3.

115 9 0
                                    

...

Bila malam tiba, aku masih di atas katil terbaring kelaparan. Dengan mata tertutup dan tangan menggosok-gosok perut aku. Tuhan.. kenapa dengan aku ni. Panggilan telefon dari Darra dan Cendy tidak aku hiraukan. Janji kami pada petang tadi juga tidak aku ingati.

'Ting ~ Tong ~ Ting ~ Tong ~.' Dalam kemalasan aku menapak ke pintu utama. Pintu ku kuak perlahan. Malas nak hiraukan siapa tetamu yang hadir. Tanpa dijemput, Cendy mula menyerbu masuk. Darra mengekori. Pakaian mereka super duper wow! Dan mengancam.

"Weyyyy Mil... kenapa tak siap lagi ni. Haishhh stress'nya aku dengan kau ni." Cendy mula membebel. Sambil-sambil itu, dia membetulkan bedak pada muka Darra.

Aku yang memuncung menghampiri Cendy dengan air mata yang berlinang, "Aku lapar ~~ Tolong aku." Dan air mata yang dari tadi aku tahan jatuh berderaian.

"Tapi kau baru makan petang tadi. Selalunya kau dah kenyang." Darra juga tertanya-tanya. Aku ingatkan hanya aku seorang saja yang fikir begitu.

"Aku tahu.. tapi sekarang ni aku lapar macam nak mati. Aku tak ada mood langsung nak pergi." Aku berkata sambil mengerengkan badanku ke kiri di atas sofa dan memeluk lututku.

"What! No no no, aku dah lawa gini dengan make up bagai, dan dan kau nak cancel sesuka hati. Get up now, and then we grab something for your tummy." Aku senyum dengan kata-kata Cendy lalu bingkas ke bilik untuk bersiap. Seronoknya ada kawan yang memahami. Senyum aku lebar hingga ke telinga.

...

Sambil aku sedang mencuba sehelai baju, aku tunjukkan kepada Cendy sama ada fesyen itu sesuai atau tidak dengan badan aku. Hampir 5 helai dress aku cuba, semuanya tak berkenan di hati. Dan Cendy pula hanya angguk saja. Tak tahu sama ada anggukkannya itu untuk 'cantik' atau 'bersetuju dengan komen cerewet aku'.

"Cen! Finally I love this. What do you think?" Aku memperagakan badan ku ke kiri dan kanan Cendy dengan bangga. Tangan berada diawang-awangan. Sehinggalah Cendy menahan pergerakan ku. Dia menarik badanku, membuatkan aku membelakanginya.

"Mil.. I don't think you should wear this. Tak cantiklah. Aku tak suka. Very don't like it." Aku tak tahu kenapa, muka Cendy sangat serius. Dan matanya tertancap pada belakang badan aku.

Belum sempat aku tanya kenapa, Cendy menghulurkan aku baju yang lain. Yang lebih tertutup. "Alaa Cen, tak hot lah." Aku mula mengada. Baju itu aku capai dari tangan Cendy sambil cuba memperagakan di depan cermin.

"No, you look gorgeous. Tanya Darra. She will agree with me." Setelah memakai baju yang disarankan Cendy, Darra juga turut bersetuju. Tapi yang membuatkan aku pelik, sebelum ini aku pernah memakai baju tadi dan Cendy tak ada masalah pun malah dia pun suka dengan baju tu.

Setelah melihat wajah serius Cendy, aku matikan niat untuk bertanya. Aku akan tanya dia bila dia okay.

...

Bunyi lagu yang kuat berserta alkohol di tangan, kami mula dengan dunia kami sendiri. Tapi aku tidak mampu untuk duduk lama di dalam keadaan yang bingit. Pada pendengaran aku, semakin lama lagu di kelab ini semakin kuat.

Walaupun aku suka enjoy, tapi hanya sementara. Niat di hati ingin saja aku mengajak mereka balik, tapi aku tidak sampai hati. Aku sudah banyak menyusahkan Cendy dan Darra. Jadi apa salahnya kalau aku berkorban sedikit.

Selepas beberapa minit, aku minta diri untuk mengambil angin di luar kerana jika aku tunggu lagi beberapa saat, kepala aku mungkin akan pecah. "Cen! aku keluar jap eh!" Jerit aku pada Cendy. Cendy hanya menunjukkan isyarat okay kepada ku. Dia sudah biasa dengan perangai pelik aku.

...

Keadaan di luar bangunan sedikit sunyi. Tidak. Sangat sunyi. Pelik.

Selalunya suara riuh rendah manusia masih kedengaran, tapi tidak hari ini. "Senyapnya.." Aku memandang jam tangan, baru pukul 2.05 pagi. Aku memandang sekeliling dengan perasaan yang bercampur-baur. Tapi sakit di kepala aku semakin berkurangan. Terima kasih pada ketenangan.

(MALAY) HE IS VAMPIRE, I AM SAVIOR.Onde histórias criam vida. Descubra agora