Chapter 2

176 22 2
                                    

Naik kebas punggung dia lepas duduk hampir dua jam di dalam kereta. Tak tahu la mana si capang biadap ni nak bawa dia. Sesekali Chanyeol curi pandang ke arah Jira.

Tadi berani sangat, sekarang bila dengan aku tahu pula nak duduk diam.

“Kita nak pergi mana ni?”

Jira genggam kedua tangan dia bila Chanyeol berhenti mengejut di tepi jalan. Jira tengok kawasan sekeliling.

Laut?

“Kau rasa kita nak pergi mana?” Kepala yang tiba-tiba gatal digaru.

“Mana la aku tahu. Kalau aku tahu, aku tak tanya kau. Lembap.”

“Apa kau panggil aku?”

Jira tersengih.

“Oppa handsome."

Chanyeol keluarkan sehelai kertas dari beg sekolah dia lalu dihulurkan kepada Jira. “Baca and sign. If kau tak nak sign, aku akan hantar kau pergi Busan and pastikan kau tak boleh balik Seoul.” Jira rentap kertas yang dihulur Chanyeol.

Selesai je baca setiap apa yang tertulis di kertas tu, laju tangan dia tepuk kepala si capang.

“Kau nak mati?! Siapa je yang nak jadi girlfriend kau. Perangai dah la buruk macam beruk!”

Hujung rambut Jira ditarik Chanyeol.

“Kau.. nak study medic kan?” Tangan Chanyeol ditepis sebelum Jira angguk kepala.

“Jap, mana kau tahu?” Chanyeol angkat kening kiri.

“Aku minta nama kau dekat manager kau and aku suruh orang suruhan aku cari semua maklumat pasal kau.” Jira ternganga.

Daebak.

Macam best je jadi orang kaya? Arahkan orang je lepas tu dapat apa yang diorang nak.

“Two Moons University tersenarai dalam top 5 medic school. Two Moons Group pun sediakan biasiswa untuk sesiapa yang minat medic tapi dengan syarat candidate tu mesti ex student Two Moons High School. Scholarship tu merangkumi yuran, uniform and everything. Siap bagi elaun bulanan. Kau just bawa diri je.” Kertas yang berada di tangan diteliti Jira beberapa kali.

Kalau aku terima, aku dapat sambung pelajaran aku tanpa bebankan oppa. Lagipun aku cuma kena berlakon jadi girlfriend dia je.

Tapi kalau aku terima, macam-macam yang dia mungkin akan buat dekat aku? Ah, macam mana ni?

“Boleh tak kalau aku bagitahu kau esok? Aku pening kepala la.” Chanyeol sekadar menjeling. Kaca mata hitam disarung kembali.

“Make sure esok kau dah ada jawapan muktamad.” Jira tayang muka tanpa perasaan. Kisah apa dia.

Nak cari aku dekat café? Eleh. Small matter. Masalah celah gigi je. Bukannya dia tak boleh ponteng kerja esok.

“Aku boleh cari kau kat rumah kalau kau lari.”

Whoah! Hebat betul budak-budak kaya ni. Siap ada kuasa psychic!

                                          -

Dia berjalan tanpa arah tujuan. Habis saja kelas architecture tadi, Joong Ki terus melepak di taman sungai Han. Dia tahu Yi Jung ada di rumah jadi dia ambil keputusan untuk bazirkan masa di sini.

Apa yang memeningkan kepala dia adalah masa depan Yi Jung dan Jira.

Dengan pendapatan mereka sekarang, mereka tiga beradik mampu untuk teruskan hidup dan sambung belajar tapi pada masa yang sama dia rasa seperti seorang ketua keluarga yang tak guna.

Shh.. I Love You!Where stories live. Discover now