Mak Cakap: Princess

370 15 1
                                    

Suara annoying pengawas peperiksaan berdengung di dalam dewan mengulangi arahan untuk kami mengisi tempat kosong dengan nama, kelas, kod subjek, tarikh, dan tandatangan. Aku menulis dengan lancar memandangkan aku baru sahaja membeli pen Kilometrico menulis beribu-ribu perkataan, KILOMETRICOOO!! Mata penaku terhenti di satu ruang kosong. Bahu rakan kananku dicuit. Agak-agak, hatinya tercuit sekali tak?

"Hmm. Awak. Apa nama penuh lecturer?" Perlahan saja suara garauku.
"Sr. Ahmad Nazrin Aris bin ....."
"bin apa?"
"Alaaa.. Tak ingat juga bin apa." Jawab rakanku sambil menggaru kepalanya yang bertudung dan menyebabkan tudungnya berkesan lubang jari. Dahsyat jari. Kuat. Selalu practice ni.

Aku kembali menelek halaman hadapan kertas peperiksaanku. Gigih mengingat nama pensyarah yang mengelirukan. Namaku diperhati. Mudah saja. Amira Diyana binti Mohd Rosly. Bakal suami tak perlu berlatih pun. Pandai betul mak bagi nama untuk aku. Aku pernah bertanya kepada mak perihal maksud namaku. Mak cakap sambil memandang aku atas bawah; "maksud nama kau tu Puteri(ketua) Agama". Aku terdiam. Wow. Just wow! Aku keturunan diraja!

Mak cakap, dengan nama princess, aku akan menjadi lebih feminin. Lalu aku pun meyuruh mak untuk memanggilku princess agar aku terbiasa dengan tingkahlaku seorang princess. Mak cakap... "..." Mak tak cakap apa-apa sambil buat muka disgusted.

Mak Cakap The SeriesDonde viven las historias. Descúbrelo ahora