Chapter 5

173 25 7
                                    

"Saya dah bagitahu tadi. Coffee yang cik nak tadi dah habis. Boss saya pergi ambil stock."

"Lain kali bagitahu awal-awal la bodoh. Aku tunggu sini dah berjam tahu tak?! Buang masa orang je."

"Hey bangang. Aku dah bagitahu kau dari tadi tau. Kau je yang bodoh hadap telefon tu sampai aku aku cakap pun kau angguk je then sekarang kau nak maki aku pulak? Bengong."

"Panggil manager kau sekarang!"

"Aku dah kata boss aku pergi ambik stock. Eh dulu kau sekolah mana? Apasal bengap sangat ni?"

Sehun dan Kai berhenti gelak waktu masuk ke dalam Dal.Komm Coffee. Ingatkan lepas habis buat assignment dekat library tadi, diorang nak lepak Dal.Komm dulu. Lepas tahu Jira kerja dekat sini, makin rajin pula budak dua orang ni datang melepak. Sesekali ada juga diorang datang dengan Xiumin.

"Lambat gila Xiumin cari parking. Eh apahal tu?"

"Mana aku tahu- Weh, Jira gaduh la!"

Belum sempat tangan Suzy sampai di pipi Jira, Xiumin muncul dan tarik Jira ke tepi. Suzy ditolak ke tepi dan dipegang Kai. Namjoon pula tiba bersama dua buah kotak sederhana besar.

"Eh, apahal macam kandang kedai aku ni?"

Rambut Jira berserabai tapi tidak seteruk Suzy. Apron pula entah ke mana terbangnya. Baju Suzy yang tadinya kemas berubah struktur. Nasib tak ada customer lain.

"Tu hah coffee yang kau desperate sangat nak dari tadi," bentak Jira. Sakit jiwa dia dengan pelanggan tak ada akal macam ni.

Dah orang cakap tak ada stok masih lagi nak merengek benda yang tak ada. Kalau tak nak kopi lain, datang la lain hari.

"Woi customer always right tau!"

"Aku tak tahu la orang bodoh mana yang create motto tu. Aku agak dia mabuk waktu dia cakap macam tu. Slogan yang betul sepatutnya Customer Always Lie."

Kalau tadi Xiumin, kali ni entah dari mana Chanyeol pula yang muncul. Pergelangan tangan Jira yang dipegang Xiumin direntap Chanyeol. Tahu dia kacau hak orang, Xiumin lepaskan tangan Jira.

"Aku suruh appa aku saman kau!"

"Pengecut," bisik Jira

"Apa kau cakap?"

"Aku cakap kau pengecut. Orang macam kau ni yang merosakkan undang-undang. Sorok keadilan disebalik duit kertas, kuasa dan pengaruh yang direka untuk menghambakan orang lain."

"Dah kuli tu buat cara kuli la," Jira mendengus. Penat bila asyik jumpa orang yang macam ni. Hidup tak tahu malu.

"Appa kau COO Two Moons Properties kan?" soal Sehun dengan iPad ditangan. Dengan muka bangga, Suzy angguk. Bangga bila ada yang tahu latar belakang keluarga dia.

"Setakat cafe kecik ni, aku boleh suruh appa aku beli la. Dengan korang sekali aku boleh suruh appa aku beli."

"Siapa appa kau?" soal Chanyeol. Menyampah pula tengok perempuan ni. Seteruk dia, tak pernah lagi dia bodoh sombong macam ni.

"Bae Jung Hoon."

Chanyeol mencebik.

"Like father like daughter. Aku rasa kau tak tau lagi appa kau dah kena buang dari position dia almost two weeks ago. Next month dia naik mahkamah pulak, pecah amanah."

Muka Suzy berubah riak. Merah padam terus muka dia.

"Kau jangan nak cakap yang bukan-bukan pasal appa aku."

