yakin, mereka amat menggemari muffin. Namun begitu, ada seorang di dalam dunia ini yang tidak akan dapat aku kaburi matanya terhadap lemak-lemakku waimah apa cara sekalipun. Ya. MAK.

Satu hari ketika makan malam, mak cakap; "kau gemuk. Kuruslah. Teringin nak tengok kau kurus balik." sambil menolak mangkuk yang berisi ketam masak lemak cili api negeri sembilan ke arahku. Aku mulai bingung. Tanganku tidak mencapai lauk gulai tersebut. Mak cakap; "tak sedap ke?" Aku menjawab pantas, "eh sedaplah!" Lalu kami menyambung makan.

Suapan terakhir disuap dan aku menolak kerusi kebelakang untuk bergerak ke sinki. Tiba-tiba mak cakap; "kalau tak sedap, cakaplah. Selalunya kau tambah nasi." Aku bingung lagi. Tadi mak yang suruh aku kurus.

Memang itupun yang aku mahu dari tadi, tetapi oleh sebab mak suruh kurus, sengaja aku tidak menambah nasi. Demi menjaga hati mak, aku pun beralih arah ke periuk nasi dan duduk kembali di hadapan mak di meja makan yang masih khusyuk menggigit kaki ketam. Aku sambung makan. Selang beberapa saat, mak cakap; "PATUTLAH GEMUK, MAKAN NASI DUA PINGGAN!"

Mak Cakap The SeriesOnde as histórias ganham vida. Descobre agora