Bab 3

53 0 0
                                    

   
IZ mengenakan kemeja putih dan blazer hitam dipadankan seluar jeans hitam hari ini. nampak kacak sekali! matanya memandang cermin besar di hadapan   membuat pemeriksaan terakhir terhadap penampilannya sebelum berangkat ke pejabat. maklumlah, sebagai CEO dia kenalah nampak kemas suapaya dicontohi oleh anak anak buahnya di pejabat. Dia tersenyum setelah pasti penampilannya sudah sempurna.
kakinya dihalakan ke bawah menuju ruang makan. Melihat Dato Zaman dan Datin Nora disitu membuat dia tersenyum. Datin Nora sedang mengelap mulut Dato Zaman dengan tisu. Ibu dan Ayah nya itu masih saja romantik walaupun sudah mendirikan rumah tangga selama 30 tahun. Seketika dia berangan yang cintanya dan Aryana juga akan sama dengan ibu dan ayahnya. Cinta sampai ke hujung nyawa. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa dia menginginkan itu.
"Haih..bu, yah... Romantiknya"usik Iz lalu punggung didudukkan di kerusi hadapan Datin Nora.
Kedua orang tua itu tersenyum malu. Dah kantoi dengan Iz.
"Apa salahnya nak romantik dengan isteri sendiri"Dato Zaman menjawab melihat si isteri yang masih tertunduk malu.
"Tak salah ayah tapi janganlah depan Iz, Iz Jealous tau"jawab Iz bergurau.
"Hah! Kalau macam tu Iz kahwinlah boleh manja manja dengan isteri macam ayah dan ibu"kali ini Dato Zaman pula mengusik.
"Betul tu Iz. Iz nak tunggu apa lagi umur dah nak 35 dah takkan nak tunggu sampai 40?"Datin Nora yang tunduk tadi menyampuk mengiakan pendapat suaminya.
Iz mengeluh berat. Aduhai! Kenapalah topik ni lagi?
"Nantilah ibu bagi Iz masa lagipun Iz belum bersedia lagi. "Dalih Iz.
"Tak bersedia apanya Iz... Awak tu makin tua bukannya makin muda. Atau Iz belum ada calon lagi? "Tanya Datin Nora mula membebel. Kalau pasal perkahwinan Iz memang dia kena masuk campur. Anaknya itu sudah cukup segalanya takkanlah tak ada satu pun yang menyangkut?
"Bukan macam tu ibu... "Iz menggali idea untuk diberi kepada Datin Nora. Tak ada calon? Dia dah siapkan calon tujuh tahun dulu tau. Sebaik sahaja dia declare  dengan Aryana fia tahu yang she is the one for him "habis tu kenapa kau tak nak berterus terang Iz...
Sebab fia takut yang ibu dan ayah tak akan terima Aryana. Datin Nora pernah cakap kepadanya agar mencaribyang setaraf untuk dibuat teman hidup. Baginya Aryana sudah cukup sempurna tetapi dia tak tahu bolehkan ibu menerima Aryana jika dia tahu Aryana seorang kerani biasa.Dia buntu, takut untuk memberitahu ibu dan ayahnya mengenai Aryana. dia takut dengan penerimaan ibu tetapi dia juga tidak ingin kehilangan Aryana, dia sayangkan gadis itu. Selama 7 tahun cintanya kepada Aryana tak pernah berkurang malahan makin bertambah. Iz dalam dilema!
"Kalau Iz belum ada calon ibu boleh kenalkan dengan anak kawan kawan. Semuanya dijamin perfect dan yang paling penting setaraf dengan kita.
Nak jodohkan aku? Matilah kalau Aryana tahu... Silap silap gadis itu merajuk setahun atau yang paling menakutkan dia jika Aryana meminta putus. Dia jera mengingatkan itu semua. Dulu pernah sekali Aryana meminta putus ,dia macam orang gila mencari Aryana ke sana sini akhirnya dia mendapat alamat rumah Aryana dari kawan baik Aryana. Satu malam dia melutut di hadapan rumah Aryana dengan hujan membasahi dia. Tapi dia tidak kisah asalkan Aryana memaafkannya.
Dia boleh jadi gila tanpa gadis itu!
"Ni baru baru ni tak silap ibu anak datin Maimun baru balik dari London. dia tu muda dari kamu baru aje tamat belajar dari sana .Ibu pernah tengok dia sekali, wuih! Cantik budak Sally tu... "Tak habis habis Datin Nora memuji. Manalah tahu yang Iz akan tertarik.
"Nantilah Ibu... Sekarang ni Iz nak fokus dengan kerja dulu"hanya alasan itu yang mampu dia berikan.
sally? Ah... Walau secantik mana pun perempuan itu langsung tak akan sama dengan Sayang dia Aryana.
"Tapi takkanlah Iz tak nak berumahtangga ,ibu dengan ayah ni dah tua nak juga melihat Iz ada isteri anak... "Klise sangat Datin Nora ni.
"Iz anak tunggal kami hanya Iz aje yang mampu menyambung keturunan kita"wajah sedih ibunya membuat dia mengeluh lebih berat.
"Ibu... "
"Dahlah tu pasal tu nanti kita bincang, tak baik kita depan rezeki sekrang ni"tegur Dato Zaman setelah lama mendiamkan diri.
Iz tersenyum girang tahu Dato Zaman cuba membantunya.Datin Nora kalau dah cakp benda ni macam tak ada henti.
datin Nora diam patuh dengan arahan Dato ZamaSoal Mee goreng buat Mak Jah disuap perlahan ke dalam mulut lalu dikunyah perlahan selepas itu teh yang sudah suam dicicipi sedikit sebelum mencapai briefcase  .
"Dah nak pergi kerja ke Iz? "Soal Datin Nora .
"Ye bu harini Iz ada mensyuarat "jawab Iz menyalami ibu dan ayah nya.
"Kalau ye pun habiskanlah dulu makanan tu"
"Tak apalah ibu Iz dah kenyang. Iz pergi dulu"Datin Nora memerhati langkah Iz yang sudah melangkah pergi. Dia tahu Iz tidak mahu berlama di situ takut dia mengungkit pasal jodoh lagi.
"Baguslah dia komited dengan kerja dia lega sikit hati saya"Dato Zamn menyuarakan pendapat. Berpuas hati dengan sikap Iz sebagai CEO. Sekurang kurangnya dia tahu Iz boleh diharapkan menjaga Empayar Holdings. Walaupun dia sudah bersara dan meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada Iz dia masih memerhati perkembangan syarikat dan dia bersyukur yang Iz menjalankan tugaskan dengan baik.
Datin Nora mencebik memandang Dato Zaman. Anak dan suami sama sahaja!

Naabot mo na ang dulo ng mga na-publish na parte.

⏰ Huling update: Feb 01, 2017 ⏰

Idagdag ang kuwentong ito sa iyong Library para ma-notify tungkol sa mga bagong parte!

Sayang SayaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon