10.

73 5 2
                                    

...

"Anis.."

Aku lemparkan pandangan aku pada Myungsoo. "Ya?" Nama 'Anis' kini digunakan semula dan hanya Myungsoo saja yang boleh memanggil ku dengan nama itu.

Mataku hanya fokus padanya. "Lepas ni tak payah naik tren lagi dah. Bawak je kereta."

"Kenapa? Saya dah selesa naik tren." Tanyaku sambil memuncung.

"Bahaya."

Aku mengeluarkan keluhan kecil. "Ini ada kaitan dengan kejadian dekat kampus hari tuh ke?"

"Ikut je lah cakap aku." Dia menjelingkan matanya ke arah ku. Aku tidak tahu yang dia boleh jadi sebegini jengkel.

"Awak! Kejap kejap." Aku menahan Myungsoo apabila dia ingin berlalu. "Awak adakan masa kali terakhir saya pergi ke kelab hari tuh?"

"Hm." Jawabnya ringkas sambil membelek-belek telefonnya.

"Awak tahu ke apa yang terjadi? Darah tuh, ada kaitan jugak ke dengan saya?"

Myungsoo memandang aku sambil kedua-dua tangannya memegang muka aku, "Kau cuma berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Jangan risau." Dia senyum.

(!)

Dia senyum.

Myungsoo senyum.

SENYUM!

...

Sudah dua bulan sejak kali pertama aku jumpa dengan Myungsoo, tapi percayalah semakin lama kami berjumpa, suasana kami semakin kekok. Hubungan kami hanya kerana darah. Myungsoo semakin tegang dengan aku.

"Anis naik kereta!"

"Jangan pergi sensorang!"

"Kenapa pergi tak bagi tahu?!"

"Kau tak sayang nyawa ke hah?!"

"Jangan degil boleh tak!"

Senang kata, hampir setiap hari dia memarahi aku. Dan sudah menjadi sikap aku untuk melakukan sesuatu yang dilarang untuk aku melakukannya. Oleh kerana itu, hubungan yang tidak pernah terbina menjadi semakin renggang.

Tapi hubungan aku dengan Dongwoo pula, bodyguard peribadi aku, semakin rapat.

"Anis." Tiada sahutan.

"Anis." ...

"Mil.." Dongwoo memanggil aku lagi.

"Ya?" Jawabku sambil mengukirkan senyuman. Mata aku fokus padanya.

"Ish. Orang panggil banyak kali." Dongwoo berpura-pura merajuk.

Aku tertawa kecil, "Dah tahukan saya tak suka nama tuh. Siapa suruh panggil lagi." Giliran aku pula memuncung.

"Dah biasa." Belakang kepalanya digaru. "Oh ya Mil, esok jadikan?"

"Jadi!" Aku bertepuk tangan teruja dengan perancangan kami untuk esok. "Esok kawan-kawan saya ada jugak taw."

"Yang sweet tu pun ada jugak ke?" Dongwoo mula teruja.

Aku pula sudah membuat muka. 'Sweet? Siapa?' Aku memandang Dongwoo dengan penuh tanda-tanya. Tapi melihat mukanya yang bersungguh, bibir aku mengukir senyuman.

"Siapa yang sweet tuh?" Soalku dengan nada mengusik.

"Alaa.. yang suka tersenyum tu lah." Aku yang pada mulanya bingung, menghamburkan tawa.

"Darra ke? Oh god.. Dongwoo. You like her?" Aku menarik-narik lengan bajunya untuk mendapatkan jawapan.

"Taklah. Orang cuma suka tengok dia senyum. So, dia ada sekali tak?" Kakinya menguis-nguis karpet mahal peninggalan ibu.

"Iya.. ada. Siapa lagi kawan yang saya ada selain diorang." Tangan aku mula sibuk menyiapkan makanan untuk perut yang sudah merayu-rayu dari tadi.

Tanpa disedari, Dongwoo menumbuk-numbuk angin bahagia.

...