"Aku Park Chanyeol. Aku rasa kau cukup kenal aku kan, Bae Su-ji?"

Jira pandang Chanyeol dan Suzy berulang kali sebelum Suzy hentak kaki tanda protes dan keluar dari Dal.Komm Coffee.

"Kaya sangat ke Chanyeol ni?" bisik Jira ke Sehun yang berdiri di sebelah dia. Pelik juga bila Suzy blah macam tu je lepas Chanyeol kenalkan diri.

"Antara kitorang, dia paling kaya. Kikis duit dia banyak-banyak sikit, Jira. Nanti share 50-50 dengan aku."

Sehun dipandang dengan penuh yakin lalu Jira angguk kepala. Mereka berdua ketawa perlahan.

"Kau habis kerja pukul berapa?"

"Dah nak habis dah. Pukul 10."

Kai pandang kiri kanan. "Mana Xiumin? Tadi dia ada dekat sini." Soalan Kai sedarkan Jira tentang Xiumin. Ye tak ye juga, mana Xiumin si prince charming dia?

"Dia kata dia ada hal. Dia balik dulu."

Kesemua mereka pandang Namjoon yang sedang susun stok yang baru dia ambil. Genggaman Chanyeol semakin erat.

"Namjoon, aku bawak Jira keluar kejap."

"Okay."

Hanya itu yang mampu dia balas. Takkan nak kata tak boleh pula? Setakat cafe yang tak berapa nak besar ni ni, tak luak sikit pun aset Chanyeol kalau si capang tu beli cafe dia. Jadi sebelum dia hilang cafe tersayang ni, baik dia ikutkan je apa yang diminta Chanyeol.

"Jom."

Jira tercengang bila Chanyeol heret dia keluar dari Dal.Komm Coffee.

"Kita nak pergi mana?"

"Mana-mana je. Dunia luas."

                                          -

Setiap barang yang ada di ruang tamu Chanyeol diperhati Jira. Dari pintu hinggalah ke koleksi peribadi Chanyeol yang diletakkan dalam almari kaca.

"Cantik rumah. Kemas je."

"See the leg la. This is Park Chanyeol. I can do what I want, everything."

"Taik kau la. Eh tapi sayang la. Rumah bebesar macam ni tinggal seorang je. Kenapa tak tinggal dengan parents kau je."

"Kau tinggal dengan aku je la."

Kepala Chanyeol diketuk Jira.

"Banyak kali aku tegur kau. Bodoh tu simpan sikit."

Chanyeol mencebik sebelum hilang ke dapur, tinggalkan Jira seorang diri di ruang tamu. Bosan tak tahu nak buat apa, Jira mula merayau di sekitar apartment mewah Chanyeol.

Hinggalah dia sampai di depan pintu bilik bawah tangga ke rooftop.

Bilik apa ni?

Dia toleh ke kanan dan kiri, intai jika Chanyeol muncul tiba-tiba. Perlahan dia melangkah masuk ke dalam bilik yang dicat dengan warna biru laut.

La, mini library rupanya.

Di tengah bilik terdapat satu set meja tulis. Jira tersengih bila dia nampak satu buku catatan yang separa terbuka.

Hah, diari!

Ada tiga keping gambar terselit di helaian yang terpampang di pandangan Jira. Seorang budak lelaki yang sedang bertumbuk dengan seorang budak perempuan di taman permainan tadika. Jira tersengih. Tapi kalau tengok bebetul, mesti tadika anak orang kaya. Bangunan moden dengan tanda 'Two Moons Kindergarten'.

Gambar kedua pula budak dua orang tadi sedang ketawa dengan jubah graduasi. Jira tak tahu nak kata apa. Budak tadika punya majlis graduasi kalah majlis graduasi sekolah dia.

Dan Jira terkedu bila nampak gambar ketiga.

"Apa kau buat dalam bilik ni?"

Shh.. I Love You!Where stories live. Discover now