Hari yang dinantikan sudah tiba. Aku, Cendy dan Darra sudah menunggu kehadiran Dongwoo dan juga bodyguards yang lain. Perkhemahan ini sepatutnya menjadi rahsia daripada Myungsoo, tapi Dongwoo yang risaukan keselamatan aku telah membocorkan rahsia dan akhirnya hampir kesemua bodyguards akan mengawasi aku 24 jam. Dan tak dilupakan juga, pagi itu aku teruk dimarahi lagi oleh Myungsoo.

"Ikutkan hati aku, aku kurung kau dalam rumah."

"Kenapalah susah sangat nak ikut cakap aku."

"Kau tak sayang nyawa eh."

Oleh itu, aku tekad. Aku akan menjauhkan diri aku daripada Myungsoo, sepanjang hari. Dan mungkin juga aku akan menghalangnya untuk minum darah aku. Kerana kemungkinan besar untuk dia bebelkan aku sangat tinggi.

Sementara otak aku berfikir tentang kemungkinan yang akan Myungsoo lakukan, aku melihat Darra sangat teruja untuk melihat keindahan jeram yang terletak di dalam hutan simpan. Manakala si Cendy, moody dari malam semalam apabila dia mendapat panggilan mengatakan Gyu tidak dapat sertai perkhemahan kami.

"Cen, kau okay tak?" Cendy memandang aku dengan pandangannya yang redup. Aku kenal pandangan itu. Itu adalah pandangan yang pernah diberikan sewaktu dia berpisah dengan Joohyuk!

"Cen.. kenapa ni?" Aku mendekatinya. Bahunya aku peluk.

Darra memandang aku pelik. Dia membuat isyarat 'kenapa?' dengan mulutnya. Bahu aku angkat, bermaksud tidak tahu.

"Gyu.."

Esakan dan air mata mula memecahkan kesunyian. Cendy menangis lagi, kerana lelaki.

"Gyu tinggalkan aku."

"What!" Darra menjerit.

"Why.." aku terkilan.

"I don't know Mil, Darra. He said he doesn't love me anymore. But I know that's not true. Something in his eyes wanna tell me about something." Cendy menangis lagi.

"What did he said to you?"

...

Cendy sedang berbaring di sofa selepas pulang dari rumah aku, menonton drama kegemarannya, 'hwarang', semasa Gyu menerpa masuk ke dalam biliknya melalui tingkap. Dia kelihatan tergesa-gesa menutup tingkap, padahal selama ini dia tidak pernah terfikir untuk menutupnya.

Gyu berlalu ke ruang tamu mencari Cendy. "Cen!" Entah kenapa saat itu, wajahnya yang pucat menjadi semakin pucat.

Cendy bingkas bangun dari baringnya. Dia melihat Gyu mendekatinya. "Baby, what are you doing here? You kata you sibuk minggu ni."

"Listen to me, we should not be together anymore." Kata Gyu sambil memegang dagu Cendy.

"What! But why?"  Tangan Gyu ditarik lembut. "Kenapa dengan you ni.. you nampak pucat." Riak muka Cendy menunjukkan segala kerisauan.

"I'm sorry Cendy. I'm sorry. We need to end up here." Buat pertama kalinya, Cendy melihat air mata Gyu. Tangannya lembut mengerlus pipi Gyu.

"Then what about your food?"

"Don't worry about me, just keep yourself safe."

...

Aku yang duduk bersebelahan dengan Cendy hanya mampu memandangnya dengan penuh simpati. Bahu Cendy aku usap lembut..


'Kerana hati ini milik mu, aku sandarkan cinta hanya pada diri mu.'
______________________________________

PERTAMA SEKALI, MAAF SANGAT SANGAT SEBAB LAMA MENGHILANGKAN DIRI. Bukan sengaja tapi masa tak mengizinkan.

Yang kedua, berharap sangat supaya otak ni masih boleh mengeluarkan idea yang tak merapu.

(MALAY) HE IS VAMPIRE, I AM SAVIOR.Where stories live. Discover now